" Taehyung-ah! "
Jeritan Jeongyeon menghentikan langkah kaki Taehyung. Lelaki memusingkan tubuhnya ke belakang, anak matanya terus menatap anak mata Jeongyeon. Dari cara Jeongyeon memandang Taehyung, dia sudah tahu bahawa Jeongyeon meninginkan penjelasan tentang apa yang berlaku sebentar tadi.
" tolong, jelaskan pada aku apa yang baru terjadi tadi? "
Taehyung mengusap pipi Jeongyeon dengan lembut, satu senyuman dihadiahkan buat si gadis yang sedang keliru itu. Jeongyeon jadi semakin ingin tahu tentang perkara yang terjadi tadi.
" i'll tell everything about it later okay? Buat masa sekarang, kau jaga diri kau elok-elok ya cantik, "
" ha? Kau nak pergi mana? "
" ada benda yang perlu aku selesaikan sekarang. Jaga diri elok-elok tau? Aku tak boleh ada dengan kau buat masa terdekat ni, "
Jeongyeon mengeluh perlahan, jawapan yang dia inginkan masih lagi tergantung sepi. Jeongyeon akhirnya mengangguk dan membiarkan Taehyung pergi bersama Juyeon memasuki kereta polis. Jimin menghampiri Jeongyeon lalu memeluk bahu gadis itu, Jeongyeon memandang Jimin buat seketika.
" kau pun akan tinggalkan aku jugak ke? "
" no, i will stay by your side, "
Jimin mengusap rambut Jeongyeon dengan lembut, mereka berdua kemudiannya meninggalkan kawasan kejadian. Jimin dan Jeongyeon tiba di sebuah hotel, Jeongyeon sudah tertidur sebaik memasuki kereta.
" Jeongyeon-ah, "
Jimin menepuk bahu Jeongyeon dengan lembut, gadis itu membuka matanya perlahan dan wajah Jimin diperhatikan lama. Jimin merapatkan wajah mereka lalu bibir Jeongyeon dikecup lembut. Jeongyeon sedikit pun tidak menolak Jimin bahkan dia semakin memperdalamkan ciuman mereka.
Beberapa minit selepas itu tautan mereka dileraikan, Jimin dan Jeongyeon menundukkan wajah mereka. Selepas apa yang berlaku baru mereka merasa malu, Jimin berdehem perlahan lalu mematikan enjin keretanya.
" er, kita buat apa dekat sini? "
" keadaan tak berapa baik sekarang ni, keluarga kau semua aku dah hantar ke Busan. Jadi, untuk beberapa hari ni kau tidurlah dulu dekat sini ya? "
" kau..? "
" ya, aku ada je teman kau dekat sini, "
Jimin mengusap rambut Jeongyeon, wajah gadis itu ditatap seketika. Jimin mengukir satu senyuman manis yang berhasil membuat Jeongyeon tersipu malu. Siapa sangka Yoo Jeongyeon yang hatinya sekeras guli akhirnya berjaya ditawan oleh Park Jimin.
Jeongyeon dan Jimin kemudiannya melangkah memasuki kawasan hotel tersebut. Jimin mengambil kunci di kaunter lalu mereka berdua terus bergerak menuju ke bilik mereka.
**
Jeongyeon mencelikkan matanya, segenap ruangan sudah diselubungi kegelapan. Jeongyeon mencuba mencari telefonnya namun dia baru meneydari tangannya sudah digari. Nafasnya menjadi tidak keruan, Jeongyeon mencuba untuk bersuara namun sekali lagi dia hampa kerana mulutnya sudah diikat dengan kain tebal.
" oh, you're awake, "
Jeongyeon kenal sangat dengan suara ini, ya ini suara Park Jimin. Jeongyeon mengerutkan dahinya sambil matanya dikecilkan untuk mencari keberadaan Jimin. Lampu dinyalakan oleh seseorang dan kelibat Jimin akhirnya kelihatan. Lelaki itu sedang memegang sebuah pistol dan diacukan ke arah Jeongyeon.
" hei, lepaskan ikatan dia, "
Jimin memberi arahan kepada seseorang, lelaki itu jelas sekali sedang keliru dengan arahan yang diberikan kepadanya sebentar tadi. Jimin memandang lelaki dengan pandangan membunuh.
" lepaskan ikatan dia? Nanti dia lari? "
" yang kau bodoh sangat ni kenapa? Maksud aku lepaskan ikatan dekat mulut dia tu, "
Lelaki itu menganggukkan kepalanya faham lalu membuka ikatan pada mulut Jeongyeon.
" apa semua ni Jimin? "
" adik aku sepatutnya bunuh kau lebih awal, tapi dia bodoh. Aku pun tak sangka yang kakak kau masih hidup dan si Taehyung lahanat tu rupanya detektif di bawah pasukan khas polis. But nevermind, aku ada plan B. Biar aku je yang bunuh kau, "
" w-wait, bukan kau dan adik kau tak sefahaman ke? "
" it is all part of our plan. But Taehyung? I never know he was with the police. Hei, tapi tak apa, dia dah ada urusan lain memandangkan adik aku yang bodoh tu dah kena tangkap, "
Jeongyeon mempamerkan wajah tidak percaya, dia fikir lelaki itu akan lindungi dia, tapi malangnya kali ini dia dikhianati oleh orang yang dia sayang. Wajah Jimin dipandang seketika, lelaki itu sedikit pun tak peduli dengan apa yang Jeongyeon rasakan.
" aku lakukan semua ni demi balas dendam, bukan sebab aku sukakan kau, "
" tapi kau bertarung nyawa depan mata aku, demi apa semua tu? "
" itu semua wayang semata-mata, in case anything happen, aku masih boleh berpura-pura dan akhirnya bunuh kau, "
" kau tak layak nak ambil nyawa orang sesuka hati, kau bukan tuhan! "
Jeongyeon memberontak sepenuh hatinya, bahkan kerusi yang didukinya juga terangkat-angkat menunjukkan betapa berangnya Jeongyeon terhadap lelaki itu. Jimin sekadar tertawa dengan bengisnya, dasar manusia yang bertopengkan iblis.
" nanti, ahli keluarga aku yang lain macam mana? "
" well, kalau kau hidup kau boleh melawat kubur mereka dekat Busan, "
" kau.. kau memang iblis Park Jimin! "
Jimin membongkokkan badannya dihadapan Jeongyeon lalu wajah gadis itu ditatap lama, pistol ditangannya digerakkan mengikut bentuk wajah Jeongyeon dan diberhentikan tepat di bahagian kanan kepala Jeongyeon.
" i did fall in love with you, tapi dendam aku lebih mendalam dari rasa cinta aku pada kau, "
Ujar Jimin lalu dia menarik picu pistolnya, belum sempat Jimin melepaskan tembakan satu tendangan sisi mendarat di tengkuk Jimin. Jeongyeon tersentak lalu wajah lelaki yang menendang Jimin itu dipandang.
" Taehyung, "
" kau tak apa-apa? "
Jeongyeon menganggukkan kepalanya, Taehyung mengacukan pistolnya ke arah Jimin agar lelaki itu tidak bertindak melepaskan tembakan. Tak lama selepas itu, beberapa orang anggota polis yang lain memasuki bangunan tersebut dan memberkas kesemua penjenayah yang berkomplot bersama Jimin.
Jeongyeon mengeluarkan sejenis pen dari poket seluarnya, satu butang ditekan lalu pen tersebut diserahkan kepada Taehyung. Taehyung mengambil pen tersebut lalu satu senyuman sinis diukirkan sambil memandang Jimin.
" Yoojung dengan Soyeon ada dekat luar tu, you better treat them well. Dorang banyak tolong kita tau even dorang tu baru 5 bulan start kerja, feels like they have been with us for 5 years, "
" i know, eh kakak aku ada? I never knew she is with us? I mean, part of the special force? "
" well, she doesn't know you were in this too, "
Ujar Taehyung lalu dia beredar selepas menggari Jimin, Jeongyeon ternganga dan keningnya dikerutkan.
" hei, inspektor Jeongyeon..? "
" and you're deputy superintendant Yoo Juyeon?! "
**
to be continue
YOU ARE READING
𝘤𝘩𝘪𝘭𝘥𝘩𝘰𝘰𝘥 𝘧𝘳𝘪𝘦𝘯𝘥. 𝙫𝙢𝙞𝙣
Random〖 𝗰𝗼𝗺𝗽𝗹𝗲𝘁𝗲𝗱 〗 ❞ aku lakukan semua ni demi balas dendam, bukan sebab aku sukakan kau ━ PARK JIMIN ❝ ❞ tapi kau bertarung nyawa depan mata aku, demi apa? ━ YOO JEONGYEON ❝ ◢ park jimin as himself yoo jeongyeon as herself ◤ a complicated fan...