Minggu study week bermula.
Atas budi bicara Encik Khir, aku diberi kelepasan bercuti beberapa minggu bagi menumpukan perhatian kepada peperiksaan akhir semester.
Masa yang ada aku gunakan sebaik mungkin. Setiap hari selepas solat subuh, Qaireen, Diana dan aku tidak menyambung tidur. Kami mula menelaah sehingga tengahari. Selepas makan tengahari dan menunaikan solat zohor, barulah kami berehat seketika.
Kalau diikutkan masa seminggu tak cukup untuk cover semua subjek dari A sampai Z. Tapi sekurang-kurangnya, kami dah cuba yang terbaik sepanjang masa di dalam bilik kuliah. Study week ni lebih kepada latih tubi dan memantapkan kemahiran.
Tiga hari lagi sebelum kertas peperiksaan akhir semester bermula, Qaireen mengajak aku dan Diana untuk berjalan-jalan. Release tension katanya. Setelah semua sebulat suara, kami bersiap-siap untuk keluar.
Aktiviti hari ini, semua kami serahkan pada Qaireen sementelah dia yang mencadangkan untuk kami keluar berhibur. Selepas bersarapan, kami bergerak menuju ke sebuah salon. Qaireen mahu menggunting pendek rambutnya. Musim panas, tak selesa berambut panjang katanya.
Aku dan Diana mengambil peluang untuk mencuci rambut masing-masing. Selalu syampu kat bilik air je, sesekali nak juga merasa ada orang urut kepala, belai rambut kan? Nikmat!
Hampir sejam kami di salon. Riuh sungguh jadinya bila kami bertiga bergabung. Semua nak bercakap. Siapa yang nak dengar entahlah. Tersengih-sengih pekerja salon itu memerhatikan gelagat kami bertiga.
Selesai di salon, Qaireen memandu ke arah IOI Mall. Menjejakkan kaki ke sini untuk kali kedua. Qaireen dan Diana masing-masing teruja mahu bermain ice skating.
"Jomlah, Kayla.," pujuk Qaireen.
"Ha'ah. Jomlah. Seronok tau?" Ujar Diana pula. Aku menggeleng. "Takpalah, aku tak pandai main. Korang pergilah. Aku tunggu kat luar. Boleh jadi photographer tak berbayar untuk korang.."
Akhirnya Diana dan Qaireen berputus asa untuk memujukku. Dua gadis itu kemudian menghilang sebelum muncul di gelanggang. Aku hanya melambaikan tangan ke arah mereka sambil memegang handphone, bersedia merakamkan kenangan buat mereka.
Aku tahu aku patut lupakan lelaki itu. Aku sedar aku tak patut ingat dia lagi tapi bagaimana harus aku membuang rasa ini? Ianya terlalu kuat dalam diri.
Melihat tempat ini, segala kenangan lalu kembali berputar di ingatan. Kenangan manis bersama Anaqi. Walau aku tahu setiap saat yang kami lalui itu suatu kepuraan, atas dasar lakonan semata-mata namun ianya tetap memori terindah buat aku.
Mataku tertancap pada satu pasangan yang sedang berpegang tangan. Si lelaki mengajar pasangannya untuk meluncur. Sama seperti aku dan Anaqi dulu.
Ya, Allah Ulya. Lupakan. Lupakan semuanya!
Aku kembali memfokuskan pandangan kepada Diana dan Qaireen. Beberapa keping gambar diambil untuk tatapan mereka nanti. Aku tersenyum.
****
Hari yang dinantikan tiba jua. Final exam bermula hari ini. Memandangkan kami bertiga berkongsi dewan yang sama, jadi kami memutuskan untuk menaiki satu kereta sahaja. Diana menawarkan keretanya. Senang nak bergerak kalau pergi sekali.
Tiba di parking lot, kebanyakan pelajar membawa nota di tangan. Ada yang membaca sambil berjalan, ada juga yang sempat berselfie di sisi kereta. Macam-macam ragam.
Aku bertembung dengan Natasha yang datang bersama Anaqi ke kolej. Sejak bila Anaqi jadi supir minah ni? Eh, lantaklah!
Tanpa mempedulikan mereka, aku terus menyusun langkah ke arah bangunan kuliah. Menunggu masa untuk masuk ke dewan, notifikasi whatsapp berbunyi. Aku membukanya.
YOU ARE READING
ULYA MIKAYLA ©️
Romance#1 Malay (13 Jun 2019) #1 romantik (9 Ogos 2019) #1 remaja (5 Dec 2019) (12 Jun 2020) Seorang gadis biasa yang percaya pada jatuh cinta pandang pertama. Pertemuan pertamanya dengan jejaka bernama Izz Anaqi membuatkan hatinya tertarik. Sekali pandang...