BAB 38 : Husband And Wife

1.7K 168 9
                                    

5 tahun sebelumnya

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

5 tahun sebelumnya..

Kehidupan Mark sebagai seorang suami semakin sulit untuk dijalani. Sementara menunggu keputusan SPM keluar, Dato' Rafiq menggesa dia untuk bekerja di syarikat. Katanya, ianya sebagai persediaan untuk Mark mengambil alih syarikat nanti.

Keadaan semakin sukar apabila dia didesak untuk melayani karenah sang isteri walaupun dia kepenatan seharian berada di pejabat. Mark tidak mampu untuk berbuat apa-apa. Hari-hari bertambah sukar apabila perasaan meluat dan menyampah dalam diri terhadap isterinya itu semakin menebal.

"Awak nak makan apa-apa tak? Saya boleh masakkan."

Tiha yang berada di dapur menjengah suaminya baru pulang daripada bekerja. Tanpa memandang Tiha, Mark lantas menggeleng lalu beredar ke bilik.

Giginya diketap. Tiha tidak mahu berputus asa. Langkah lelaki itu dikejar lalu tangannya mencapai pergelangan tangan Mark.

"Seriously? Awak tak nak makan apa-apa?"

Mark berhenti melangkah.

Wajah isterinya itu direnung.

"Aku dah kata aku tak nak makan kan? Kau degil sangat ni kenapa?" Akhirnya, dia menengking.

Tiha terkejut. Secara spontan dia melangkah ke belakang, menjauhi lelaki di hadapannya itu. Tanpa mempedulikan perasaan Tiha, Mark terus berjalan pergi daripada situ.

Tiha mengesat air matanya yang bercucuran

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Tiha mengesat air matanya yang bercucuran. Dia benar-benar tidak menjangkakan Mark akan meninggikan suara kepadanya begitu.

"Siapa suruh kau kacau dia time dia penat, Tiha? Kan dah kena. Takpe, sikit je ni," dia menggumam perlahan, cuba untuk memujuk hati sendiri.

Dia turun ke bawah semula untuk membuatkan Mark jus mangga. Setibanya dia di bilik Mark dengan jus yang telah dibuatnya, dia memerhati keadaan lelaki itu melalui celah pintu yang terbuka. Mark duduk membelakanginya.

Baru sahaja dia mahu masuk ke dalam, dia terdengar esakan tangisan jejaka itu. Cepat-cepat dia menyembunyikan diri daripada dilihat Mark.

"Apa salah aku? Kenapa aku hidup dalam keadaan macam ni?"

Option : Yes or Yes ✓Where stories live. Discover now