Jimin mundar mandir di hadapan bilik pembedahan. Jeongyeon yang tertidur di bahu Taehyung dipandang beberapa kali.
" Jimin, "
" apa? "
" ini dah lebih, "
Jimin menjeling Taehyung lalu memeluk tubuhnya. Jimin kemudiannya kembali mundar mandir di hadapan bilik bedah tersebut.
" apa aku nak, aku dapat, "
" tapi bukan macam ni Park Jimin! "
" ini idea kau lah sial! "
" aku tak maksudkan untuk bunuh dia! "
Jimin terdiam seketika, wajah Taehyung yang sedang serious dipandang lama. Taehyung sudah mengeluh kasar.
" T-taehyung, macam mana ni? "
" kau bodoh lah Park Jimin, apa yang aku maksudkan cuma ugut Encik Yoo bukan bunuh dia, "
" Taehyung-ah, "
Suara Jimin kedengaran sedikit bergetar dan itu buatkan Taehyung mula rasa kasihan terhadap kawan baik dia yang seorang tu.
" bahu aku sebelah lagi kosong, "
Ujar Taehyung sambil matanya memandang ke arah bahu kirinya. Jimin tersenyum kecil lalu mengambil tempat di sebelah Taehyung. Jimin memeluk pinggang Taehyung lalu wajahnya disembamkan di bahu lelaki itu.
Taehyung menepuk-nepuk bahu Jimin perlahan berusaha menenangkan dia. Lama-kelamaan Jimin mula tertidur dengan keadaan begitu. Taehyung tertawa kecil lalu kepalanya digelengkan melihat Jimin.
" dari dulu sampai sekarang kau tak pernah berubah, bila menangis je kau mesti tertidur, "
Ujar Taehyung lalu tersenyum kecil melihat Jimin yang dah tertidur di sebelahnya. Setelah hampir 5 jam menunggu akhirnya seorang doktor keluar dari bilik pembedahan dan menemui Taehyung yang masih sedar. Jimin sudah terbaring di atas kerusi manakala Jeongyeon tidur sambil bersandar pada kerusi.
" doktor, "
" keadaan encik Yoo masih belum stabil dan memerlukan rawatan lebih lanjut. Kami mengalami sedikit masalah semasa membersihkan darah beku pada bahagian kepalanya. Nampak macam dia dihentak dengan kuat menggunakan sesuatu, "
Taehyung mengangguk faham meskipun dia sebenarnya tau bahawa Jimin punca bagi segala kesilapan tersebut. Salah Taehyung jugak sebab tak jelaskan pada Jimin maksud sebenar dia.
**
Jimin memandang kerusi Jeongyeon yang kosong, perasaan bersalah masih menghantui dirinya. Taehyung yang perasan akan sikap Jimin menepuk bahu lelaki itu perlahan.
" don't worry, aku yakin encik Yoo akan okay, "
" i wish, "
Jimin menundukkan wajahnya, ya dia rasa sangat-sangat bersalah. Memang awalnya dia nak balas dendam tapi ini dah lebih dia tak sepatutnya libatkan Encik Yoo.
Jeongyeon punca kenapa Jaemin mati, Encik Yoo tak ada di tempat kejadian. Jimin tak boleh salahkan Encik Yoo atas apa yang terjadi.
" tapi, kau betul ke nak teruskan rancangan kau? "
Jimin memandang Taehyung seketika, jujur dia rasa serabut sekarang. Dia dah mula rapat dengan Jeongyeon dan dia rasa macam dia dah kenal Jeongyeon lama.
" a-aku pun tak pasti, "
Taehyung mengangguk faham, dia sendiri rasa Jimin tak perlu teruskan semua ni. Benda tu dah lama berlalu, hampir kebanyakkan orang dah lupa dengan kejadian tersebut.
YOU ARE READING
𝘤𝘩𝘪𝘭𝘥𝘩𝘰𝘰𝘥 𝘧𝘳𝘪𝘦𝘯𝘥. 𝙫𝙢𝙞𝙣
Random〖 𝗰𝗼𝗺𝗽𝗹𝗲𝘁𝗲𝗱 〗 ❞ aku lakukan semua ni demi balas dendam, bukan sebab aku sukakan kau ━ PARK JIMIN ❝ ❞ tapi kau bertarung nyawa depan mata aku, demi apa? ━ YOO JEONGYEON ❝ ◢ park jimin as himself yoo jeongyeon as herself ◤ a complicated fan...