BAB 9 : Dark Knight

1.9K 212 17
                                    

MARK POV

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

MARK POV

Aku hanya memandang kosong juadah yang sudah sedia dihidang di atas meja. Datin Annisa dan Melissa yang sebelum ini bukan main banyak bercakap seolah-olah dipukau sesuatu. Mulut mereka terkunci namun terpampang jelas pada wajah mereka bahawa keadaan sunyi sepi itu menyesakkan dada.

Tiada sebarang suara yang dilontarkan. Yang ada hanyalah bunyi garfu dan sudu berlaga sesama sendiri sewaktu pembantu rumah meletakkannya di atas meja. Sementara menunggu pembantu rumah menyiapkan persiapan di meja, aku pun menghala pandangan ke arah ayah.

Dato' Rafiq yang sedar akan pandangan tajam anaknya itu terus menoleh. "Should we talk about the things before or after dinner?" Seolah-olah mengetahui apa yang sedang bermainkan di mindaku, lelaki tua itu pun akhirnya mengeluarkan suara daripada petinya.

"Now," tegasku.

"Alright then. I-"

"Dah dahlah borak tu, abang. Mari makan. Dah siap ni," ajak Datin Annisa sekaligus menamatkan perbualan antara dua orang anak beranak itu.

Aku menggulingkan bebola mata tanda meluat. Ibu ni kacau line betullah, amuknya di dalam hati.

Sudah hampir lima jam aku mengurung diri di dalam bilik sendiri selepas makan malam tadi

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Sudah hampir lima jam aku mengurung diri di dalam bilik sendiri selepas makan malam tadi. Aku kecewa dengan sikap ayah kandung sendiri. Perlukah dia menggunakan anak kandungnya sendiri atas kepentingan diri semata-mata? Aku kehilangan kata-kata.

Fikiranku mulai kusut.

Aku tahu, aku selalu menyusahkan ibu bapa aku dengan timbulkan masalah disiplin dekat sekolah, tapi perkara yang dirundingkan ini bukannya boleh dibawa main. Macam mana aku mahu hidup sebegitu dalam sepanjang hayat aku? Satu mesej diterima daripada sepupuku.

"Dah fikir masak-masak?"

"Dah fikir masak-masak?"

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

CAFIEKA POV

Otak yang kepenatan memerah idea sebentar tadi terasa berdenyut-denyut kesakitan. Chien Li pula mengambil jalan mudah untuk menghilangkan kesakitan kepalanya dengan tidur. Aku memandang gadis itu dari jauh lalu aku terfikir untuk merehatkan kepala di atas meja juga. Aku memerhati Mark yang duduk di sebelahku. Ada yang aneh tentang dirinya pada hari ini. Tiada senyuman pada waktu pagi seperti yang dilakukannya pada setiap hari.

Layanannya terhadap orang lain juga kurang baik. Sesetengah daripada mereka terpaksa membatalkan niat untuk mendekati jejaka itu apabila renungan tajam dilempar. Malah, Tiha Lee yang mampu membuatkan Mark tersenyum juga langsung tidak dilayannya. Jejaka itu kekal di posisi yang sama iaitu kepala di meja.

"Mark, awak okey tak?"

Hati aku ketawa jahat tatkala pertanyaan Tiha itu dipulaukan oleh Mark. Selepas beberapa kali bertanyakan soalan yang sama, Tiha akhirnya mengalah. Dia pun membiarkan Mark berseorangan tanpa sebarang gangguan. Hati aku kuat mengatakan bahawa ada sesuatu buruk yang berlaku ke atas diri jejaka itu.

Aku mengambil sticky notes daripada pencil case lalu beberapa patah perkataan ditulis di atas notes itu. Aku pun melekatkannya di bawah laci mejanya lalu jari telunjukku menyentuh bahu jejaka itu sedikit untuk menarik perhatiannya. Tepat ketika dia memandang aku, jari aku terus menunding ke arah sticky notes tersebut.

Mark hanya memandang sekilas sebelum menyambung semula apa yang dilakukannya sebentar tadi. Aku melepaskan keluhan berat. Apa yang kau fikirkan, Cafie? Kalau Tiha yang cantik lagi menarik tu pun dia tolak macam tu je, apatah lagi kau, hati aku mula memberontak agar terbuka minda.

"Siapalah aku untuk berharap dia akan balas lepas baca notes tu?" Aku menggumam sendiri.

Aku dibuli lagi

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Aku dibuli lagi.

Sukar untuk aku menyelamatkan diri sendiri daripada terus menjadi mangsa buli. Namun, kebaikan hati nurani aku yang tidak mampu melihat manusia lain teraniaya menyebabkan aku pula yang dilanda masalah. Mangsa buli bertukar tempat. Akulah penggantinya. Siapa suruh kau berlagak hero, wahai Cafieka Adnum? Aku mengkritik diri sendiri di dalam hati.

Seorang lelaki dengan anak rambut yang hampir menutupi bahagian kanan matanya merenung wajah aku. Aku pun mengelakkan diri daripada bertentangan mata dengannya. Kenapalah lorong jalan pintas ni terlalu banyak perkara yang terjadi? Aku pelik. Lorong itu bukannya milik mereka.

Tumpuan mereka terarah padaku. Ligat otak aku beroperasi untuk mencari jalan keluar namun hanya kebuntuan yang menjelma tika itu. Dengan riak wajah pasrah, aku menghadap mereka. Keempat-empat lelaki itu memandang aku daripada atas hinggalah bawah.

"Hei budak, kau ada duit?"

Aku pantas menggelengkan kepala. Aku tak menipu. Aku hanya ada lima puluh sen dalam kocek memandangkan aku membelanjakan semua duit saku ketika waktu rehat. Macam mana aku nak balik rumah kalau tambang bas aku pun diambil? Mereka tak akan sentuh aku semata-mata untuk periksa kan?

Mereka ketawa. "Macam mana dengan sekali penampar untuk setiap sen?"

Aku telan liur.

"Pergi check perempuan tu. Jangan terlepas walau sesen pun. Pandai berlagak hero, pandailah menanggung." Lelaki yang aku agak ketua dalam kumpulan itu mengarahkan teman-temannya untuk memeriksa tubuh aku.

Aku pantas mengundur. "Stop! Saya betul-betul tak ada duit. Awak tak perlu check," tegasku.

Lelaki yang memberi arahan itu tadi menghantar isyarat mata kepada teman-temannya, menyuruh mereka untuk meneruskan niat untuk memeriksa tubuh aku. Dua orang daripada mereka terus memegang lengan aku, sementara yang lagi seorang sudah mahu menyentuh aku.

Aku meronta meminta pertolongan. Tangan lelaki itu menyentuh bahagian tepi badan aku. Belum sempat dia 'menyentuh' dengan lebih lagi, tubuhnya sudah jatuh tergolek ditendang seseorang.

Mulut aku melopong.

"Siapa kau untuk sentuh dia?" Lelaki itu meraup rambutnya ke belakang, menyerlahkan wajah tampannya. Renungan tajam lelaki itu membuatkan sekumpulan pembuli tersebut lintang-pukang melarikan diri. Aduh, machonya kesateria hitam aku.

Aku tahu, agak tak patut untuk aku terfikirkan hal itu tika ini.

"Awak okey?"

Maaf Mark, tapi saya perlu akui kesateria hitam di hadapan mata ini terlalu kacak. 

TBC

Siapa agaknya lelaki tu? Stay tuned.

Option : Yes or Yes ✓Where stories live. Discover now