Part 1

35.7K 959 57
                                    

Nota kecil itu aku lipat kemudian aku melangkah ke arah deretan loker. Kawasan di sekitar sudah pun lengang. Yelah dah petang, semua pelajar dah pulang ke rumah. Aku sahaja yang masih di sini. Melakukan rutin harian, menulis dan meninggalkan nota di dalam loker seseorang. Sudah banyak kali ditegur kawan baikku Qaireen dan Diana supaya menghentikan kerja sia-sia ini namun tidak aku endahkannya. Biarlah.

Berdiri di hadapan lokernya, memandang sebaris nama 'IZZ ANAQI' membuatkan aku tersenyum. Sejak semester pertama lagi aku sudah menaruh hati pada lelaki itu. Hari aku mendaftar di kolej ini, saat pertama kali mata melihatnya, aku tahu aku sudah jatuh hati. Jatuh cinta pandang pertama! Mengarut? Tidak bagi aku.

Anaqi seorang senior. Aku pula freshie. Sepanjang seminggu orientasi, mata aku hanya tertumpu pada dia seorang. Aku tahu ramai freshie lain yang turut terpesona dengan karisma yang ditonjolkan Anaqi. Manakan tidak, selaku ketua fasilitator, Anaqi sangat menyerlah di kalangan fasilitator yang lain. Memiliki wajah yang kacak, bentuk tubuh yang menarik. Tidaklah terlalu sado atau terlalu kurus. Just nice.

Sejak daripada itu, aku berusaha untuk mendekatinya meski aku malu untuk memulakan langkah. Jadinya setiap hari aku hanya mampu meninggalkan nota di loker milik Anaqi. Mengharapkan suatu hari nanti lelaki itu sedar kewujudanku selama ini. Usai menyelitkan nota itu, aku bergegas pulang ke rumah. Aku seorang gadis kampung yang datang ke ibu kota demi mencari ilmu. Mengejar impian dan cita-citaku. 

Oh lupa aku kenalkan. Namaku Ulya Mikayla Binti Arman.  Aku anak tunggal. Juga menyandang gelaran anak yatim piatu. Ibu bapaku terlibat dalam kemalangan jalan raya sewaktu aku sedang menjawab kertas terakhir SPM. Sebaik sahaja pengawas peperiksaan mengutip kertas jawapan, guru kelasku Cikgu Najihah menghampir, meminta aku bersabar lalu dalam keadaan terpinga-pinga, aku terus dibawa ke hospital. Ke bilik mayat sebetulnya!

Kaki aku sudah menggil sebaik sahaja melihat dua tubuh terbujur kaku diselimutkan dengan kain putih. Perlahan-lahan aku selak helain yang menutupi jasad itu. "Ibu!" Serentak itu duniaku gelap gelita! Aku hanya tersedar sebaik sahaja jenazah ibu dan ayah dibawa pulang ke rumah kami untuk diuruskan. Hanya air mata mengiringi pemergian kedua orang tuaku. Allah! Beratnya dugaanmu!

Berbulan- bulan aku ambil masa untuk mengumpulkan kembali kekuatan dalam diri. Mujur juga ada Maksu  Kiah yang sudi menemani dan menjagaku. Maksu Kiah merupakan jiran kami yang paling rapat. Dia juga yang mengiringi aku ke sekolah untuk mengambil keputusan SPM. Alhamdulillah keputusanku cemerlang jadi Maksu Kiah membantu aku membuat permohonan melanjutkan pelajaran.

Permohonanku berjaya dan aku mendapat tawaran untuk melanjutkan pelajaran di kolej ini. Agak lewat dari rakan seusiaku yang lain tetapi tak mengapa asalkan aku dapat sambung pelajaran. Pertama kali aku bersendirian di kota besar ini aku kekok. Tidak mahu lagi menyusahkan Maksu Kiah. Aku perlu belajar untuk hidup berdikari. Ye, kau kena kuat Ulya!

Qaireen dan Diana aku kenali ketika mendaftar di sini. Kedua-dua mereka merupakan sahabat baik dari zaman persekolahan. Aku bersyukur kerana mereka tidak teragak-agak untuk menerima kehadiran aku di antara persahabatan mereka. Malah semakin hari kami bertiga semakin rapat. Menyewa rumah juga bertiga. Merekalah sahabat aku dunia dan akhirat.

                                *****

"Kau tak penat ke nak try si budak sombong tu, Kayla?" Soal Diana sewaktu kami bertiga sedang bersantai menonton slot drama di televisyen. Hanya Diana dan Qaireen sahaja yang memanggil aku Kayla.

"Belum penat lagi..," jawabku selamba. Ya aku tahu mesti ramai akan cakap aku gila bayang. Syok sendiri. Berangan nak memiliki lelaki pujaan ramai. Tapi apa aku boleh buat? Bila hati dah jatuh sayang. Semua pendapat orang tak pernah aku hiraukan. Tak jadi kudis pun.

ULYA MIKAYLA ©️Where stories live. Discover now