BAB 37 : An Ordinary Man

1.4K 166 15
                                    

MARK POV

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

MARK POV

Lima tahun kemudian...

"Hey, Mark!"

"Eh Dani! Kau buat apa dekat sini?"

"Sepatutnya aku yang tanya kau, kau buat apa dekat sini?" soal Hadani kembali.

"Kau tak nampak ke? Aku tengah kerjalah ni. By the way, rindu kau."

"Elele rindu aku ke? Kenapa tak cakap kalau rindu. Chat takde, call takde. Kau hilang ke mana sebelum ni?"

Aku hanya senyum. "Kau nak minum tak? Aku belanja."

"Kau belanja? Ok, cun! Americano ais satu."

"Ok, siap bos!"

Lima tahun berlalu, aku akhirnya berjaya membuka sebuah cafe sebaik sahaja aku tamat belajar. Cafe ini dibuka di bawah nama aku dan Melissa. Disebabkan adik aku masih belajar, akulah yang uruskan segala hal dalam cafe ni. Ada orang tanya, kenapa cafe? Entahlah, aku pun tak tahu. Mungkin aku tertarik untuk buka cafe sebab aku nak cuba sesuatu yang baru.

Ada orang kata sayang belajar tinggi-tinggi, tapi akhirnya pekerjaan tak seberapa. Aku tak kisah. Minat aku, kerja aku, badan aku, jadi suka hati akulah.

Seorang wanita cantik masuk ke dalam cafe aku. Dah macam pelanggan tetap dah dia ni.

"Awak, nak kopi satu boleh?"

Aku sengih.

"Asal tak boleh pula Tiha?" Aku senyum.

"Macam selalu kan?" soalku lagi.

"Yep."

"Ok, nanti saya bagi awak. By the way, Hadani ada dekat sini. Awak tak nak jumpa dia?" soalku, ingin tahu.

"Mana dia?"

"Dia dah segak dah sekarang. Tu kat sana. Pergilah sapa dia," ujarku sambil memuncungkan bibir ke arah seorang lelaki di meja tepi tingkap.

Tiha hanya mengangguk sambil tersenyum. Tanpa berlengah lagi, aku pun menyiapkan pesanan mereka dengan pantas. Seorang pekerja aku, Bellina tiba di kaunter.

"Bos, nak saya bawakan ke depan?"

"Takpe, biar saya bawa."

Bellina hanya mengangguk lalu masuk ke dalam untuk mencuci pinggan dan gelas yang telah digunakan. Aku pun segera ke meja Hadani dan Tiha berada.

"Kau macam mana sekarang?"

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

"Kau macam mana sekarang?"

"Well, daripada gaya aku mungkin kau dah dapat expect aku kerja apa kan?" Hadani cuba untuk berselindung lagi.

Aku dan Tiha saling berpandangan.

"CEO?"

Hadani sengih. "Tu memang bagus, tapi nope."

"Aku malas nak teka do."

Keluhan berat dilepaskan. Hadani dah agak Mark akan kata macam tu. Mark memang pemalas sejak azali. Ops, terngumpat.

"

Aku business man paling berjaya abad ini. Hahaha. Kalau korang sudi, aku ada barang—"

Belum sempat dia membawa keluar barangan daripada beg bimbitnya, aku terlebih dahulu meminta diri untuk ke dapur bagi menyambung pekerjaan. Bila Hadani sebut perkataan business man, kami berdua segera mahu melarikan diri daripadanya.

Maklumlah, tengah tak ada duit, tiba-tiba ada orang nak buat bisnes pula. Memang larilah.

"Rilek, aku tak suruh pun korang beli. Aku nak korang tengok je. Barang ni baru lagi," kata Hadani, seolah-olah sudah dapat mengagak reaksi teman-temannya itu.

"Baguslah macam tu." Aku mengurut dada lega.

"Tak sangka awak pun ada sifat kedekut ya, Mark." Tiha di tepi tergelak melihat kelakuan aku tadi.

Aku tersengih. "Saya jadi macam ni pun bersebab tau.  Nak sara keluarga, kenalah pandai simpan duit."

"Apa jadi?" Hadani ingin tahu.

Aku menggeleng. "Tak ada apalah. Jemput minum korang. Aku ada kerja dekat dapur," kataku, segera meminta diri.

Setelah seharian bekerja, petang berlalu pergi berganti malam

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Setelah seharian bekerja, petang berlalu pergi berganti malam. Aku mengarahkan Bellina untuk mula berkemas memandangkan sudah tiada pelanggan di dalam cafe. Usai siap mengemas, Bellina pun meminta diri untuk pulang terlebih dahulu.

Kelibat Melissa muncul di hadapan cafe. Aku tersenyum melihatnya. "Asal tak balik terus? Tak penat ke kau?" soalku prihatin.

Melissa hanya menggeleng. "Saja nak tengok, kau masih hidup lagi ke tak."

"Amboi."

Rasa macam nak cili je mulut budak ni. Tersengih Melissa melihat reaksi aku.

"Dah, jomlah balik. Ayah mesti dah balik daripada kerja juga."

Lantas dia mengangguk lalu kami berdua pun keluar daripada cafe itu. Pintunya dikunci rapi dengan rantai dan mangga. Kami berdua berjalan menuju ke perhentian bas lalu menunggu bas di situ. Sempat aku bertanyakan tentang perihal pendidikan di universiti kepada Melissa sewaktu menunggu bas tu. Dia pun jenis yang melayan. Setiap pertanyaan aku dijawab tanpa henti.

"Kau tak jumpa dia ke hari ni?"

"Ada. Dia ada datang hari ni. Sorang kawan lama aku pun ada juga. Aku tak sangka dapat jumpa dia dekat sini," ceritaku.

"Kau tak buat reunion dengan budak-budak kelas kau ke?" soal Melissa.

Aku pantas menggeleng.

"Aku tak suka reunion."

"Jangan kata sebab kau still tunggu perempuan tu?"

Aku hanya diam.

Lima tahun berlalu, dan aku masih setia menunggu dia. Keadaan sekarang agak sukar untuk aku uruskan sendirian. Sejujurnya hidup tanpa kekayaan agak susah untuk diurus. Tapi, itulah yang menjadikan seseorang manusia itu matang. Setiap dugaan itu adalah cabaran. Ianya mendewasakan kita secara sedar atau tidak.

Aku bahagia dapat hidup bebas. Tiada lagi arahan yang perlu dituruti.

Dan, ayah aku hanya seorang.

Aku Muhammad Markimi bin Isa.

TBC

Option : Yes or Yes ✓Where stories live. Discover now