Part 35

14.5K 643 46
                                    

Hari Sabtu, aku bekerja seperti biasa. Anaqi tidak menghantarku seperti selalu kerana dia perlu menghadiri latihan footballnya. Malam ini Wolf akan bertemu dengan team Cobra dari Kolej Victoria.

Anaqi tidak bertanya samada aku mahu melihatnya bermain. Tidak seperti sebelum ini, dia pasti akan menyuruhku mengambil cuti.

Aku mengeluh lagi.

Dah seminggu hubungan kami renggang. Sungguh aku rindu. Aku rindu pada Anaqi. Tiba-tiba entah dari mana datang kesungguhan untuk mengambil hatinya kembali.

Aku mengeluarkan handphone. Nombor Encik Khir aku cari.

+ Salam, Encik Khir. Boleh saya minta pelepasan awal hari ni? Pukul 6 petang. Saya ada hal penting malam ni.

Tidak lama kemudian, Encik Khir membalas mesej.

- Okay. 

Spontan, aku melompat kegembiraan. Warda yang berada di sisiku, terkejut. "Kau apahal? Dah sewel?"

"Warda. Aku balik awal hari ni tau?"

"Eh, bukan ke hari ni kau full day?"

"Aku ada hal malam nanti. Aku dah minta izin Encik Khir dan dia bagi.."

"Kau nak pergi dating eh?"

Aku tersenyum menjungkit bahu.

Aku menyiapkan kerja-kerja dengan cepat sebelum jam 6 petang. Perasaan teruja ini sekali lagi bagaikan dejavu.

Ingatan aku kembali kepada peristiwa lalu. Seketika aku memejamkan mata rapat-rapat. Mengusir jauh kenangan pahit itu.

Semuanya dah jadi sejarah. Tak perlu aku ingatkan kembali. Walau jauh di sudut hati, perasaan takut itu terasa namun aku cuba bersikap positif. Husnuzon, Ulya!

Tepat jam 6 petang, aku berpamitan dengan rakan sekerjaku yang lain. Sempat lagi si Warda mengusik.

"Selamat berdating, babe!"

Aku ketawa mendengar kata-kata gadis itu.

Sebaik sahaja grab yang sudah ditempah tiba, aku meloloskan diri ke dalam kereta. Uncle cina yang menjadi driver grab menyapaku ramah.

Sepanjang perjalanan, kami berbual tentang pelbagai isu semasa. Uncle Wong namanya. Sangat friendly dan baik hati.

Kereta Bezza Uncle Wong berhenti di hadapan stadium setengah jam kemudian. Setelah mengucapkan terima kasih, aku turun dari keretanya.

Stadium football di hadapanku, aku pandang seketika. Ada beberapa kenderaan sudahlpun kelihatan. Aku menapak masuk. Keadaan stadium masih lengang. Yelah, masih awal untuk penonton datang. 

Di padang, kelihatan beberapa orang pemain sedang berlatih. Ish, dah nak lawan kejap lagipun still berlatih lagi? Tak penat ke?

Mataku tertancap pada satu figura yang tidak asing lagi bagiku. Aku mengukir senyuman. Melihatnya sedang fokus, aku pasti Anaqi tidak menyedari kehadiranku di situ

 Melihatnya sedang fokus, aku pasti Anaqi tidak menyedari kehadiranku di situ

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.
ULYA MIKAYLA ©️Where stories live. Discover now