" Jeongyeon kenal anak pakcik Park ni? "
" dia ketua pengawas sekolah, "
Jeongyeon menyuap secebis daging ke dalam mulutnya tidak memandang Jimin yang kini duduk berhadapan dengannya.
" dan Jeongyeon penolong ketua pengawas ni, "
Ujar Jimin memandang Jeongyeon dengan senyuman. Jeongyeon menjeling Jimin sekilas lalu menghirup air orennya.
" oh elok lah kalau macam tu, "
Kata Encik Yoo tiba-tiba membuat Jeongyeon refleks memandang appa nya.
" maksud appa? "
" pakcik Park dengan appa memang ada rancangan nak kenalkan korang berdua, "
" tup tup dah kenal rupanya, "
Amboi rancak sungguh berbual Encik Park dan Encik Yoo ni. Jeongyeon mengalihkan pandangannya ke kiri sedikit meluat dengan apa yang diutarakan oleh kedua-dua lelaki tadi.
Jimin hanya tersenyum mendengar kata-kata Encik Park dan Encik Yoo tadi. Wajah Jeongyeon dipandang lama.
" Jeongyeon-ah, "
" amende? "
" ani, awak nampak cantik malam ni, "
" aku memang cantik and please stop guna saya awak. Aku geli, "
Jeongyeon menjeling Jimin dihadapannya. Jimin mengangguk perlahan. Encik Park dan Encik Yoo menggelengkan kepala mereka seketika melihat perlakuan Jeongyeon tadi.
" appa, Jeong nak balik lah, "
Laju sahaja kata-kata tersebut diutarakan oleh Jeongyeon membuat semua yang berada di situ memandang Jeongyeon secara serentak.
" uh yelah balik dengan Seungyeon- "
" Seungyeon nak balik dengan appa, "
Encik Yoo mengeluh sebentar, takkan dia nak bagi Jeongyeon balik sorang? Bahaya malam-malam gini kalau balik sorang.
" Jimin boleh hantarkan Jeongyeon balik, "
Jimin memandang Encik Yoo penuh harapan agar diberikan lampu hijau untuk menghantar Jeongyeon di samping mengambil kesempatan untuk bersama Jeongyeon.
" aku tak nak kau hantar aku- "
" boleh tapi hati-hati ya? "
Pantas sahaja Encik Yoo memotong kata-kata Jeongyeon dan memberi lampu hijau untuk Jimin menghantar anak gadisnya.
" tapi appa- "
" appa taknak Jeongyeon balik sorang, "
Jeongyeon mempoutkan bibirnya protes lalu chopstick yang dipegang tadi diletakkan di tepi pinggan dengan agak kuat menunjukkan bahawa dirinya sedang protes.
Jeongyeon kemudiannya bangkit dan membawa beg tangannya keluar dari bilik tersebut diikuti oleh Jimin. Jimin berlari anak mengejar Jeongyeon yang mendahului nya.
" kereta kau dekat mana? "
" er aku tak bawak kereta, "
Jeongyeon memandang Jimin serious. Langkah kakinya dihentikan.
" habis kau nak hantar aku pakai apa syaiton? "
" er jap aku call member aku, "
Jimin pantas mengeluarkan telefonnya lalu menelefon seseorang. Jeongyeon menggelengkan kepala sekilas lalu melangkah keluar dari restoran tersebut.
YOU ARE READING
𝘤𝘩𝘪𝘭𝘥𝘩𝘰𝘰𝘥 𝘧𝘳𝘪𝘦𝘯𝘥. 𝙫𝙢𝙞𝙣
Random〖 𝗰𝗼𝗺𝗽𝗹𝗲𝘁𝗲𝗱 〗 ❞ aku lakukan semua ni demi balas dendam, bukan sebab aku sukakan kau ━ PARK JIMIN ❝ ❞ tapi kau bertarung nyawa depan mata aku, demi apa? ━ YOO JEONGYEON ❝ ◢ park jimin as himself yoo jeongyeon as herself ◤ a complicated fan...