Part 9

12.6K 565 99
                                    

Sudah dua minggu sejak aku mula menjauhkan diri daripada Anaqi. Tiada lagi nota, tiada lagi pick up line dan tiada lagi usikan usikan nakal aku padanya. Rindu memang rindu tapi hati aku sakit mengenangkan tuduhannya.

Di kolej, setiap kali kami bertembung, aku akan cuba mengelak. Menahan diri dari memandang atau mencari kelibatnya. Anaqi juga aku perasaan seperti biasa, tiada riak bersalah atau apa. Jangankan hendak meminta maaf, berselisih dengan aku juga dia buat tak nampak. Seolah-olah seperti aku yang bersalah sedangkan dia yang mengguris hati dan perasaan aku. 

Hati batu betul! Hurmm tak guna merajuk lama-lama pun, Ulya. Bukannya dia peduli pun. 

Lunch break, aku beriringan dengan Qaireen ke kafe. Diana ada hal lain, perlu keluar bertemu seseorang. Maka gadis itu tidak turut serta lunch bersama kami.

"Kau tau tak hujung bulan ni Wolf ada match dengan Kolej Mahmud?" Soal Qaireen ketika kami sedang beratur untuk mengambil makanan.

"Tak tahu dan tak nak ambil tahu..," jawapanku membuatkan kening Qaireen berkerut. Macam tak percaya.

"Aik? Sejak bila kau tak ambil tahu pasal team football kolej ni, Kayla? Something fishy.."

"Sejak mamat sewel tu tuduh aku nak kikis duit mak bapak dia. Huh!"

"Seriouslah? Dia cakap macam tu pada kau? Bila?"

"Dua minggu lepas.."

"Whoaa..bukan senang nak tengok Ulya Mikayla merajuk dengan Anaqi ni. Aku ingat hati kau ada shield. Selama ni dia maki kau, dia marah kau pun kau relaks je. Semua kau telan. Sebab sayang katanya," perli Qaireen.

Aku menjeling tajam. Qaireen tersengih menayang barisan giginya.

"Sorry..sorry. Aku gurau je. Alah kau tu biasanya sekejap je sentap. Pastu kau okay semula. Anaqi perangai macam setan pun kau kata dia malaikat. Sebab tu lah aku terkejut kau boleh merajuk dengan dia lama-lama macam ni.."

"Aku ni gila kan, Reen? Anaqi maki lah macam mana pun, aku boleh pekakkan telinga je. Kadang aku sendiri tak faham dengan diri aku. Kebal betul kalau bab Anaqi. Hurmm.."

"Penangan cinta pertama ye, Kayla?"

"Maybe.."

                             ****

Tamat kuliah sesi petang, aku menyusun langkah keluar dari bangunan utama. Bunyi hon sedikit menyentakkan aku. Aku berpaling untuk melihat sebuah kereta berhenti di belakangku. Bibir mengorak senyuman.

"Hai, Iman," sapaku mesra.

"Hai Ulya. Jom, balik sekali.."

Aku mengangguk seraya menghampiri pintu sebelah pemandu. Baru sahaja aku membuka pintu, sepasang tangan menghalang pergerakanku.

Aku menoleh kemudian keluhan kecil terlepas dari mulut. Iman yang melihat gerangan yang datang secara tiba-tiba itu, segera keluar dari keretanya.

"Awak nak apa, Anaqi? Ke tepi lah. Saya nak balik..," kataku malas mahu memandang wajahnya.

"Ada apa ni, bro?" Soal Iman.

Anaqi memandang Iman tajam. Tanpa menjawab apa-apa pertanyaan, lenganku ditarik.

"Lepaslah! Sakit tau tak?"

Iman yang melihat aku mengadu kesakitan, pantas cuba meleraikan genggaman tangan Anaqi di lenganku. 

"Kau jangan masuk campur!"

"Tak perlu kot kau nak berkasar dengan perempuan.."

"Awak, lepaslah. Tangan saya sakit.."

ULYA MIKAYLA ©️Where stories live. Discover now