10

285 39 27
                                    

" untuk apa? "

" hiburan tadi, "

Taehyung mengerutkan dahinya begitu jugak dengan Jimin. Kata-kata Jeongyeon tak dapat dihadam sepenuhnya oleh mereka.

" maksud aku, aku dah lama sebenarnya tak terhibur teruk. Jadi terima kasih untuk lakonan paskal yang tiba-tiba tadi. Aku terhibur, "

Ujar Jeongyeon dan kelihatan sangat ikhlas, Jimin sedikit tersenyum mendengar kata-kata Jeingyeon tadi.

" dah lah aku nak balik- "

" rileks lah Jeongyeon, kita minum-minum dulu, "

Taehyung cepat-cepat menarik Jeongyeon untuk ke restoran berdekatan. Jimin yang ditinggal dibelakang mengerutkan dahinya memandang Taehyung dari jauh.

" woi! Dia aku punya! "

Teriak Jimin dari jauh sebelum bangkit dan mengejar Taehyung. Jeongyeon dah menjeling-jeling kedua-dua lelaki ini.

Taehyung mengarahkan agar Jeongyeon duduk di kerusi yang disediakan di restoran tersebut. Taehyung kemudiannya ingin mengambil tempat berhadapan dengan Jeongyeon namun Jimin lebih pantas menolak Taehyung sehingga jatuh.

Jimin cepat-cepat duduk di hadapan Jeongyeon. Taehyung memandang Jimin tak percaya.

" kau tolak aku? "

"kau tak penting, "

Baru je Taehyung nak hempuk kepala Jimin, kehadiran seorang pelayan menghentikan aktiviti nya tadi.

" dah duduk lah kau, bising pulak, "

Ujar Jimin membuat Taehyung semakin ingin menghempuk kepala lelaki ini. Taehyung akhirnya duduk di sebelah Jimin disebabkan Jeongyeon dari awal lagi dah letak kerusi kosong di sebelahnya ke belakang.

" order? "

" saya nak air letak ais lepas tu tabur milo, terima kasih, "

Pelayan tadi mengerdipkan matanya beberapa kali tak faham dengan pesanan Jimin tadi. Taehyung dan Jeongyeon dah gelak sakan.

" kau tak payah serious sangat, dia main-main je tu, "

Ujar Taehyung dengan sisa-sisa tawanya. Jeongyeon menggelengkan kepalanya perlahan lalu membelek-belek menu.

" bagi saya maggi kari, mee letak tepi, "

Jeongyeon mengerutkan dahinya mendengar pesanan Taehyung. Ah sudah, dua-dua masuk air rupanya.

" ais kosong je lah, "

Pelayan tadi mengangguk mendengar pesanan normal daripada Jeongyeon. Pening jugak kepala dia melayan karenah Taehyung dah Jimin.

" korang dua ni nak order ke tak? "

" rileks lah boss kita, muka berkerut sangat tu. Kerja jangan stress tak elok untuk kesihatan, "

Ujar Jimin memandang pelayan tadi penuh prihatin menyebabkan pelayan itu sedikit tersentuh dengan kata-kata Jimin.

Jeongyeon turut mengukir senyuman kecil melihat keprihatinan tiba-tiba oleh Jimin. Taehyung pulak mengerutkan dahi dia, pelik dengan sikap Jimin.

" kau sejak bila- "

Jimin menekup mulut Taehyung lalu memberikan pandangan tajam kepadanya agar tak bocorkan rahsia dia.

Dasar anak Park, berlakon je lebih dia ni.

" kali ni betul, bagi saya milo ais ya? "

Pelayan tadi mengangguk lalu mencatit pesanan Jimin. Taehyung meletakkan jari telunjuknya di dagu dan sedikit berfikir.

" bagi saya maggi goreng, letak kuah lepas tu nak honeydew ais, madu lebih, "

Terkebil-kebil pelayan tadi dengan pesanan Taehyung yang lebih rumit dan mengarut.

" maggi goreng satu dengan honeydew ais, that's it. Dia ni mengarut je lebih, "

Taehyung gelak sakan dapat mengusik pelayan tadi sekali lagi. Jeongyeon hanya menggelengkan kepalanya perlahan melihat gelagat Taehyung.

" weh Jeong, "

" apa? "

" amboi garangnya sayang saya ni, "

" nak aku blah dari sini ke macam mana? "

Jimin menggeleng laju, Jeongyeon ni kalau bab mengugut orang, dia nombor satu.

" kau tak nak kawan dengan kitaorang ke? "

Jeongyeon mengerutkan dahinya mendengar soalan cepumas daripada Jimin. Taehyung turut memandang Jeongyeon dengan penuh perasaan ingin tahu.

" sekarang ni apa? Bukan kawan lah? "

Jimin dan Taehyung mengangkat kedua kening mereka agak kurang jelas dengan jawapan Jeongyeon.

" kalau aku lepak dengan kau berdua, maksudnya aku dah anggap kau berdua kawan, "

Jimin dan Taehyung tersenyum mendengar penjelasan Jeongyeon.

" tapi aku nak lebih dari sekadar kawan, "

Ujar Taehyung tiba-tiba dan Jimin refleks memandang Taehyung, terkejut dengan kenyataan dari kawan baik sendiri.

" k-kau, "

" maaf Jimbit- "

" Jimin lah woi! "

Taehyung tertawa seketika lalu memandang Jeongyeon serious. Jimin mula rasa tak selesa dengan sketsa yang berlangsung di hadapannya.

" aku betul-betul nak dia, "

Jimin mangasak-asakkan rambutnya kasar, jelas menunjukkan dia sedang marah. Jimin menggigit bibir bawahnya perlahan lalu menjeling Taehyung.

" Kim Taehyung, kita kawan dah lama tau, kau sanggup buat macam ni? "

" Jim, perasaan ni aku tak boleh kawal, "

Jeongyeon menjeling kedua-dua lelaki di hadapannya yang sedang berebutkan dirinya.

" korang ingat aku nak korang ke? "

tbc

•° stream fancy you fool.
°• thank you for 500 reads!

𝘤𝘩𝘪𝘭𝘥𝘩𝘰𝘰𝘥 𝘧𝘳𝘪𝘦𝘯𝘥. 𝙫𝙢𝙞𝙣Where stories live. Discover now