Tiba di rumah, mama menyambut aku dengan wajah yang gembira. Aku memeluk mama kejap. Bagaikan tidak mahu lepas. Air mata yang gugur aku kesat laju. Tidak mahu mama menyedarinya.
"Hei, kenapa sedih tiba-tiba ni?"
"Ulya rindu mama. Lama tak jumpa," dalihku. Kalaulah mama tahu aku memeluknya demi meminjam kekuatan seorang ibu.
"Alahai, sayang. Sedih sampai menangis. Esok Ulya kerja tak?". Aku menggeleng.
"Great! So esok kita boleh spent time together. Mama kosongkan jadual mama esok untuk Ulya okay?" Aku membalas dengan senyuman.
"So now, pergi rehat dulu. Maghrib nanti mama nak kita semua solat jemaah sama-sama," ujar mama teruja.
"Okay, ma. Ulya naik dulu ye?"
Aku menapak ke tingkat atas. Pintu bilikku dikuak. Lama juga aku tak bermalam di sini. Bilik itu sama seperti waktu terakhir aku di situ. Waktu aku masih bersama dia. Oh my! Enough is enough, Ulya. Wake up!
Aku merebahkan diri ke atas tilam empuk itu. Melihat jam sudah menginjak lewat petang, aku bergegas ke bilik air. Mengambil wudhuk lalu menunaikan solat asar. Setelah itu, aku keluar dari bilik.
Bertembung dengan lelaki itu di hadapan pintu bilik, sedaya upaya aku mengawal diri. Aku menundukkan kepala, terus berlalu pergi. Di tingkat bawah, aku mencari kelibat mama. Kelihatan mama sedang bersantai dengan papa di gazebo.
Di hadapan mereka ada semangkuk buah-buahan. Aku menghampiri mereka.
"Assalamualaikum, papa.."
"Waalaikumussalam. Hai, princess. Come! Join us.."
Aku melabuhkan punggung di sebelah mama. Mama menyuakan mangkuk berisi buah-buahan kepadaku. Aku mengambil sepotong lalu disuap ke dalam mulut.
"Study macam mana, okay?" Soal papa.
"Alhamdulillah okay, pa. Tak lama lagi dah nak final exam. Lepas tu cuti semester.."
Kepala papa terangguk-angguk. "Eh, Ulya turun tadi tak nampak Izz? Dia baru balik," soal mama. Aku hanya menggeleng.
"Apa kena dengan anak teruna kita tu, sayang? Bad mood memanjang.."
"Entahlah, abang. Pelik juga saya tengok dia. Macam ada masalah. Tapi abang tahu jelah si Izz tu bukan suka nak share masalah dia dengan kita ni haa.."
Aku hanya diam mendengar perbualan mama dan papa. Tidak berniat untuk mencelah apa-apa.
Beberapa ketika kemudian, Anaqi muncul. Sudah siap mandi dan menukar bajunya. Dengan selamba lelaki itu melabuhkan duduknya di sebelahku. Rapat. Hinggakan lututnya bercantum dengan lutut aku. Aku terkedu. Diam tidak berkutik.
"Bila Ulya sampai?" Soalnya seraya mengambil sepotong buah.
Pandainya dia berlakon depan mama papa. Alah, Ulya. Kau pun boleh tertipu dengan lakonan dia dulu. Ini kan pula mama dan papa. Seharusnya dia perlu kelihatan baik di hadapan ibu bapanya.
"Err..tadi," jawabku gugup.
"Naik apa?"
Dia ni kenapa? Dia nampak aku naik grab tadi kan? Tanya lagi? "Grab," jawabku ringkas.
"Ulya kata kelas dia habis awal. Sebab tu dia datang sendiri. Izz tadi habis kelas pukul berapa?"
"Lebih kurang je dengan dia..," jawabnya selamba, bagaikan tidak pernah terjadi apa-apa antara kami. Aku je yang terasa janggal.
"Dah tu kenapa tak ajak Ulya naik sekali?" Soal mama lagi.
"Dah dia kata nak pergi sendiri. Izz balik jelah.."
YOU ARE READING
ULYA MIKAYLA ©️
Romance#1 Malay (13 Jun 2019) #1 romantik (9 Ogos 2019) #1 remaja (5 Dec 2019) (12 Jun 2020) Seorang gadis biasa yang percaya pada jatuh cinta pandang pertama. Pertemuan pertamanya dengan jejaka bernama Izz Anaqi membuatkan hatinya tertarik. Sekali pandang...