BAB 10 : The Secret of Him

1.9K 219 23
                                    

"Awak tak apa-apa?" Tangannya bergerak seperti ingin menyentuh bahuku

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

"Awak tak apa-apa?" Tangannya bergerak seperti ingin menyentuh bahuku.

Aku pantas mengelak daripada disentuhnya. Pandangan aku ditundukkan. Pertama, aku mahu menjaga pandangan, kerana dia benar-benar rapat dengan aku. Kedua, siapa tak malu kalau ada lelaki yang betul-betul rapat dengan dia?

"Saya ok. Terima kasih sebab tolong saya," ujarku lalu beredar pergi dari situ.

"Hey!"

Langkah aku terhenti. Jantung mula berdegup kencang. Apa lagi yang dimahukan oleh lelaki ini? Tidak cukup ke dengan ucapan terima kasih aku?

"Nama awak Cafieka right? Saya Maliq!"

Tanpa berpaling ke belakang semula, aku hanya mengangguk laju sebelum meneruskan perjalananku.

Maliq tersenyum melihat gadis itu menggelabah. Comel, hatinya mula berkata-kata sendiri.

"SMK Vannessa? I'll meet her again soon."

Jantung aku masih berdegup kencang

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Jantung aku masih berdegup kencang.

Kepala aku diketuk beberapa kali. "Semudah itu perasaan kau goyah, Cafie?"

Beberapa kali aku cuba mengingatkan diri supaya fokus pada orang yang sama. Yang aku mahu hanyalah Mark seorang. Maliq? Dia hanyalah seseorang tidak dikenali yang aku tak akan jumpa lagi.

Aku meluru masuk ke dalam rumah tanpa memberi salam kepada ibu dan ayah di ruang tamu. Bunyi pintu ditutup kedengaran dari atas. Kedua-dua orang tua itu saling berpandangan.

"Dah kenapa anak awak tu?"

"Period kot."

Aku memeriksa telefon di atas meja

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Aku memeriksa telefon di atas meja. Kebanyakkan pemberitahuan yang timbul di skrin telefon datang daripada aplikasi WhatsApp. Tak lain tak bukan kumpulan sembang kelas 5SC1. Mereka memang riuh pada waktu sebegini. Hiperaktif walaupun di dalam alam maya.

Di bawah perbualan kelas, perbualan aku dan Mark kelihatan. Sebenarnya ia bukannya sebuah perbualan memandangkan aku hanya bertanya tentang kerja rumah dan Mark terus offline sebaik sahaja menjawab soalan aku.

"Mark, homeworks hari ni apa?"

"Mark, cikgu ada cakap apa-apa tak time saya tak ada dalam kelas tadi?"

"Mark, macam mana nak buat soalan ni?"

"Mark, saya rindu awak."

Ok, yang bawah sekali tu tipu. Aku tak cukup berani untuk mengaku cinta tika ini. Keberanian aku untuk meluah pada hari itu sudah hancur. Aku kehilangan keberanian lagi.

Aku mula memikirkan ayat untuk memulakan perbualan dengan Mark. Hampir lima hingga sepuluh minit jugalah aku berfikir. Akhirnya..

Hi Mark!

Ok, Mark bluetick aku. Tak apa, cuba lagi.

Kita ada homeworks apa hari ni?

Bm, sej.

Sesungguhnya setiap balasan yang diterima aku adalah ringkas dan padat persis kehendak jawapan soalan peperiksaan. Sebab inilah Mark mampu dapat keputusan cemerlang dalam peperiksaan. Jawapan aku mungkin kelihatan panjang namun hakikatnya tiada satu isi pun yang relevan. Semuanya ditanda 'TR' yang bermakna Tidak Relevan.

Ouhh, thank you ❤️💞

Wc

Kadang-kadang aku terfikir. Setiap hari aku guna emoji love dengan dia. Setiap hari aku bagi dia hint tapi tidak juga dia perasan. Sama ada dia tidak perasan atau dia pura-pura tak tahu.

Mark, awak okey?

Ok je. Kenapa?

Saya tengok awak macam moody je harini.
Tu yang saya tanya.

Saja.

Belum sempat aku membalas, dia sudah offline. Ada ke orang moody dengan sengaja? Entah mengapa aku dapat merasakan ada sesuatu yang dirahsiakan oleh Mark daripada orang lain. Dia ada masa keluarga ke?

 Dia ada masa keluarga ke?

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Aku masuk ke dalam kelas. Hari yang sama seakan-akan berulang. Tiada apa yang menarik melainkan aktiviti stalk crush sendiri. Mark yang kebiasaannya masuk lewat ke dalam kelas sudah kelihatan membaca buku di tempatnya. Aku menarik kerusi perlahan lalu menyapa jejaka itu.

"Good morning," ucapku.

"Um."

Um? Balaslah dengan lebih peramah sikit wahai Markimi! Hati aku meletus. Apa-apa pun aku tetap kekal tersenyum.

"Assalammualaikum semua!"

Ucapan salam daripada seorang lelaki yang tidak dikenali mengejutkan kami sekelas. Mark yang sedang membaca juga agak terganggu apabila suara lantang lelaki itu bergema di dalam kelas.

"Waalaikumsalam. Sesat ke?" soal Arif sebagai ketua kelas.

"Ini kelas 5SC1 kan?"

"Ya? Kau pelajar baru ke?"

Maliq tersenyum lalu melangkah masuk ke dalam kelas. Arif tercengang. Dia hanya membiarkan jejaka itu berdiri di hadapan kelas lalu memperkenalkan dirinya.

"Nama saya Maliq. Saya asal Johor. Baru pindah hari ni. Selamat berkenalan," ujarnya ringkas.

Mark memerhati jejaka itu. Aku pula lebih asyik memandang kedua-dua lelaki yang saling berpandangan itu. Seorang berwajah serius dan seorang lagi kekal tenang sambil senyuman menghiasi wajah. Kedua-duanya memiliki aura tersendiri yang membuatkan aku tak senang duduk.

"Hi, Cafieka!"

Maliq melambai aku. Kerutan di dahi aku tayang. Apabila diperhatikan lama-lama, aku baru sedar yang lelaki itulah yang menyelamatkan aku semalam.

Maliq!

Mark memandang aku.

Ewah, apa benda yang jadi ni? Dua lelaki kacak sedang memandang aku tika ini.

TBC

Option : Yes or Yes ✓Where stories live. Discover now