Good morning everyone!
Nah! Untuk korang2 yang rajin votes tu. Hari ni satu chap je ye? Sebab kejap lagi sis nak keluar hantar adik sis kat airport then nak jalan2. Esok plak sis update chap lain. Hehe.
Happy weekend gais!
*****
Majlis kecil-kecilan diadakan di rumah mama, seminggu sebelum cuti semester berakhir dan dihadiri ahli keluarga serta jiran terdekat sahaja. Majlis tertutup. Kata mama buat yang wajib dulu. Majlis besar-besaran akan diadakan setelah aku tamat belajar.
Keluarga sebelah mama dan papa juga tidak ramai. Baguslah. Aku tak nak lebih ramai yang tahu mengenai pernikahan ini.
Akad nikah berlangsung dengan lancar. Dengan sekali lafaz, aku sah bergelar isteri Izz Anaqi. Tiada kata-kata yang dapat mengungkap perasaan aku ketika ini. Semuanya bercampur baur. Takut, bimbang, sedih. Bahagia? Entahlah. Mungkin Ulya yang dahulunya bahagia. Ulya yang kini masih terawang-awang hati dan perasaannya.
Sewaktu acara menyarungkan cincin, aku lihat tangan Anaqi sedikit menggeletar. Saat kulit kami bersentuhan di atas ikatan halal ini, suatu perasaan aneh menjalar ke segenap urat sarafku. Suara mama berbisik di telingaku meminta aku bersalaman dengan suamiku. Suami? Kekok benar rasanya.
Aku tunduk lalu mencium tangannya. Tanpa aba-aba, bibir sejuk Anaqi menyentuh lembut dahiku. Aku terkesima sebentar.
Ucapan tahniah membanjiri pendengaranku. Aku cuba memaniskan senyuman. Menutup rasa gugup dan kekok ini.
Flash camera tidak henti-henti memancar ke arah kami. Demi memenuhi permintaanku, gambar-gambar yang diambil hanya akan dizahirkan di dalam album. Tidak akan diupload ke social media. Mujur juga sepupu-sepupu Anaqi tidak ramai dan hubungan mereka tidak begitu akrab memandangkan masing-masing jarang bertemu.
Jadi aku tidak perlu risau kebarangkalian pernikahan kami diketahui umum terutama rakan-rakan di kolej. Malah, aku juga belum bersedia untuk memberitahu Qaireen dan Diana. Aku tahu pasti mereka akan marah, berkecil hati dengan tindakanku tetapi aku punya alasanku tersendiri.
Suatu hari nanti, mereka akan tahu juga.
Majlis yang berlangsung selepas asar itu, tamat hampir maghrib.
Rata-rata tetamu yang datang sudah pun pulang. Cuma tinggal beberapa orang saudara mara jauh dan juga pihak wedding planner yang sibuk mengemas itu ini.
Aku ingat lagi betapa gembiranya mama sewaktu aku memberitahu persetujuanku untuk menerima cadangan mereka. Mama memelukku dengan linangan air mata.
Kata mama, hatinya lega sebab dapat satukan aku dan Izz. Tambah mama lagi, arwah ibu pasti bahagia sekiranya dia masih ada. Dapat berbesan dengan kawan baiknya sendiri. Aku tersenyum nipis. Ibu, andai apa yang mama katakan itu benar, doakan Ulya bahagia ye?
Perlahan air mata yang mengalir di pipi, aku kesat dengan jari.
Aku menghampiri mama yang sedang berbual dengan seorang wanita yang aku kenali tadi sebagai Mak Teh, adik mama.
"Ma, Ulya naik dulu ye? Nak mandi, tukar baju.."
"Yelah, pergilah naik. Rehat ye sayang?"
"Ulya naik dulu, Mak Teh.."
Mak Teh hanya tersenyum mengangguk. Aku terus ke tingkat atas. Menuju ke bilikku yang kini dihias cantik. Mama sudah pun menukarkan perabot yang bersesuaian dengan statusku dan Anaqi, katanya. Aku turutkan sahaja.
Aku duduk di hadapan cermin. Melihat figuraku sendiri. Aku tersenyum pahit. Tidak kusangka ini perjalanan hidupku. Angan-anganku suatu ketika dahulu untuk menjadi suri hati Anaqi sudah termakbul. Akan bahagiakah kami? Andai pernikahan ini berlandaskan rasa tanggungjawab semata-mata?
YOU ARE READING
ULYA MIKAYLA ©️
Romansa#1 Malay (13 Jun 2019) #1 romantik (9 Ogos 2019) #1 remaja (5 Dec 2019) (12 Jun 2020) Seorang gadis biasa yang percaya pada jatuh cinta pandang pertama. Pertemuan pertamanya dengan jejaka bernama Izz Anaqi membuatkan hatinya tertarik. Sekali pandang...