Usai sahaja solat, pintu bilik diketuk dari luar sebelum Aunty Ruby menjengulkan wajahnya. Terukir senyuman manis di bibir Aunty Ruby.
"Ulya dah siap?" Soalnya. Aku mengangguk sebelum menapak menghampirinya.
"Jom, kita duduk luar.."
Tanpa bantahan, aku mengekori Aunty Ruby ke ruang tamu semula. Wanita yang aku agak hampir sebaya dengan arwah ibu mengambil tempat di sebelahku.
"Aunty terhutang budi dengan Ulya. Aunty bersyukur Allah temukan kita. Boleh aunty tahu Ulya asal dari mana, mak ayah kerja apa..?"
"Ulya asal dari Perak, aunty. Ibu dan ayah Ulya dah meninggal. Masa Ulya tengah SPM..". Suaraku kedengaran perlahan apabila menyebut tentang arwah ibu dan ayah.
Aunty Ruby kelihatan tergamam. Perlahan tangan tua itu mengusap belakang tanganku. Bagai menyalurkan kekuatan. "Aunty minta maaf. Aunty tak tahu. Ulya ada adik beradik lain?" Soal Aunty Ruby.
"Takpa aunty. Ulya dah boleh terima qada dan qadar. Ulya redha dengan pemergian mereka. Ulya anak tunggal, aunty. Takda adik beradik yang lain.."
"Allah.Tadi Ulya kata asal dari Perak kan? Kat mana? Sebab dulu aunty pernah bersekolah di Perak.."
"Ipoh.."
"Really? Aunty dulu sekolah di ACS, Ipoh. Ibu Ulya nama apa?"
"ACS? Samalah sekolah dengan arwah ibu. Ibu nama Marina. Aunty kenal?"
"Marina?" Muka Aunty Ruby berubah. "Marina Mohammad ke?" Soal Aunty Ruby tiba-tiba. Aku mengangguk.
"Allahu! Marina! Jadi Ulya anak Marina? Ya Allah!"
"Kenapa aunty? Aunty kenal ibu Ulya?" Soalku semakin berdebar.
"Kenal sangat, sayang. Marina kawan baik aunty masa dia ACS. Kami terpisah lepas aunty ikut keluarga berpindah ke KL. Ya Allah! Marina..kau dah takda?" Berjujuran airmata Aunty Ruby. Aku ikut sama menangis. Tak sangka sama sekali Aunty Ruby merupakan sahabat baik arwah ibu. Kecilnya dunia!
"Jadi sekarang Ulya tinggal dengan siapa?" Soal Aunty Ruby sebaik sahaja tangisannya reda.
"Ulya menyewa dengan kawan-kawan, aunty. Ulya sambung belajar. Sambil tu kerja kat kafe," jawabku jujur.
Tiba-tiba. "Assalamualaikum!" Seseorang memberi salam. Serentak itu pintu utama dibuka.
"Waalaikumussalam. Eh, Izz dah balik?"
Aku mengangkat wajah. Saat mata kami bertemu, aku tergemap. Dia? Anaqi juga terkedu melihat aku yang duduk bersama mamanya. "Sini, sayang. Kenalkan ini Ulya. Anak kawan baik mama masa sekolah di Ipoh dulu. Ulya, ni anak aunty. Izz Anaqi namanya," ujar Aunty Ruby tanpa mengetahui apa-apa.
Senyuman ku ukir menutup kegugupan. Tadi kecilnya dunia kan? Kali ni, dekatnya encik jodoh! Eh? Behave Ulya Mikayla!
"Oh, hai..," sapa Anaqi, berpura-pura tidak mengenaliku.
"Hai," aku membalas. Ada getar di dalam suara. Aku nervous!
"Izz naik atas dulu mama. Dah lewat ni, tak solat lagi.."
"Okay. Lepas solat nanti turun ye? Kita makan sama-sama dengan Ulya," pesan Aunty Ruby. Anaqi mengangguk sebelum menghilang ke tingkat atas.
"Tadi Ulya kata belajar di kolej. Kolej mana?"
"Kolej Angkasa aunty.."
"Eh, sama lah dengan Izz. Dia pun belajar kat situ juga. Ulya tak kenal Izz ke?"
Laju sahaja aku menggeleng. "Yela kan, ramai student kat situ. Takkanlah boleh kenal semua. Ulya, aunty banyak terhutang budi dengan arwah ibu Ulya dulu. Sekarang aunty terhutang budi dengan Ulya. Kamu dua beranak dah banyak berjasa pada aunty.."
YOU ARE READING
ULYA MIKAYLA ©️
Romansa#1 Malay (13 Jun 2019) #1 romantik (9 Ogos 2019) #1 remaja (5 Dec 2019) (12 Jun 2020) Seorang gadis biasa yang percaya pada jatuh cinta pandang pertama. Pertemuan pertamanya dengan jejaka bernama Izz Anaqi membuatkan hatinya tertarik. Sekali pandang...