🎉🎊Today is my baby boy's 4th birthday!🎉🎊Happy Birthday sayang ibu😘🎂Sanah Helwah!🎂Saengil chuka hamnida!🎂Ibu doakan semoga Allah kurniakan segalanya yang baik untuk adik!😘😘 Hadiah nanti claim dari overseas eh?😂😂
So, sempena birthday anak sis hari ni, sis belanja satu chapter!🤗🤗
****Saat azan subuh berkumandang, tubuh Anaqi bergerak sedikit sebelum kelopak matanya terbuka .
Sepasang mata itu memandang tepat ke arah mataku yang sedang ralit memerhatikannya.
Segaris senyuman terukir di bibirnya sebelum Anaqi mengangkat kepala.
"Morning, love..," ucapnya penuh sensual.
Kekuraku dicapai lalu dikucup perlahan.
Aku membalas senyumannya.
"Morning.."
"Sakit lagi?" Soalnya.
"Sakit kat tekak dah kurang. Tapi satu badan saya rasa sakit.."
"Doktor buat check up semalam, alhamdulillah takda retak or patah kat mana-mana. Cuma banyak lebam. Apa yang Tasha dah buat kat kau?"
Aku tunduk. Diam.
"Dia pukul kau?" Soal Anaqi lagi. Tangannya mencengkam cadar sebaik sahaja aku mengangguk.
"Aku akan pastikan dia dapat hukuman yang setimpal dengan apa yang dia dah buat.."
"Tak guna saya belajar taekwando tapi tak dapat nak pertahankan diri sendiri..," ujarku, perlahan.
Kepala menunduk, melihat jari-jemari yang bersentuhan.
"Kau tak salah pun. Lagipun kudrat kau takkan mampu lawan lelaki-lelaki yang diupah Tasha tu. Aku yang sepatutnya jadi pelindung kau tapi aku sendiri jadi punca kau sakit macam ni. Maafkan aku, sayang.."
"...maaf sebab aku ego. Aku tak patut marahkan kau lama-lama, biarkan kau sorang-sorang.."
"Tapi...awak datang selamatkan saya. Terima kasih. Saya bersyukur kita berdua selamat. Itu lebih penting sekarang. Tentang Natasha, biarlah undang-undang yang mengadilinya..," ujarku.
Anaqi menganggukkan kepala.
"Awak, saya nak mandi.."
"Nak aku mandikan kau?" Soalnya dengan sengihan nakal.
Wajahku membahang mendengar usikannya.
Melihat reaksiku, Anaqi ketawa.
"Nak malu apa, sayang? Aku suami kau kan?"
"Awak..dah lah. Tak naklah usik saya lagi..," balasku tanpa memandang wajahnya.
"Hahaha. Okay..bagi aku mandi dan solat dulu. Lepas tu aku tolong kau pulak. Okay?"
Aku mengangguk.
****
Aku sedang menikmati hidangan makan tengahari ketika pintu bilik wad diketuk.
Seketika kemudian, terjengul wajah Qaireen dan Diana bersama thaqif dan Ben.
Sebuah bakul yang penuh dengan buah-buahan, diletakkan di atas meja sisi katil.
"Beb..." seru Diana sebelum menarik aku ke dalam pelukannya.
Anaqi yang berada di sebelahku ketika itu, bangun untuk memberikan ruang buat sahabat-sahabatku.
YOU ARE READING
ULYA MIKAYLA ©️
Любовные романы#1 Malay (13 Jun 2019) #1 romantik (9 Ogos 2019) #1 remaja (5 Dec 2019) (12 Jun 2020) Seorang gadis biasa yang percaya pada jatuh cinta pandang pertama. Pertemuan pertamanya dengan jejaka bernama Izz Anaqi membuatkan hatinya tertarik. Sekali pandang...