Part 10

13.7K 548 11
                                    

Penonton mula memenuhi ruang tempat duduk di sekeliling stadium football itu. Perlawanan football antara team Eagle dari Kolej Mahmud dan team Wolf dari Kolej Angkasa akan berlangsung malam ini. American Football. Bukan bola sepak biasa tu tau?

Pancaragam dan pasukan sorak kolej sudah pun mengambil tempat masing-masing. Bersedia untuk memulakan acara pada bila-bila masa. Kain rentang yang berlogo Wolf berkibar megah di hadapan pintu utama ke locker room pemain.

Mataku tertancap pada Natasha yang lengkap dengan uniform cheerleadingnya. Ya, dia ketua pasukan sorak bagi Wolf. 

Beberapa minit kemudian, juruacara mengumumkan nama pasukan Wolf sebelum kesemua pemain mula keluar merempuh kain rentang. Para hadirin bangun memberikan sorakan dan tepukan.

Orang pertama yang keluar adalah Anaqi. Lelaki itu kelihatan kacak dengan seragam pasukannya. Jersi bernombor 15. Nombor tarikh lahirnya. Pasukan cheerleading memulakan sorakan dan tarian mereka di tepi padang. 

Seketika kepala Anaqi melilau ke arah tempat penonton. Sebaik sahaja pandangan kami bertaut, aku melambaikan tangan. Lelaki itu tersenyum kacak. Alahai Ulya. Control yourself.

"And now I present you..team Eagle!!!!" Jerit juruacara dari corong speaker. Sekali lagi hadirin berdiri memberikan tepukan. Giliran pasukan sorak dari Kolej Mahmud pula mempamerkan aksi mereka.

Kedua-dua pasukan membuat bulatan, mendengar taklimat ringkas dari coach masing-masing. Kemudian kedengaran laungan semangat dari kesemua mereka. Bergema stadium malam itu.

Telefonku berbunyi. Bunyi bingit agak membataskan pendengaranku.

"Hello!"

"Hello, Ulya. Ulya kat mana sayang? Mama dengan papa baru sampai ni.."

"Ulya dekat section D. Betul-betul belakang bench team Wolf. Sini, mama!" Aku melambai sebaik sahaja melihat kelibat mama melangkah masuk ke stadium. Seat buat mama dan papa awal-awal lagi sudah aku reservekan.

Mama yang sudah mengesan lokasiku, tersenyum lalu memutuskan talian.

"Dah start ke?" Soal mama. 

"Baru nak start ma.."

"Where is he?"' Soal papa pula. Aku menunding jari ke arah Anaqi. Secara kebetulan dia juga berpaling ke arah kami. 

"Good luck Izz!" Mama memberikan sokongan walaupun dia tahu Anaqi tidak manpu mendengar dek tenggelam bunyi bising.

Anaqi bagai memahami ucapan mama, mengangguk lalu menunjukkan ibu jarinya. Lelaki itu kemudian mengambil tempatnya. Posisi quarterback.

Perlawanan dimulakan sebaik sahaja wisel dibunyikan. Bola bertukar tangan. Rempuhan demi rempuhan berlaku. Akhirnya bola sampai di tangan Anaqi. Lelaki itu memegang kemas dan mula berlari. Rakan pasukannya yang lain pula cuba menghalang pasukan lawan dari menghampiri Anaqi dan akhirnya lelaki itu berjaya meloloskan diri seterusnya menyumbang mata kepada pasukan Wolf.

 Rakan pasukannya yang lain pula cuba menghalang pasukan lawan dari menghampiri Anaqi dan akhirnya lelaki itu berjaya meloloskan diri seterusnya menyumbang mata kepada pasukan Wolf

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.
ULYA MIKAYLA ©️Where stories live. Discover now