BAB 18 : Saya Bencikan Awak, Mark

1.8K 182 42
                                    

Aku menangis lagi

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Aku menangis lagi. Hati aku tak kuat melihat Mark melayan Tiha dengan begitu baik, tidak seperti selalu. 'Baru sekarang ke nak tunjuk sweet?' Aku mendengus kasar.

Malah, jika mahu ke mana-mana sahaja, mereka pasti berdua. Aku perasan yang Mark sering memandang aku tapi setiap kali aku memandang dia kembali, pasti dia akan mengalihkan pandangan ke arah lain.

Keadaan bising di dalam makmal Sains itu menyukarkan aku berfikir. Sejak Tiha hadir, hubungan antara aku dan Mark semakin renggang. Mesti Tiha hasut Mark supaya jangan bercakap dengan aku lagi. Maklumlah, siapa saja yang suka teman lelaki sendiri bercakap dengan perempuan lain?

"Buat apa tu?"

Suara garau Maliq menyedarkan aku daripada terus memerhati pasangan sejoli itu. Maliq mengambil tempat di hadapanku.

"Err.. tak ada apa. Kenapa awak datang sini? Bukan ke tempat awak dekat sana?" tanyaku sambil bibir memuncung ke arah tempat di sebelah Hadani.

"Saja datang nak borak. Cafieka.."

"Ya?"

"Kalau saya nak tanya something boleh?" soalnya.

"Apa?" Perhatianku beralih kepada Maliq yang sedang duduk di hadapanku.

"Awak ada suka sesiapa tak?"

Aku terdiam buat seketika. Kenapa pula aku disoal dengan soalan sebegini? Disebabkan aku tidak mahu kelihatan terlalu kalut menyembunyikan perasaan, aku pun bertanya kembali.

"Kenapa?"

"Saja. Saya cuma nak tahu. Awak tahu tak macam mana nak confess dekat orang yang kita suka?" soal Maliq sambil menunduk malu.

Mata aku membulat. "Awak ada suka someone?"

Malu-malu kucing Maliq mengangguk.

"Siapa dia?" soalku ingin tahu.

"Aish, mana boleh bagi tahu! Pecah rahsia nanti."

Aku mempamer reaksi kecewa. Dia tak patut buat aku macam ni. Kalau nak bagi tahu, bagilah tahu daripada A hingga Z. Barulah senang aku nak bantu. Ini tidak, bukan main lagi berahsia dengan aku.

"Awak kena tolong saya, Cafieka."

Sebenarnya, kalau dalam bab-bab 'confession' ni aku lemah sikit. Aku nak confess dekat crush yang seorang tu pun ambil masa yang lama, apatah lagi mahu bantu orang lain confess dekat crush mereka.

"Sebenarnya saya tak tahu sangat benda ni. Tapi saya rasa yang penting awak kena tunjuk yang awak ikhlas sukakan dia."

Hampeh punya nasihat!

"Terima kasih, Cafieka. Esok awak akan tahu siapa crush saya."

Agaknya siapalah crush si Maliq ni? Curiosity aku sudah tidak mampu dibendung lagi. Aku akan bawa pompom esok. Aku akan bersorak untuk Maliq sebagai tanda sokongan moral. Kita kena support member!

Option : Yes or Yes ✓Where stories live. Discover now