BAB 29 : Dinner

1.3K 153 11
                                    

Kadang-kadang bukan semua perkara berlaku mengikut kehendak kita

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Kadang-kadang bukan semua perkara berlaku mengikut kehendak kita. Kita mahukan sesuatu, tetapi lain pula yang kita dapat. Itu semua merupakan ketentuan daripada Allah. Cuba untuk reda dan terima segalanya dengan hati terbuka. Contohnya, aku ni haa. Tengah cuba terima hakikat yang buah hati aku akan berkahwin tak lama lagi.

kringg!

Aduhai, aku baru nak melayan perasaan dah diganggu orang. Aku lantas mengangkat panggilan itu tanpa melihat nama si pemanggil. Biasalah kalau tengah tak ada mood ni, jawab macam nak marah. Terkejut orang yang memanggilnya pun.

"Awak sibuk ke? Maaflah ganggu."

Eh, macam pernah dengar suara ni tapi dekat mana ya? Aku lantas menjauhkan telefon daripada corong telinga lalu melihat nama yang tertera pada skrin telefon. Ya Allah, alangkah terkejutnya aku apabila mendapati yang menelefon tu buah hati aku sendiri. Rasa macam nak menjerit pun ada.

"Eh awak, maafkan saya. Saya stress sikit dengan abang saya tadi. Tu yang tak berapa nak okay mood tu."

Ceh, tak fasal-fasal Fakrul yang dipersalahkan.

"Kalau awak tengah stress, tak apalah, saya call nanti jela."

Aku kalut. Baru nak mula perbualan tiba-tiba dia dah nak letak. Mana seronok macam tu. Aku baru nak lepaskan kerinduan dekat buah hati.

"Eh awak, janganlah letak. Saya dengar je suara awak, stress saya terus hilang. Power lah suara awak ni," ujarku sambil ketawa.

Kedengaran suara Mark ketawa di talian. Dia gelak pun comel. Ish, susahlah nak move on kalau macam ni gayanya.

"Awak ni macam-macamlah. Ouh ya, boleh tak awak keluar kejap. Letih saya menunggu dekat depan rumah awak ni."

Aku kelam kabut mengintai ke luar rumah melalui tingkap. Wah, Mark ni memang betul-betul penuh dengan kejutan. Dia betul-betul ada dekat luar rumah aku. Aku ulang, dia ada dekat depan rumah aku!

Entah sejak bila mula act like para jejaka dalam kisah novel dan drama tu. Sebelum ni cold saja bila dengan aku. Mungkin sebab terkena penangan Yes or Yes aku tempoh hari. Fuh, proud of myself.

"Kejap, saya turun."

Panggilan dimatikan segera.

"Siapa tu dik?"

Terkejut aku bila toleh Fakrul duduk memerhati di tepi tingkap. Hampir sahaja aku terkeluar perkataan yang tidak sepatutnya.

"Ish kau ni, lain kali boleh tak masuk bilik bagi salam," ujarku geram.

Fakrul mengendahkan saja kata-kataku. Matanya tetap fokus melihat lelaki di luar rumah yang sedang duduk menghala ke kolam di halaman rumah. Hanya belakang badan sahaja kelihatan.

Option : Yes or Yes ✓Where stories live. Discover now