Qaireen dan Diana terkejut melihat keadaanku sewaktu aku melangkah masuk ke dalam rumah. Mukaku sembab. Mata bengkak dan merah. Wajahku betul-betul teruk!
Pertanyaan mereka tidak aku endahkan. Aku terus berlari ke tingkat atas menuju ke dalam bilik. Pintu bilik dikunci lalu aku merebahkan badan di atas katil. Mukaku disembamkan ke bantal. Aku menangis, menjerit sepuasnya.
Sakitnya hati dilukai begini. Sakitnya penangan cinta pertama. Apa salah aku? Apa yang dosa aku sampai Anaqi tergamak buat aku macam ni?
Kalau tak pernah rasa sayang, jangan sesekali memberi harapan. Kalau tak pernah sukakan aku sekalipun, jangan hina aku sampai tahap ini. Aku juga punya hati dan perasaan.
Segala peristiwa sejak akhir-akhir ini membawa aku kepada sebuah kesedaran. Patutlah Natasha tak henti-henti warning aku. Iman? Apa Iman juga tahu tentang ini? Pertemuan kami di taman haritu sebab ini ke? Ya Allah, kenapalah aku bodoh tak nampak semua tu?
Kerana cinta, aku tutup mata. Aku pekakkan telinga. Kerana sayangkan lelaki itu aku jadi alat untuk dipermain-mainkannya.
Aku menangis tersedu sedan. Ketukan bertalu di pintu tidak aku hiraukan. Aku perlukan masa untuk bersendirian ketika ini. Kalau dulu aku tidak mahu terjaga dari mimpi, kini aku sanggup serahkan segala yang aku punya semata-mata untuk bangkit dari mimpi ngeri ini.
"Kayla, bukalah pintu ni. Kenapa dengan kau?" Suara Diana kedengaran di sebalik pintu.
"Kayla? Kenapa ni weh? Apasal kau menangis-nangis ni?" Qaireen pula bersuara.
"I need to be alone. Please.." jawabku perlahan tetapi masih mampu didengari kedua sahabat baikku itu.
"Okay. Kalau macam tu kau rehat dulu. Nanti bila kau dah okay, kau boleh cerita kat kami ye?"
Aku diam tidak membalas. Seketika kemudian, suasana kembali sunyi. Mungkin Diana dan Qaireen sudah turun semula ke bawah.
Kebenaran dan kenyataan yang aku baru sahaja terima ini benar-benar membuatkan aku rasa terpukul. Lebih-lebih lagi tiada satu pun call atau whatsapp dari lelaki itu. Jangankan mahu mengungkap kata maaf atau memberikan sebarang penjelasan, malah bertanya keadaan aku juga tiada.
Ya. Tiada.
Kau bodoh Ulya! Terang-terang selama ni dia cuma permainkan kau. Takkan kau masih berharap dia datang pujuk, minta maaf ataupun menjelaskan perkara sebenar?
Air mata menjadi peneman aku sepanjang hari. Entah bila aku terlelap.
****
Jam di tepi katil menunjukkan pukul 6 petang. Ya Allah! Lamanya aku terlelap. Zohor sudah terbabas entah ke mana. Perlahan-lahan aku bangun dari pembaringan. Mencapai tuala dan masuk ke bilik air.
Selesai mandi, aku melihat wajahku di cermin. Teruknya!
Aku meraup muka. Wudhuk diambil lalu aku menunaikan solat Asar yang sudah di hujung waktu. Di sujud terakhirku, aku menangis lagi. Basah sejadah dan telekung yang aku pakai.
Sekali lagi aku kalah dengan perasaan ini tatkala tangan ditadah membacakan doa. Airmata ini bagai tidak mahu berhenti. Terlalu banyak menangis sehinggakan kepala aku sakit.
Tombol pintu dipulas, aku melangkah keluar. Menuruni anak tangga satu persatu. Dari atas, aku lihat Qaireen dan Diana memandangku dengan perasaan simpati. Walau belum mengetahui cerita sebenar, mereka kelihatan sedih melihat keadaanku.
Diana perlahan menarik tanganku, membawa aku dalam pelukannya. Qaireen juga begitu. Kami bertiga berpelukan sehingga aku tewas lagi. Ah, murahnya air mata kau Ulya!
YOU ARE READING
ULYA MIKAYLA ©️
Romance#1 Malay (13 Jun 2019) #1 romantik (9 Ogos 2019) #1 remaja (5 Dec 2019) (12 Jun 2020) Seorang gadis biasa yang percaya pada jatuh cinta pandang pertama. Pertemuan pertamanya dengan jejaka bernama Izz Anaqi membuatkan hatinya tertarik. Sekali pandang...