15

120 15 0
                                    

Wajah Jeongyeon yang sedang menatapnya dengan perasaan ingin tahu dipandang takut-takut. Terkadang Jimin menggaru tengkuknya yang tak berapa gatal tapi dia kekok saat ini.

" hei, kenapa kau lama tak datang sekolah? "

" er Jeong, actually, "

Jimin menghentikan percakapannya seketika, Jeongyeon sudah sedia menunggu kata-kata Jimin yang seterusnya. Keningnya diangkat dan matanya kian membulat.

" aku nak pindah Yokohama, dengan adik aku, "

" kenapa? "

Jimin menggigit bibir bawahnya perlahan, ya dia serba salah ingin jujur dengan Jeongyeon. Tak mungkin dia akan ceritakan sebabnya kenapa kan? Jeongyeon pasti susah ingin menerima kenyataannya nanti, lagipula semuanya masih lagi satu misteri.

" sebab halmeoni aku tak sihat, jadi aku nak jaga dia, "

Jeongyeon mengeluh kecil, gadis itu kemudiannya mengangguk faham. Mahu atau tak, dia terpaksa juga terima kenyataan meskipun hatinya seakan berat ingin membenarkan Jimin pergi.

" jaga diri, "

" jaga hati kau, untuk aku, "

" berambus lah kau, "

Jimin tertawa sebaik Jeongyeon berkata kasar dengannya sebentar tadi. Jeongyeon turut tersenyum kecil melihat Jimin tertawa dengan kuat. Jeongyeon memutuskan untuk memeluk Jimin, dagunya diletakkan di atas bahu Jimin.

" betul ni, jaga diri tau. Jangan sampai jatuh sakit, "

Jimin terkaku sebentar, otaknya mencuba memproses perkara yang sedang berlaku. Jeongyeon memeluknya? Adakah ini mimpi atau realiti?

" J-jeong, "

" aku akan rindukan kau, Jimin, "

" aku dah pun rindukan kau, "

Jeongyeon tertawa kecil meskipun pipinya sudah basah dibanjiri air matanya sendiri. Entah kenapa dia rasa sebak yang teramat memikirkan Jimin akan berpindah ke Jepun.

Jimin mengusap rambut Jeongyeon yang sudah semakin panjang dengan perlahan. Pelukan mereka dieratkan, Jimin menghidu bau haruman milik Jeongyeon.

" aku serious juga, jaga hati kau tu. Ya? "

" bukannya aku suka kau pun, "

Ujar Jeongyeon lalu dia menolak Jimin agar menjauh darinya. Air matanya pantas dikesat, Jimin menahan lengan Jeongyeon lalu mengesat air matanya gadis itu menggunakan tangannya.

Jimin memandang Jeongyeon lama, hatinya memang berat ingin meninggalkan Korea. Meninggalkan Jeongyeon. Dia sudah sukakan gadis itu untuk jangka masa yang lama, cuma dia baru sedar.

Betapa dia sayangkan Jeongyeon, hingga dia sanggup berlawan dengan Taehyung, kawan baiknya sendiri demi mendapatkan gadis di hadapannya ini.

Jimin tersenyum kecil kemudian dia mencium dahi Jeongyeon tanpa segan silu. Jeongyeon sudah membeliakkan matanya dan bersedia ingin memukul Jimin.

Namun, lelaki itu lebih pantas berlari meninggalkannya. Jeongyeon mengejar Jimin hingga menghampiri pagar sekolah, kelihatan Jaehee sedang memeluk tubuh dan bersandar pada sebuah kereta.

Jeongyeon menghentikan langkahnya melihat Jimin dan Jaehee berbual mesra. Jeongyeon dengan cepat memusingkan tubuhnya, terfikir adakah itu adiknya atau kekasihnya?

Kalau adik, kenapa begitu menawan? Bahkan, dari segi pakaiannya nampaklah bahawa gadis itu sememangnya berada di tahap yang berbeza dengan dirinya.

Jeongyeon menundukkan wajahnya lalu dia beredar dari kawasan tersebut. Taehyung yang sedari tadi mencari-cari kelibat Jeongyeon terus sahaja berlari ke arahnya sebaik ternampak Jeongyeon di tapak perhimpunan.

" Jeongyeon-ah! "

" Taehyungie! "

Taehyung mengangkat keningnya mendengar Jeongyeon memanggilnya dengan cara yang berbeza. Kebiasaannya dah dimaki hamun Taehyung kalau panggil nama Jeongyeon dengan kuat.

" kau pergi mana? "

" ingat nak beli air, kedai tutup! "

" hm makin hambar lawak kau ni, nak aku bawa kau pergi hospital tak? "

" gelak lah setan, aku jarang buat lawak ni. Aku tak layan kau kang, "

Sepantas kilat Taehyung ketawa berdekah-dekah walaupun kedengaran seakan palsu namun entah kenapa Jeongyeon pun ikut terhibur mendengar Taehyung tertawa sebegitu.

Jimin memandang Jeongyeon dan Taehyung dari kejauhan, sungguh dia rasa tercabar, namun apakan daya? Jaehee lebih penting buat masa ni, Jimin perlu tenangkan Jaehee agar adiknya itu tak melakukan sebarang kesilapan.

" oh? Taehyung oppa? "

" dah jom, tak perlulah kau nak bertegur dengan dia, "

Ujar Jimin tegas dan terus menarik lengan adiknya agar memasuki kereta. Laju sahaja kereta mereka meluncur di atas jalan raya menuju ke lapangan terbang.

" oppa, "

" hm? "

" berhenti sukakan betina tu, "

Jimin merengus kasar, dia tak suka Jaehee memanggil Jeongyeon begitu. Jeongyeon tak layak dipanggil begitu, bahkan bagi Jimin gadis itu lebih dari sekadar seorang dia cintai tapi seorang yang haris dia lindungi.

" dia seseorang dalam hidup aku, dia dunia aku. Berhenti panggil dia macam tu, "

" Encik Yoo dah tak ada dan yang tinggal cuma tiga ekor betina tak guna tu je. Itu pun susah ke untuk kau jalankan tugas kau? "

" Park Jaehee! Jangan biadab dengan aku! Aku ni abang kau! Mana rasa hormat kau pada aku? "

Jaehee terdiam, jarang sekali Jimin mempersoalkan tentang rasa hormatnya. Ada benarnya apa yang Jimin katakan namun, rasa hormat Jaehee terhadap Jimin dah lama hilang sejak Jimin merosakkan rancangan awal mereka.

" Jaemin oppa pergi sebab dia! Kenapa dengan kau ni Jimin? Satu family dia bersalah Park Jimin! "

" ani, appa dia je. Kita dah bincang kan? "

" kau salah Jimin, mereka semua bersalah, "

Jimin meraup wajahnya dengan kasar. Ingin sekali dia lempar adiknya ke jalan, sungguh dia tak sangka sebegini dalam Jaehee berdendam dengan keluarga Yoo. Padahal semuanya tak disengajakan kalau difikirkan secara positif oleh Jimin.

Tapi, kalau diikutkan logik akal, memang seluruh keluarganya bersalah. Mereka bahkan melarikan diri selepas melakukan jenayah dirancang.

" Jaehee-ya, mereka dah cukup kehilangan seorang appa. Boleh tak kau jangan seksa mereka lagi? "

" oppa, kau mesti tak tau kan? Dendam aku lebih mendalam kalau nak dibandingkan dengan apa yang mereka rasa, "

Ujar Jaehee dengan tegas sebelum menyumbat earphone ke dalam telinganya. Lagu dipasang dengan kuat agar dia tak mendengar bebelan daripada Jimin.

Jimin diselubungi dengan perasaan sayangnya terhadap Jeongyeon, disebabkan itu Jimin jadi lupa dengan tujuan sebenarnya berada di Korea. Bahkan, Jimin tak tau cerita sebenar di sebalik dendam Jaehee yang begitu mendalam.

Jaehee tak berdendam hanya kerana satu kemalangan biasa tapi, kemalangan yang dirancang. Jaehee begitu gigih melakukan carian di Jepun dan pulang ke Korea untuk memberitahu Jimin tentang hasil cariannya.

Namun, apa yang dia dapat hanya sebuah pergaduhan yang berpanjangan. Bahkan terasa ditikan oleh Jimin kerana mengkhianati dirinya.

" aku akan buat kau sedar, Jimin, "

tbc

aku akan cuba habiskan
ff ni sehabis baik ya gais?
maaf kalau jalan cerita melalut
maklum lah, aku busy
jadi tulis bila ada idea.
itu yang kejap lari,
kejap atas landasan,
kejap hilang tanpa dikesan.

𝘤𝘩𝘪𝘭𝘥𝘩𝘰𝘰𝘥 𝘧𝘳𝘪𝘦𝘯𝘥. 𝙫𝙢𝙞𝙣Tempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang