Sebaik pulang ke rumah, Jimin terus merebahkan badannya di atas sofa. Kepalanya yang terasa berdenyut dipicit berulang kali. Matanya turut dipejam menahan sakit di kepala.
" Jiminie! "
Panggil Jaehee yang mendengar bunyi pintu rumah dibuka sebentar tadi. Jimin membuka matanya lalu dia tersenyum ke arah Jaehee. Gadis itu terus meluru ke arahnya dan memeluk lelaki itu.
" i miss you, "
" Jaehee-ya, aku ada benda nak cakap sikit, "
" soal Jeongyeon? Jimin, dia punca Jaemin tak ada sekarang ni tau? Boleh tak kau stick pada rancangan yang ada? Nak aku ambil alih atau kau nak teruskan? "
Jimin mengeluh perlahan, dia sendiri tak tau dari mana Jaehee tau. Rambutnya dikusutkan dia terasa semuanya kucar-kacir sekarang. Takkan dia sanggup khianati adik beradiknya sendiri semata-mata demi cinta?
" k-kau tau dari mana ni? "
" kau buat lawak ke ni? Aku adik kau, aku siasat segalanya tentang kau. Wah aku dah tolong kau eh dengan buat Jeongyeon satu sekolah dengan kau! Tu pun susah ke? Lagi satu, susah sangat eh nak hapuskan family dia? "
" J-jaehee kau- "
" i send you a little help, "
Ujar Jaehee dengan senyuman sinis dibibirnya, bergetar mata Jimin dibuatnya. Seluruh tubuh Jimin terus menggigil, tangan Jaehee digenggam lalu dia memandang anak mata adiknya.
" kau tak- "
Panggilan daripada Jeongyeon membuat kata-kata Jimin terhenti. Wajah Jaehee didepannya dipandang lalu dia mengangkat panggilan tersebut.
" kau serious? Jangan main-main! "
" untuk apa aku bergurau soal ni?! "
Jaehee tersenyum sinis lagi mendengar jeritan daripada Jeongyeon. Rancangan dia untuk menghapuskan keluarga Yoo berjaya. Ya, sudah tentu dia gembira.
" sekejap lagi aku datang, "
Ujar Jimin lalu dia pantas mematikan panggilan, wajah Jaehee dipandang tak percaya. Kedua-dua bahu Jaehee dipegang oleh Jimin.
" kau ingat mati ni main-main ke? "
" kematian Jaemin jugak bukan sesuatu yang boleh dibuat main. Keluarga dia langsung tak rasa bersalah padahal Encik Yoo sendiri langgar dia dan Jeongyeon punca kenapa Jaemin berlari untuk halang dia daripada dilanggar! Untuk apa Jaemin buat semua tu? "
" untuk selamatkan kawan masa kecik aku lah sial! Kau tak tau atau kau buat-buat lupa? Keluarga Yoo dengan keluarga kita jiran masa kau dan aku masih kecil! Kau lupa? "
Jaehee tersenyum sinis lalu gadis itu memeluk tubuhnya, dia melihat Jimin seakan memandang rendah lelaki itu.
" jangan lupa Park Jimin, Encik Yoo yang langgar Jaemin! Kau tak faham ke ha? Dia bukan merancang nak langgar Jeongyeon tapi dia memang nak langgar Jaemin. Kau masih tak faham lagi? Kau tau kan Jaemin rapat dengan Jeongyeon macam mana dulu? "
Jaehee memandang Jimin tak puas hati manakala lelaki itu masih lagi dengan pandangan awalnya bahawa Jeongyeon tak bersalah. Pandangannya mengatakan bahawa Encik Yoo yang bersalah dalam hal ini.
" kau salah, Encik Yoo sorang je bersalah. Kau dah bunuh dia kan? Dah lah! Jangan ganggu Jeongyeon! "
" w-wah Park Jimin, kau still tak faham? Jeongyeon tau dia punca kau still tegakkan dia tak bersalah? Park Jimin kau buat apa selama kau dekat Korea ni? Kau kata kau akan balas dendam atas apa yang dah terjadi pada Jaemin? Mana janji kau? "
" m-maaf, aku dah jatuh sayang pada Jeongyeon, "
Ujar Jimin lalu dia berlalu keluar dari rumah untuk ke hospital, menjenguk mayat Encik Yoo buat kali terakhir. Jaehee ternganga terkejut, dia menghentakkan kakinya.
" aku akan pastikan kau menyesal! "
Teriak Jaehhe dari dalam rumah, Jimin langsung tak mempedulikan kata-kata Jaehee sebentar tadi.
**
Jimin menuju ke majlis pengebumian Encik Yoo bersama Jeongyeon. Gadis itu lebih banyak senyap, meskipun dia sememangnya tak suka bercakap tapi kali ni dia langsung tak berbicara sepatah.
Kebiasaannya ada jugak dia berbual tapi hari ni terus tak bercakap, dia senyap tak berkutik.
" em, kau okay? "
Jeongyeon mengangguk mengiyakan soalan daripada Jimin. Jimin mengeluh kecil, lalu dia menyentuh belakang tangan Jeongyeon. Gadis itu tak menolak, dia hanya senyap. Wajahnya jugak ditundukkan.
" aku tau kau tak okay, aku faham perasaannya hilang orang yang kau sayang lagi-lagi appa kau. But kau kena kuat, kau tak nak appa kau tengok kau macam ni kan? "
Ujar Jimin sesekali menoleh ke arah Jeongyeon, bahu gadis itu sedikit terhincut-hincut sedikit. Sungguh hati Jimin jugak sakit melihat keadaan Jeongyeon gadis yang dia sayang sebegini.
Jimin mengenggam tangan Jeongyeon, mencuba memberikan gadis itu sedikit kekuatan. Jeongyeon semakin teresak-esak, dia memeluk lengan Jimin.
" sumpah weh, sakit sangat. Sakit dia macam nyawa kau ditarik separuh, aku tak tipu sakit sangat. Dada aku sesak, aku tak tau nak buat apa, "
Disaat Jeongyeon meluahkan isi hatinya, mata Jimin sedikit bergetar. Sungguh dia tak sanggup melihat Jeongyeon sebegini, tapi dalam masa yang sama dia lupa dia sendiri punca Encik Yoo mati. Dia punca awal, dia yang buat Encik Yoo koma dan Jaehee cuma penambah rasa.
" m-maafkan aku, "
" hiks, untuk apa? K-kau tak salah pun, "
" tak, aku mintak maaf. Untuk semuanya, "
Jeongyeon tak menjawab dia masih hanyut di dalam emosinya. Jimin mengeluh perlahan, membayangkan kalau Jeongyeon mengetahui fakta sebenarnya dah tentu Jeongyeon akan bencikan dia.
Sebab Jimin punca, punca segalanya. Dia jugak yang merancang untuk balas dendam terhadap keluarga Yoo, dia yang rancang segalanya. Jaehee tak sepatutnya masuk campu, hasilnya sekarang semua kucar-kacir.
" maafkan aku, aku punca, "
tbc
hah, pishang ;-;
YOU ARE READING
𝘤𝘩𝘪𝘭𝘥𝘩𝘰𝘰𝘥 𝘧𝘳𝘪𝘦𝘯𝘥. 𝙫𝙢𝙞𝙣
Random〖 𝗰𝗼𝗺𝗽𝗹𝗲𝘁𝗲𝗱 〗 ❞ aku lakukan semua ni demi balas dendam, bukan sebab aku sukakan kau ━ PARK JIMIN ❝ ❞ tapi kau bertarung nyawa depan mata aku, demi apa? ━ YOO JEONGYEON ❝ ◢ park jimin as himself yoo jeongyeon as herself ◤ a complicated fan...