BAB 36 : So Far Away

1.4K 153 5
                                    

Sejak hari itu, tiada sesiapa nampak kelibat Cafieka di sekolah Vannessa

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Sejak hari itu, tiada sesiapa nampak kelibat Cafieka di sekolah Vannessa. Rata-rata daripada mereka membuat andaian bahawa gadis itu patah hati sehingga tidak mahu hadir ke sekolah. Ada yang mengutuk dan ada juga yang menabur simpati terhadap Cafieka.


Mark menjeling Maliq yang baru tiba di hadapan kelas. Semenjak dua tiga hari ini, lelaki itu asyik mengelak daripada bersemuka dengannya. Itu membuatkan Mark curiga. Hatinya kuat mengatakan bahawa Maliq tahu sebab Cafieka tidak hadir ke sekolah. Maklumlah, Maliq rapat dengan Fakrul.

"Aku nak cakap sikit," ujarnya seraya pergelangan tangan Maliq ditarik perlahan.

"Aku tak ada apa nak cakap," balasnya kembali, pergelangan tangannya yang dipegang Mark ditarik kembali.

Mark bangkit daripada duduk. "Tapi aku ada."

Pandangan mereka tajam. Suasana berubah tegang. Tiha yang berada di hadapannya takut melihat keadaan itu.

Perasaan ingin tahu semakin membuak-buak di dalam diri

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Perasaan ingin tahu semakin membuak-buak di dalam diri. Memandangkan hanya ada mereka berdua sahaja di situ, dia meneruskannya tanpa berkias lagi.

"Bagi tahu aku, Cafie ada dekat mana sekarang ni?"

Maliq memandangnya dengan tenang.

"Cafieka tak mesej kau?"

"Phone aku rosak. Bagi tahu aku, apa yang jadi dekat Cafieka. Kenapa dia tak datang sekolah?"

"Buat pengetahuan kau, dia dah pindah sekolah. Jadi, kau tak payahlah susah-susah tanya pasal dia lagi. Serahkan semuanya pada aku. Aku akan jaga dia selamanya. Sekarang, kau jaga jela isteri kau tu elok-elok."

"Ap- apa maksud kau? Kau tipu aku kan?"

"Kau tak percaya? Kau boleh tanya Fakrul. Tak ada kerjalah aku nak tipu pasal benda ni. Buang masa aku je," kata Maliq, senyuman sinis diukir lalu dia beredar pergi daripada situ.

Ditinggalnya sahaja Mark dalam keadaan tercengang. Puas hati dia melihat reaksi lelaki itu. "Lepas ni jangan berangan nak dekat dengan Cafie lagi," gumamnya.

Option : Yes or Yes ✓Where stories live. Discover now