16

162 22 10
                                    

Setibanya di Yokohama, Jimin dan Jaehee terus disambut baik oleh keluarga mereka di lapangan terbang. Jaehee memeluk Puan Park dengan erat, Halmeoni Park pula sedang tersenyum melihat mereka.

Jimin menunduk hormat kepada Tuan Park dan Harabeoji Park. Jimin membawa bagasi mereka ke luar lapangan terbang dan dimasukkan ke dalam kereta milik keluarga Park.

" so, Jimin dengan Jaehee nak buat apa dulu ni? "

" Jaehee tak nak pun balik sini, "

Ujar Jaehee mengungkapkan rasa tak puas hatinya, Jimin mengeluh kasar lalu menjeling Jaehee dengan rasa menyampahnya. Tuan dan Puan Park menggelengkan kepala mereka melihat gelagat anak mereka yang seorang itu.

" tapi omma dengan appa kan dah duduk sini sekarang? Kenapa Jaehee nak duduk Korea? Banyak kenangan yang buat Jaehee sakit sayang dekat sana, "

Ujar Puan Park mencuba menenangkan anak gadisnya yang sedang beremosi. Jimin sudah malas mahu melayan karenah Jaehee yang tak sudah dengan pendiriannya.

Walaupun dah banyak kali Jimin tegakkan bahawa Jeongyeon tak bersalah dia tetap kata Jeongyeon bersalah dan punca kenapa Jaemin mati dulu. Sampaikan Jimin pula yang rasa nak stapler mulut adik dia seorang ni.

" sudah lah, Jimin penat ni. Boleh tak kita balik dulu baru bincangkan semua ni? "

Soal Jimin sambil memicit bahunya yang terasa lenguh. Seluruh keluarga Park bergegas masuk ke dalam kereta mereka. Tak lama selepas itu, kereta mereka hilang dari pandangan.

**

Jeongyeon keluar makan malam bersama Taehyung disebabkan hatinya tak terasa nak pulang ke rumah. Taehyung yang mengajak Jeongyeon, awalnya gadis itu menolak tawarannya. Tapi bila dipujuk Taehyung, akhirnya Jeongyeon setuju juga untuk keluar dengannya.

" kau tau kan aku mana suka pergi tempat macam ni, "

" kau tak suka tempat ni tapi at least boleh tak kau suka aku? "

" engkau? Muka dah macam katak nak bertelur, "

Terbahak-bahak Taehyung ketawa dibuatnya menyebabkan segenap ruangan memandang mereka berdua dengan pandangan yang tak puas hati.

" tak, aku serious ni Jeong. Boleh tak kau at least suka aku? "

" aku rasa, hati aku dihuni jembalang, "

Sekali lagi Taehyung tertawa terbahak-bahak, entah apa yang dia terhibur sangat agaknya. Jeongyeon sekadar tersenyum melihat Taehyung yang gelak sakan sedari tadi.

" aku tau kau sebenarnya sedih Taehyung. Sedih sebab kawan baik kau dah pindah, "

" sedih tu sikit lah, yang banyak tu cinta aku padamu, "

" boleh tak aku nak tampar muka kau guna penyapu? "

Taehyung tersenyum mendengar ugutan Jeongyeon sebentar tadi, Taehyung bukannya takut malah dia gemas melihat Jeongyeon di hadapannya ini. Rambutnya yang semakin panjang membuat hati Taehyung lebih berbunga-bunga ingin memiliki gadis itu seutuhnya.

" asal kau pandang aku macam tu? "

" kau cantik, buat aku sukakan kau lebih lagi, "

" cuba lah buka hati aku, sebab aku risau juga kalau aku songsang tetiba hm, "

Berdekah-dekah Taehyung gelak dibuatnya, entah kenapa Taehyung banyak terhibur dengan Jeongyeon hari ni. Mungkin sebab akhirnya dia dapat peluang untuk keluar berdua dengan gadis itu?

" esok time kelas jasmani, aku nak pertner dengan kau tau Tae, "

" hm? Ish, partner gay aku nak campak mana? "

" siapa partner gay kau hanat? "

Taehyung tertawa perlahan, Jeongyeon sudah memandang Taehyung dengan pandangan aku-tanya-betul-betul-ni-setan. Taehyung mengesat air matanya yang keluar akibat terlalu terhibur dengan Jeongyeon tadi.

" Jengkuk, "

" mwo? Jeon Jungkook? "

" hm kenapa? "

" korang sweet, aku ship ah ceni! "

Jeongyeon gelak sakan sebaik dia berjaya mengusik Taehyung tadi. Lelaki itu sudah menjeling Jeongyeon yang seakan mengambil serious dengan gurauannya tadi.

" sweet dengan dia tapi bercinta dengan kau, amacam? "

" tak nak ah, nanti Jungkook belasah aku, "

" hotak kau lah bebal! "

Kedua-dua mereka akhirnya tertawa bersama, tak pernah Jeongyeon begitu terhibur tapi bila dengan Taehyung selalu je dia terhibur. Mungkin sebab Taehyung ni terlalu peramah agaknya.

" kau tak nak ke try Jungkook? Dia comel apa, "

" aku ada perasaan dekat kau bukan dia, "

" cuba buka hati kau untuk dia? Mana tau sangkut kan? "

Taehyung menjeling Jeongyeon, dah banyak kali dia cakap dia sukakan gadis itu tapi si Jeongyeon malah menyokong hubungan songsang dirinya dan Jungkook. Walaupun diakui Taehyung selesa dengan Jungkook tapi dia tetap sukakan Jeongyeon.

" aku lelaki, dia lelaki. Aku tak suka lelaki, aku suka Yoo Jeongyeon je, "

Kali ni giliran Jeongyeon pula yang menjeling Taehyung, bukannya Jeongyeon tak suka cuma dia tak mahu berikan Taehyung kebahagiaan yang palsu. Meskipun Jeongyeon boleh berpura-pura sukakan Taehyung, dia memilih untuk tak melakukan sebegitu.

Taehyung terlalu baik untuk disia-siakan begitu saja. Malah, Jeongyeon lebih berharap Taehyung dapat bersama seseorang yang lebih baik dari dirinya. Lelaki itu layak menerima layanan yang setimpal dengan kebaikannya.

Bukan dipersia-siakan oleh Jeongyeon. Setidaknya, itulah yang Jeongyeon dapat fikirkan demi menjaga hati Taehyung.

" kau sukakan Jimin ke? "

Terdiam Jeongyeon dibuatnya, hatinya juga masih berbelah bagi. Dirinya bahkan tak tahu sama ada dia suka pada Jimin atau sekadar perasaan yang hanya singgah seketika.

Benar terkadang dia risaukan keselamatan Jimin bahkan kesihatan lelaki itu. Tapi, dia juga risaukan Taehyung kadang-kadang. Jadi, dia sendiri tak pasti sama ada dia suka pada Jimin atau tidak.

" aku, tak suka dia, "

" bagus lah, buka hati kau untuk aku ya? "

" apa kata kau buka hati kau, untuk Jungkook? "

Taehyung menjeling Jeongyeon yang sudah gelak sakan dapat mengenakan Taehyung sebentar tadi. Entah kenapa dia suka bila Taehyung bermesra dengan Jungkook.

Mereka nampak comel bila bersama, setidaknya Jeongyeon hanya suka mereka sebab nampak macam adik beradik dan tak lebih dari tu.

" buka hati kau, untuk aku, "

tbc—

maaf kalau hambar
idea asyik melayang :(

𝘤𝘩𝘪𝘭𝘥𝘩𝘰𝘰𝘥 𝘧𝘳𝘪𝘦𝘯𝘥. 𝙫𝙢𝙞𝙣Where stories live. Discover now