Part 47

13.2K 562 10
                                    


Dua hari Anaqi menghilang. Sudah puas aku mencarinya. Muaz dan Hadif juga tidak tahu di mana keberadaan lelaki itu.

Di kolej juga tiada kelibatnya.

Mama dan papa pula tiada di Malaysia. Papa punya urusan perniagaan di China dan mama mengikutnya ke sana.

Aku buntu. Perlukah aku memaklumkan kepada mama?

Tidak mahu menganggu urusan mama dan papa, aku mengambil keputusan untuk membuat report polis.

Dengan kadar segera, aku bersiap ala kadar. Aku turun ke tingkat bawah mencari kelibat Pak Mail untuk memintanya membawa aku ke balai polis.

Baru sahaja aku ingin membuka pintu, daun pintu itu dikuak dari luar. Terjengul muka Anaqi.

"Aa..awak....?"

Lelaki itu memandangku seketika sebelum menonong masuk ke dalam rumah tanpa sebarang kata.

Aku menutup kembali pintu. Langkah diatur ke tingkat atas. Pintu bilikku dibuka namun Anaqi tiada di situ.

Kemudian aku menapak ke bilik lamanya. Tombol pintu dipulas. Berkunci.

Teragak-agak aku mahu mengetuk.

Tok! Tok!

"Awak..bukalah pintu ni..," pujukku.

Diam. Sunyi. Sepi.

"Awak, awak pergi mana dua hari tak balik? Saya risau, awak tau tak?"

Masih sama. Tiada jawapan.

Aku melekapkan telinga di daun pintu. Tiada sebarang bunyi.

Risau memikirkan keadaan Anaqi, aku bergegas mencari Mak Jah untuk mendapatkan kunci pendua.

"Anaqi dah balik ke, Ulya?" Soal Mak Jah.

"Dah, Mak Jah. Ni dia berkurung dalam bilik. Ulya panggil dia tak menyahut. Ulya risaulah," luahku ketika Mak Jah menghulurkan kunci pendua.

"Pergilah tengok dia. Apa-apa panggil je Mak Jah ye?"

Aku mengangguk lalu terus mendaki anak tangga kembali ke tingkat atas.

Dengan berhati-hati, anak kunci dimasukkan ke dalam tombol pintu. Sebaik bunyi lock dibuka, aku menolak perlahan daun pintu.

Di atas katil, Anaqi sedang berbaring. Kedua tangannya bertindih di atas dahi.

Aku menghampirinya, melabuhkan duduk di sisinya sebelum lengannya aku sentuh lembut.

"Awak..janganlah buat saya risau," ujarku sedikit perlahan.

Anaqi masih statik. Cuma kedengaran hela nafasnya yang sekata.

Matanya tertutup rapat.

"Awak..," seruku lagi.

Tiba-tiba Anaqi bangun, berdiri sebelum mencapai tuala lalu menghilang ke bilik air.

Aku tersedu sendiri mengenangkan layanannya. Dingin.

Sungguh aku buntu. Tak tahu apa lagi yang harus aku buat.

Aku hanya diam, menunggunya di atas katil.

Tidak lama kemudian, Anaqi keluar dari bilik air dengan hanya tuala berlilit di pinggangnya.

Aku hanya diam memerhatikan lelaki itu membuka  closetnya, mengambil pakaian dan mula menyarungkannya di tubuh.

Selesai bersiap, Anaqi berpaling menuju ke arah pintu bilik.

Melihatnya mahu pergi, aku melompat turun dari katil. Tubuhnya aku peluk daripada belakang.

"Awak, saya minta maaf. Saya takda niat lain. Saya cuma nak awak berbaik dengan kawan-kawan baik awak semula. Itu je," ujarku di dalam sendu.

ULYA MIKAYLA ©️Where stories live. Discover now