" Taehyung, mana Jimin? "
Soal Jeongyeon yang perasan dah hampir 2 minggu Jimin tak hadir ke sekolah sejak majlis pengebumian Encik Yoo.
" tak tau, "
Ujar Taehyung bersahaja, meskipun dia tahu kemana Jimin menghilang, Taehyung memilih untuk merahsiakan. Lagipula, ini peluang yang baik untuk Taehyung mengambil hati Jeongyeon.
" seriouslah kau tak tau? "
" serious, "
Jeongyeon mengeluh kecil lalu dia mengambil tempat bersebelahan Taehyung memandangkan kelas seterusnya memerlukan dia untuk berpasangan.
" hei Taehyung, ada orang nak jumpa kau, "
Taehyung mengangkat kening kirinya lalu dia memandang keluar koridor, langsung tiada sesiapa. Taehyung memandang pulak ke arah Seoyi, selaku sang penyampai tadi.
" mana? "
" pejabat, "
Taehyung mengangguk lalu dia menoleh ke arah Jeongyeon seketika. Gadis itu sekadar mengangkat kedua keningnya ingin tahu.
" aku pergi kejap, kau stay dekat sini eh? Sekejap lagi aku datang balik, "
Jeongyeon mengangguk perlahan, meskipun dia pelik dengan sikap Taehyung yang agak lembut terhadapnya tapi dalam masa yang sama dia senang bahkan dia rasa Taehyung menarik.
Selepas Taehyung meninggalkan kelas, Jeongyeon sedikit termenung. Dia terfikir, ada sesuatu terjadi pada Jimin ke? Lelaki tu sedang sakit atau macam mana?
Sejujurnya Jeongyeon perlukan Jimin buat masa sekarang, ya dia perlukan sokongan daripada lelaki yang selalu ada dengannya. Pemergian Encik Yoo jelas meninggalkan kesan yang mendalam, Jeongyeon dan keluarganya lebih banyak diam.
Puan Yoo perlu mencari pekerjaan sendiri demi menampung anak-anaknya. Sebelum ni mereka bergantung harap pada Encik Yoo, namun selepas pemergian Encik Yoo terpaksalah Puan Yoo menanggung bebanan untuk bekerja.
Jeongyeon pulak akan tamat sekolah tahun ni namun perjalanan untuk menamatkan persekolahan masih panjang. Jeonyeon masih mempunyai 3 peperiksaan yang akan datang sebelum dia menamatkan persekolahan.
Puan Yoo lah yang akan menanggung kos sara hidup mereka bertiga selepas ini. Encik Yoo pula tak ada seorang anak lelaki pun, namun Encik Yoo dah meninggalkan wasiat terlebih dahulu seakan mengetahui dia akan pergi bila-bila masa.
Jeongyeon mengeluh kecil membayangkan kehidupannya yang akan datang, dapat ke dia bertahan? Atau adakah dia sendiri akan mengalah?
**
Taehyung memeluk tubuhnya sebaik mengetahui siapa yang memanggilnya ke pejabat. Jimin memandang Taehyung dengan lemah, jelas kelihatan lelaki ini menyiksa diri sendiri atas rasa bersalahnya.
Taehyung masih menahan diri agar tak bertindak melulu, dia jugak tau betapa Jimin sayangkan Jeongyeon. Apakan daya, Jimin dah pun menjadi pembunuh kepada Encik Yoo.
" kau kalau tak okay tak perlu datang, "
" aku nak jumpa kau. Ada benda aku nak bagitau kau, "
Ujar Jimin lalu dia mendekati lelaki itu, kedua-dua mereka duduk di sofa berdekatan. Taehyung sudah memandang Jimin ingin tau, rasa ingin tahunya semakin menebal disebabkan Jimin yang kelihatan agak resah.
" tolong jaga Jeongyeon sementara aku tak ada, Jaehee dah rancang sesuatu dan aku tau rancangan dia akan melibatkan satu lagi kematian, "
Bergetar mata Taehyung dibuatnya, adik beradik Park ni memang tak boleh dibuat gurau. Kalau benda-benda melibatkan keluarga cepat je mereka bertindak meskipun melibatkan kematian.
" jadi kenapa kau tak hentikan dia? "
" aku dah cuba, tapi dia tak nak terima hakikat, "
" hakikat apa? "
" hakikat yang aku sayangkan Jeongyeon, "
Taehyung mengeluh kecil, jika dia berada di tempat Jaehee dia sendiri pun tak mungkin boleh terima hakikat bahawa Jimin cintakan gadis yang menjadi punca kematian abangnya sendiri.
" tapi, setahu aku semua tu tak dirancang kan? Maksud aku, benda terjadi tanpa sengaja. Jadi kenapa Jaehee marah- "
" kau tak faham, Jeongyeon ada dekat tempat tu lepas dia tuduh Jaemin curi duit dia. Sedangkan sebenarnya, duit tu ada dalam dompet dia yang Jaehee pegangkan sebab dia yang suruh. Satu lagi, dia cukup faham yang mendiang omma dia dulu di hina Jaemin sebab curang dengan appa aku. Jadi, aku tanya kau sekali lagi, masuk akal atau tak yang semua ni dirancang? "
Taehyung terdiam seketika, memproses kata-kata Jimin yang cukup mengejutkannya. Matanya dikerdipkan beberapa kali sebelum dia membeliakkan matanya.
" kenapa kau tak pernah bagitau dari dulu lagi? Maksud kau, dia balas dendam pada Jaemin? Sebab hina mendiang omma dia? Eh? Omma dia dah tak ada? Jadi omma dia yang sekarang? "
" Puan Yoo yang sekarang ni isteri kedua Encik Yoo lepas pemergian isteri pertama dia. Kenapa aku tak cerita? Sebab aku ingat kau akan faham, tapi tak apa lah, "
" nanti, kau nak kemana? "
" aku nak balik Yokohama dengan Jaehee, "
Taehyung mengangkat kedua keningnya terkejut mendengar pernyataan daripada Jimin sebentar tadi. Jimin mengambil dokumen yang berada di atas meja lalu dia bangkit dari duduk.
" aku pergi tak lama, 3 ke 4 tahun je. Kalau rindu video call aku eh? "
" tak ingin aku rindu kau, tak apa aku jagakan Jeongyeon untuk kau ya? "
" aku dapat tau kau bercinta atau kahwin dengan dia, aku sumpah aku balik Korea waktu tu juga untuk bunuh kau, "
Taehyung tertawa riang mendengar ugutan comel daripada Jimin sebentar tadi. Jimin menjeling kawan baik dia yang seorang tu. Elak kena pijak je Taehyung ni sekejap lagi.
" dah lah aku gerak dulu, "
Ujar Jimin lalu melangkah keluar dari pejabat sekolah diikuti oleh Taehyung. Jimin tersentak saat melihat gerangan yang sedang membuka kasut untuk masuk ke dalam pejabat.
" J-jimin? "
tbc
- very late update, sorry :(
YOU ARE READING
𝘤𝘩𝘪𝘭𝘥𝘩𝘰𝘰𝘥 𝘧𝘳𝘪𝘦𝘯𝘥. 𝙫𝙢𝙞𝙣
Random〖 𝗰𝗼𝗺𝗽𝗹𝗲𝘁𝗲𝗱 〗 ❞ aku lakukan semua ni demi balas dendam, bukan sebab aku sukakan kau ━ PARK JIMIN ❝ ❞ tapi kau bertarung nyawa depan mata aku, demi apa? ━ YOO JEONGYEON ❝ ◢ park jimin as himself yoo jeongyeon as herself ◤ a complicated fan...