BAB 14 : Recess With Beloved One

1.8K 188 4
                                    

Makan malam pun berjalan seperti biasa

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Makan malam pun berjalan seperti biasa. Setiap atur caranya sama. Cuma, pada malam itu Dato' Rafiq dan isterinya tidak berkata apa-apa. Mereka berdua hanya mendiamkan diri, sama seperti apa yang diceritakan oleh Melissa. Mark dan Melissa saling berpandangan setelah melihat tingkah laku kedua-dua ibu bapa mereka.

Mark menendang kaki adiknya itu secara perlahan. Hampir sahaja Melissa mengeluarkan suara kerana terkejut. Mark lantas menghantar isyarat mata kepadanya supaya menegur ibu bapa mereka itu terlebih dahulu.

Melissa menjengil matanya. 'Kalau ya pun tak perlulah tendang kaki aku,' bisik hati kecilnya merajuk.

Pandangannya dialihkan kepada Datin Annisa yang sedari tadi hanya mengusik nasi di dalam pinggannya dengan sudu tanpa menyuanya ke dalam mulut. Puas mereka menunggu kedua-dua orang tua itu makan walau sesuap.

"Ibu, tak nak makan ke? Ayah pun sama. Bila nak makan ni?" soal Melissa, akhirnya menegur mereka berdua selepas beberapa kali Mark menghantar isyarat kepadanya.

Dato' Rafiq dan Datin Annisa seolah-olah kembali berpijak ke alam nyata semula. Soalan Melissa tadi juga tidak tertangkap oleh minda mereka. "Ha? Apa kamu cakap, sayang?" Datin Annisa memandang Melissa penuh perhatian sementara Dato' Rafiq sudah mula mengambil sudu dan garfunya untuk makan.

"Asyik termenung je dari tadi. Ada apa-apa jadi ke?" Tanpa menunggu Melissa menjawab, Mark terlebih dahulu menyoal.

"Ouh.. ya.. aaa.. tak ada apa laa. Makanlah."

Mark berasa pelik. 'Ada sesuatu yang aneh berlaku pada hari ini. Ibu tiba-tiba mengelak pandangan aku. And, aku tahu mama tak akan kata "tak ada apa" kalau tak ada something yang jadi. Apa dia?'

Tidak mahu meneruskan keadaan itu daripada berlarutan, Mark pun terus mendiamkan diri. Makanan disua ke dalam mulut. Melissa pula yang tidak berpuas hati apabila mendengar jawapan ibunya itu. Dia pun beralih pada ayahnya.

"Ayah, siapa pak cik petang tadi tu? Kawan ayah ke?" Melissa akhirnya membuka cerita mengenai lelaki yang datang ke rumah mereka pada petang tadi.

Riak wajah tidak selesa jelas terpamer pada muka Dato' Rafiq. Isterinya pula semakin diam membatu.

"Kalau ayah ada ma-"

"Kalau kau tak nak makan, lebih baik masuk bilik. Jangan nak banyak soal," kata Dato' Rafiq kasar.

Mark terkejut. Mengapa ayahnya itu tiba-tiba berubah sikap sebegini? Tidak pernah dia mendengar ayahnya menggunakan panggilan kau-aku ketika berbicara dengannya. Melissa pula sudah hampir gugur jantung apabila melihat riak wajah marah ayahnya itu.

Mark bangun dari tempat duduknya. "Kalau rasa rahsia tu lebih penting dari anak sendiri, saya pergi bilik dulu la. Tak ada selera nak makan."

Melissa menjerit memanggil nama abangnya namun lelaki itu tetap dengan keputusannya.

Option : Yes or Yes ✓Where stories live. Discover now