" tak boleh terima kenyataan apa? "
" kenyataan yang memang aku punca semua benda tu jadi, "
Soyeon dan Yoojung mengusap lengan Jeongyeon perlahan berusaha menenangkan Jeongyeon.
" aku tau kau rasa sebersalah tapi kalaupun memang kau punca, kau boleh tebus balik kesalahan kau kan? "
" maksud kau? "
Jeongyeon memgangkat wajahnya memandang Yoojung serious.
" maksud aku, takkan lah keluarga tu akan benci kan kau. Kalau kau mintak maaf pada keluarga tu, siapa tau mungkin dorang akan maafkan kau? "
" mungkin, "
Jeongyeon memandang ke luar restoran tersebut. Mata Jeongyeon tertumpu pada dua orang lelaki yang cukup dikenalinya. Siapa lagi kalau bukan Park Jimin dan Kim Taehyung.
Kelihatan mereka berdua sedang berbual bersama di tepi taman tersebut. Jeongyeon tak berniat untuk menegur mereka memandangkan dia perlu balik awal.
" guys, aku balik dulu lah, "
Ujar Jeongyeon lalu mengambil dompetnya yang berada di atas meja dan beredar dari restoran tersebut.
" oh? Jeongyeon! "
Jeongyeon mengeluh kasar mendengar namanya dipanggil oleh Jimin. Jeongyeon memusingkan badannya lalu memandang Jimin tanpa sebarang ekspresi.
" buah hati saya nak pergi mana tu? "
Soal Jimin mengada-ngada dan Jeongyeon memandang Jimin menyampah.
" kau nak apa panggil aku ni? "
" kasar bahasa tu. Aku dah lah baru 2 hari keluar hospital badan pun sakit lagi. Cuba lah layan aku baik sikit, "
" elok je aku tengok kau berbual dengan Taehyung tadi? "
" kau stalk aku? "
Jimin mengukir senyuman malu manakala Jeongyeon dah jeling Jimin. Taehyung yang berada di sebelah Jimin tertawa perlahan melihay aksi Jimin.
" kau apahal ni mengada-ngada? Geli pulak aku tengok, "
" eh Taehyung kau tak tau ke? Ini lah member si sanjut tu! "
Berdekah-dekah Taehyung sebaik Jeongyeon mengutarakan kata-katanya tadi. Jeongyeon turut tertawa sekali manakala Jimin mengerdipkan matanya beberapa kali keliru.
" sanjut tu siapa? "
Gelak tawa Jeongyeon dan Taehyung tiba-tiba mati disebabkan oleh Park Jimin yang tak faham lagi dengan lawak mereka.
" Sajat weh. Member kau yang lately ni selalu lepak dengan kau, "
" member aku kan kau, Kim Taehyung, "
Taehyung dan Jeongyeon menghela nafas kasar. Sakit jugak hati bercakap dengan Jimin ni. Diikutkan hati mereka dah lama mereka humban Jimin ke dalam sungai.
" dah lah aku malas lah nak cakap dengan kau, "
Taehyung menolak bahu Jimin perlahan lalu kembali fokus dengan Jeongyeon.
" Jeong, jomlah lepak sama? Awal balik? "
" kita bukan lah serapat tu nak ajak lepak sekali, "
" sebab tu lah aku ajak lepak. Untuk rapatkan lagi silaturahim kita, "
Jeongyeon mengerutkan dahinya lalu kepalanya digelengkan. Jeongyeon mengorak langkah untuk pulang ke rumah namun ditahan oleh Taehyung.
" okay 20 minit je, boleh? "
" 15 minit, "
Taehyung menganggukkan kepalanya pantas lalu menarik Jeongyeon untuk duduk di salah satu bangku yang disediakan di taman tersebut.
Taehyung duduk di sebelah kanan Jeongyeon manakala Jimin duduk di sebelah kiri Jeongyeon.
" weh, aku lupa nama kau. Jap siapa nama member aku tu? "
Taehyung menunding ke arah Jimin dengan wajahnya yang berkerut sebab tiba-tiba terlupa nama kawan baik sendiri.
Jimin bangkit dari duduknya lalu kolar baju Taehyung dicengkam tiba-tiba. Jeongyeon yang terkejut mencuba meleraikan mereka namun ditahan oleh Taehyung.
" takpe Jeong kau rileks je, "
Jeongyeon berundur ke belakang sedikit lalu kuku ibu jarinya digigit perlahan.
" kau apahal ni? "
" Arman Rahmat, "
" ha? kau ingat ini paskal? "
" kenapa kau nak jadi paskal?! "
Mula dah perangai buruk Park Jimin yang suka tiba-tiba berlakon. Lagi-lagi sejak akhir-akhir ni dia banyak tengok paskal makin menjadi lah perangai dia.
" bersedia berkhidmat untuk negara tuan! "
Taehyung turut serta bersama-sama dengan Jimin. Jeongyeon sedikit tersenyum melihat gelagat dua orang manusia di depannya ni.
" kau tak payah lah ajar aku cogan kata TLDM! "
Jimin menggoncang perlahan tubuh Taehyung lalu kolar baju Taehyung dilepaskan.
" aku tanya, kenapa kau nak jadi paskal?! "
" saya nak tau bapak saya mati untuk apa tuan! "
" weh muka kau! "
Jimin tiba-tiba berdekah ketawa disebabkan muka Taehyung yang berkerut akibat menjerit tadi. Taehyung memandang Jimin keliru dengan mulutnya yang sedikit ternganga.
" apahal? "
" muka kau berkerut teruk masa jerit tadi! "
Taehyung menepuk bahu Jimin lalu turut tertawa membayangkan wajah hodoh dia semasa menjerit tadi.
" tak yang korang tiba-tiba acting macam paskal kenapa? "
" rutin harian, "
" ha? "
" Jimin ni nak jadi actor sebab tu dia bukan main lagi berlakon tadi. Lagi-lagi dia asyik layan paskal je sejak dua menjak ni tu yang terikut-ikut, "
Taehyung duduk kembali di sebelah kanan Jeongyeon diikut oleh Jimin di sebelah kiri Jeongyeon.
" guys, "
Jimim dan Taehyung memandang Jeongyeon menanti kata-kata seterusnya daripada Jeongyeon.
" kenapa Jeong? "
Soal Jimin terlalu ingin tahu tentang apa yang Jeongyeon ingin katakan.
" terima kasih, "
tbc
❀ aku banyak terpengaruh dengan paskal lately HAHAHAHAHA 😹
YOU ARE READING
𝘤𝘩𝘪𝘭𝘥𝘩𝘰𝘰𝘥 𝘧𝘳𝘪𝘦𝘯𝘥. 𝙫𝙢𝙞𝙣
Random〖 𝗰𝗼𝗺𝗽𝗹𝗲𝘁𝗲𝗱 〗 ❞ aku lakukan semua ni demi balas dendam, bukan sebab aku sukakan kau ━ PARK JIMIN ❝ ❞ tapi kau bertarung nyawa depan mata aku, demi apa? ━ YOO JEONGYEON ❝ ◢ park jimin as himself yoo jeongyeon as herself ◤ a complicated fan...