11

289 38 1
                                    

Jimin dan Taehyung menikmati sajian yang dihidangkan dengan suasana yang cukup senyap selepas Jeongyeon dengan sarkastik nya menolak perasaan mereka berdua terhadap dirinya.

Jeongyeon merasakan keadaan mereka sedikit canggung namun agak kelakar. Mana taknya tadi dua-dua sibuk memekak berebutkan Jeongyeon kini senyap.

" aku balik dulu, ni duit, "

Ujar Jeongyeon sebelum bangkit dan beredar dari restoran tersebut. Jimin yang melihat Jeongyeon sudah menjauhi restoran tersebut terus memandang Taehyung.

" kau biar betul? "

" apa? "

Jimin berdecit perlahan mendengar soalannya dibalas dengan soalan lain.

" kau jangan rosakkan plan boleh tak? "

" aku rosakkan apa? "

" Kim Taehyung, "

Taehyung tertawa kecil melihat Jimin yang sedang marah dengan dirinya. Jimin pulak dah menjeling Taehyung.

" aku tak rosakkan plan kau, aku tengah tolong kau, "

" tolong apanya? Ini dah dikira bersaing! Kalau rosak plan ni siap kau! "

" don't worry, kalau aku dapat dia, aku ada plan lagi baik dari plan kau, "

Taehyung mengukir senyuman sinis membuat Jimin semakin ingin tau. Taehyung mula membisikkan sesuatu kepada Jimin menyebabkan Jimin turut tersenyum sinis.

×

Jeongyeon memandang ke luar tingkap kelasnya, pelajar-pelajar yang sedang bersenam di padang ditatap kosong. Bosan, fikirnya.

" Yoo, "

Jeongyeon mengerutkan dahinya lalu melirik sedikit ke arah pintu. Jeongyeon menjeling lelaki yang memanggilnya tadi.

" anak Park, "

Ujar Jeongyeon perlahan sebelum kembali menoleh ke luar tingkap. Jimin mengambil tempat berhadapan dengan Jeongyeon.

" kau tak rehat ke? "

" malas, "

" ke tak ada kawan? "

Jeongyeon menjeling Jimin sekali lagi. Keluhan kasar dilepaskan, menunjukkan dia malas nak layan Jimin.

" weh- "

drtt drtt

Kata-kata Jimin terhenti sebaik Jeongyeon menjawab panggilan dari telefonnya.

" nak apa? "

Soal Jeongyeon dingin sebaik panggilan disambungkan. Jimin hanya memandang Jeongyeon dengan tenang.

" k-kau cakap apa ni? "

Wajah Jeongyeon bertukar serious membuat Jimin tiba-tiba ingin tahu. Wajahnya berkerut menandakan dia baru menerima berita buruk.

" kau dekat mana ni? Mana kau tau semua tu?! "

Sebaik mendengar jawapan daripada sang pemanggil, Jeongyeon terus mematikan talian lalu melangkah untuk keluar dari kelasnya.

𝘤𝘩𝘪𝘭𝘥𝘩𝘰𝘰𝘥 𝘧𝘳𝘪𝘦𝘯𝘥. 𝙫𝙢𝙞𝙣Where stories live. Discover now