Tamat kuliah waktu pertama, aku bersama Qaireen berjalan bergandingan ke arah loker. Sementara menunggu kelas seterusnya, kami melepak di depan lokerku. Sejurus selepas itu, Diana juga turut menyertai kami.
Seperti dengan Qaireen tadi, aku berpelukan dan bermaaf-maafan dengan Diana. Diana ni memang luaran nampak agak kasar tetapi aku tahu dia seorang kawan yang baik.
"Aku doakan perkahwinan kau dengan Anaqi bahagia, Kayla..," ucap Diana.
"Thank you, D. Aku sayang korang sangat-sangat!" Kami bertiga berpelukan lagi. Drama betul kan?
Pandangan pelajar lain kami abaikan.
"Testing..testing.." satu suara kedengaran melalui corong-corong speaker yang terletak di serata kolej. Keadaan tiba-tiba menjadi sunyi. Semua menumpukan perhatian kepada suara tadi.
"Hye, guys! We have a special request from our handsome quarterback, Izz Anaqi. He said, he wanted to dedicate a song for someone. Whoaaa!! I wondered who was that lucky girl? Hurmm..," kata-kata dj tersebut membuatkan aku terpana.
Qaireen dan Diana juga memandangku. Tidak percaya.
Manakala pelajar-pelajar perempuan lain sudah mula bising. Ada yang mempersoalkan siapa gadis itu. Ada juga yang katanya dialah gadis tersebut. Aku? Tergamam.
"Sayang, this is for you..," suara Anaqi pula kedengaran dari speaker. Aku blushing!
"Oh My God, My Anaqi!" Terdengar satu suara tidak jauh dari tempatku berdiri.
"He's mine okay. Sayang tu..aku lah!" Balas kawanya di sebelah, tidak mahu mengalah.
"Hello! Jangan nak perasan okay? Anaqi is my boyfriend!" Kata seorang lagi.
Secara spontan, aku menepuk dahi. Mengundang tawa dari Diana dan Qaireen. Seketika kemudian terdengar Anaqi berdehem sebelum petikan gitar berserta instrument lain berbunyi.
"Bermulalah saat yang baru
Kisah antara kau dan aku
Ku pasti kau telah terubat
Saat seseorang hadir untukmuDalam hati hanya ada kamu
Kau yang miliki semua cintaku
Kau menjadi penawar hatiku
Sentiasa ada temani akuAku akan menjaga kamu
Meski waktu telah terhenti
Ku akan tetap disisimu
Sampai akhir hayatku
Dalam hati hanya ada kamuKau yang miliki semua cintaku
Kau menjadi penawar hatiku
Sentiasa ada temani aku
Aku akan menjaga kamu
Meski waktu telah terhenti
Ku akan tetap disisimu
Sampai akhir ku tetap bersama kamuCinta hati ini tak pernah berubah
Seluruh hidupku dan selamanya
Ku akan terus bersamamu
Sampai akhir hayatku
Haaa Haaa Haaa HaaaAku akan menjaga kamu
Meski waktu telah terhenti
Ku akan tetap disisimu
Sampai akhir ku tetap bersama kamu
Cinta hati ini tak pernah berubah
Seluruh hidupku dan selamanya
Ku akan terus bersamamu
Sampai akhir hayatku
Saat bahagia
Ku denganmu.."Sebaik sahaja Anaqi habis menyanyi, tepukan gemuruh bergema dari setiap pelosok kolej. Rata-rata memuji suaranya yang sedap.
"Whoaaa!! Aku tak tahu pulak abang Anaqi kita ni pandai nyanyi. Aduh!" Suara dj tersebut kedengaran mengadu kesakitan selepas bunyi sesuatu seperti dipukul. Mesti Anaqi yang debik dia. Hahaha!
"Garanglah abam ni.."
"Kau nak kena lagi ke Fadh?"
"Okay-okay sorry. Takleh nak gurau dah sekarang ni. Eh, mic aku on lagi? Err..sorry guys. Enjoy your day! I'm your DJ Fadh. See you next time. Bye!"
YOU ARE READING
ULYA MIKAYLA ©️
Romance#1 Malay (13 Jun 2019) #1 romantik (9 Ogos 2019) #1 remaja (5 Dec 2019) (12 Jun 2020) Seorang gadis biasa yang percaya pada jatuh cinta pandang pertama. Pertemuan pertamanya dengan jejaka bernama Izz Anaqi membuatkan hatinya tertarik. Sekali pandang...