BAB 15 : Heart Broken

1.9K 186 4
                                    

Aku tersenyum sendiri

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Aku tersenyum sendiri. Bahagianya aku sepanjang hari ini. Sebaik sahaja rehat tamat, aku terasa seperti tubuhku berada di awangan. Setiap kali aku memandang Mark di sebelah, aku pasti akan terkenang situasi ketika di kantin tadi. Walaupun tidak banyak perkara yang dibicarakan, aku masih terasa bahagia dek perbualan yang singkat itu. Andai aku pengetua sekolah, pasti aku akan lanjutkan tempoh rehat pelajar kepada sejam. Barulah terasa nikmat untuk pelajar-pelajar berehat setelah berjam-jam belajar.

Senyuman tidak lekang sejak tadi. Boleh gila aku memikirkan hal tadi. Rafa di tepi akhirnya menegur aku.

"Kenapa sejak lepas rehat ni kau asyik senyum je kerja? Ada something jadi ke?" soal Rafa.

Memandangkan Rafa tidak ke kantin pada hari ini, dia tidak tahu apa-apa yang berlaku pada aku ketika di kantin ketika waktu rehat tadi. Gadis itu kelam-kabut menyiapkan kerja sekolah yang lupa disiapkannya semalam. Itulah jadinya bila terlupa buat kerja sekolah cikgu garang.

"Kau nak tahu tak?"

"Tahu apa?"

Aku berasa was-was untuk menceritakan hal yang berlaku. Apa agaknya reaksi yang bakal diberi oleh Rafa nanti andai aku beritahu segala-galanya?

Reaksi pertama :
"serius la weh? Aku tak percaya duh."

Reaksi kedua :
"Alaa lepas baik diorang tu, dia confirm tinggal kau punya."

Reaksi ketiga :
"Mungkin dia bosan sebab asyik dengan perempuan tu. Sebab tu dia cari orang baru? Kau kiranya pengganti la."

"Pengganti?" Aku separa menjerit. Hakikat yang aku tak mampu terima akhirnya terlintas di fikiran secara tiba-tiba. Rafa memandang aku pelik.

"Kau sihat ke tak?"

Aku tersengih malu. "Tak ada apalah. Senyum tu kan satu sedekah. Salah ke aku nak senyum?" soalku kembali, cuba untuk menutup cerita dengan jawapan selamat. Rafa hanya menggeleng kepala. "Lantak kaulah Cafie."

"Hari ni driver ayah kau tak ambil kau ke?" Aku pelik.

Jarang-jarang kami dapat pulang bersama kerana Rafa sentiasa dijemput oleh pemandu keluarganya ketika pulang.

"Takpe laa. Kita balik sama-sama."

Kami berdua menunggu di stesen bas bersama-sama. Beratus pelajar berjalan melepasi pagar sekolah. Bilangan pelajar semakin lama semakin berkurangan di kawasan sekolah. Ketika itu seorang lelaki melintas di hadapan kami bersama seorang perempuan. Sebuah kereta berhenti tepat di hadapan stesen bas yang sedang didiami oleh kami.

"Nampaknya diorang dah berbaik," kataku kembali sedih apabila melihat Mark dan Tiha pulang ke rumah bersama-sama.

Rafa memerhati Mark dan Tiha bersama-sama masuk ke dalam kereta. Kejadian tempoh hari kembali terlayar di dalam ingatannya. Hatinya berdegup kencang tatkala memandang temannya itu. "Kejap Cafie. Aku dah ingat apa yang aku nak bagi tahu kau hari tu!"

Option : Yes or Yes ✓Where stories live. Discover now