Part 36

15.9K 586 13
                                    

"I'm his wife for God sake!" Suaraku hampir menjerit.

Damia terpempan. Anaqi terdiam.

"What??? Ulya is your wife, Anaqi?" Soal Damia memandang Anaqi meminta penjelasan.

Mukanya merah padam menahan rasa. Anggukan Anaqi memberikan jawapan yang jelas kepada Damia.

"Oh My God! Oh My God! Apa ni???"

Kebisuan aku dan Anaqi benar-benar membuatkan Damia marah. Dia masih tidak percaya dengan apa yang baru sahaja dia dengar.

"How could you, Ulya? You ingat I apa? Dulu I tanya you pasal Anaqi. You said he is single! Now what?! You buat I nampak bodoh tergila-gilakan husband you? Oh My God.. I can't believed this is happening to me.." Damia menghamburkan segala kemarahannya.

"Saya minta maaf, Mia. Ye, masa mula-mula awak tanya pasal Anaqi tu..waktu tu dia memang masih single. But then kami nikah. Dan saya tak tahu macam mana nak bagitahu awak. I'm so sorry, Mia," ujarku kesal.

Kepala Damia tergeleng-geleng.

"Awak kejam, Ulya! Awak kejam! Awak tahu tak? Saya dah mula sayangkan Anaqi! Saya dah mula cintakan dia! Sampai hati awak buat saya macam ni?" Damia merintih.

Aku ingin mencapai tangannya namun ditempis. "Don't touch me!"

Anaqi dari tadi diam tidak berkutik. Mukanya menahan sakit di tubuh. Damia menarik nafas panjang sebelum melepaskannya dengan kasar.

"You'll gonna regret for what you've done, Ulya!" Ugut Damia sebelum berlari meninggalkan aku dan Anaqi di situ.

Aku menangis.

Melihat keadaanku, Anaqi memaksa dirinya bangun. Perlahan-lahan ditarik aku ke dalam pelukannya sebelum dia menyeringai kesakitan.

Mendengar suara Anaqi, aku menjarakkan kedudukan. Tangannya yang memegang rusuk, aku sentuh perlahan.

"Saya panggilkan paramedik okay?"

Anaqi mengangguk lemah. "Saya minta maaf, awak. Semua yang jadi ni salah saya sendiri..," kataku dalam sedu.

Lenganku diusap lembut. "Syhh..jangan nangis lagi. Aku tak boleh nak peluk kau ni. Argh!"

Aku menjerit memanggil paramedik. Dah berapa lama Anaqi tahan sakit menyaksikan drama antata aku dan Damia tadi.

****

Malam itu, aku menemani Anaqi bermalam di hospital. Kata doktor mereka perlu menjalankan pemeriksaan lanjut.

Anaqi perlu di xray untuk melihat kalau-kalau ada kecederaan dalaman.

Sementara menunggu urusan kemasukan ke wad, aku menghubungi mama untuk memaklumkan. Mama berada di Sibu menguruskan hal berkaitan perniagaannya.

Papa pula sudah seminggu di Beijing.

"Assalamualaikum, mama..," aku menyapa sebaik mama menjawab panggilan.

"Waalaikumussalam, Ulya," jawab mama.

"Ma, Izz injured. Kena masa game tadi. Sekarang kami kat hospital.."

"Izz injured?! Allahuakbar!" Suara mama jelas terkejut.

"Ye, ma. Esok doktor nak buat xray.."

"Teruk ke keadaannya?"

"Tak pasti lagi mama tapi Izz boleh bercakap macam biasa. Esok pagi doktor buat xray, Ulya update kat mama apa-apa perkembangan ye?"

"Baiklah. Izz ada dengan Ulya? Bagi phone kat dia, sayang.."

ULYA MIKAYLA ©️Where stories live. Discover now