Aku tiba di tepi padang saat Anaqi sedang sibuk berlatih. Kehadiranku masih tidak disedarinya. Lelaki itu lincah di tengah padang.Cuma berehat beberapa minggu sahaja atas saranan doktor. Pulih sahaja daripada kecederaan, terus sahaja lelaki itu turun padang.
Haish, kalau dah namanya minat..sakit pun dia tak peduli.
Aku mengambil tempat di sebuah bangku di tepi padang. Handphone di dalam beg aku keluarkan.
Instagram dibuka. Aku curi-curi mengambil video Anaqi yang sedang berlatih dan aku upload di insta story. Tersenyum melihat aksinya yang sempat aku rakamkan.
Lima belas minit berlalu, Anaqi menapak ke arahku.
Peluh membasahi wajah dan tubuhnya.
"Hey, jauh sikit. Abang busuk!"
Menyedari keterlanjuran kata, aku menutup mulut lalu menoleh ke arah lain.
Anaqi sudah galak mentertawakan aku.
"Lama aku tak dengar kau panggil aku abang..," usiknya.
"Jangan nak mengarutlah!" Bidasku.
"Mengarut apanya, sayang. Panggilan tu normal je kan untuk pasangan macam kita?"
"Ish, tak nak. Ni, cepatnya habis training? Kenapa kawan-kawan awak masih kat padang?" Aku cuba mengubah topik.
Anaqi hanya tersenyum pahit.
"Coach tak bagi aku training lasak sangat. Baru lagi baik kan? Kau nak balik sekarang ke?"
"Awak rehatlah dulu. Keringkan peluh tu. Larat nak drive tak?" Soalku, memandang matanya.
"Letih. Kenapa? Kau nak drive ke?"
"Kalau awak bagi saya okay je.."
"Hurmm..tak payahlah. Kang tah ke mana kita pergi," usiknya.
"Hey! Ingat saya tak pandai drive ke? Saya ada lesen okay? Cuma takda kereta sendiri je," balasku.
Anaqi ketawa geli hati.
"Ye, aku tau kau pandai. Tapi takpalah, simpan tenaga kau tu. Aku masih boleh drive kau ke mana-mana. Kasi chance lah aku nak kumpul pahala. Manjakan isteri, layan isteri.."
Aku sedikit tersentuh dengan kata-katanya. Anaqi walaupun nampak begitu, namun hatinya baik.
Anaqi bangkit, aku menjungkit kening.
"Nak pergi mana?" Soalku.
"Baliklah, sayang. Nak pergi mana lagi..," ujarnya.
"Lah, duduklah kejap keringkan peluh tu.."
"Aku tukar baju dulu, takkan nak balik melekit macam ni. Jom!" Katanya seraya menghulurkan tangan.
Membantu aku untuk berdiri.
Kami melangkah bersama menuju ke tempat letak kereta.
Tiba di kereta, Anaqi dengan selamba membuka jersinya sebelum menyarungkan tshirt lain yang diambil dari beg sandangnya.
Jersi tadi disua kepadaku.
"Eee..apa ni? Tak naklah! Busuk!"
"Eleh, busuk aku pun kau sayang juga kan?"
Aku mencebik.
"Buat lagi sekali mulut cam tu, aku cium kau," katanya seraya menghidupkan enjin kereta.
Aku menutup mulut. Melihat responku, Anaqi tergelak besar.
Kereta bergerak meninggalkan perkarangan kolej.
YOU ARE READING
ULYA MIKAYLA ©️
Romance#1 Malay (13 Jun 2019) #1 romantik (9 Ogos 2019) #1 remaja (5 Dec 2019) (12 Jun 2020) Seorang gadis biasa yang percaya pada jatuh cinta pandang pertama. Pertemuan pertamanya dengan jejaka bernama Izz Anaqi membuatkan hatinya tertarik. Sekali pandang...