Part 27

15.9K 627 8
                                    

Sewaktu aku sedang membantu Mak Jah menyiapkan meja makan untuk santapan tengahari, mama dan papa turun. Mak Jah walau sudah banyak kali menegahku dari melakukan apa-apa kerja namun aku tetap berdegil.

Tak tegar rasanya melihay wajah tua itu membuat kerjanya bersendirian mesipun aku sedar itu sudah menjadi tugasnya sebagai pembantu rumah.

Mama dan papa mengambil tempat.

"Anaqi mana, Ulya?" Soal mama ketika aku membawa bekas berisi nasi.

"Kat atas lagi, ma. Kejap, Ulya pergi panggil..," jawabku seraya melangkah meniti anak tangga ke tingkat atas. Pintu bilik dikuak, aku tersenyum seketika melihat lelaki itu tidur nyenyak. Selepas bersarapan pagi tadi, Anaqi membersihkan keretanya.

Ya, dia jenis yang suka mencuci keretanya sendiri.

Aku pula mengikut mama dan Mak Jah ke pasar. Balik sahaja dari pasar, aku terus membantu Mak Jah di dapur. Patutlah sejak balik tadi aku tak nampak dia, tidur rupanya. Mesti penat. Semalam kami sampai dari Genting Highlands hari sudah malam.

Perlahan aku menghampirinya. "Awak..bangun," seruku. 

Anaqi masih statik tidak bergerak walau seinci. Cuma nafasnya sahaja turun naik sekata.

Aku cuba menyentuhnya dan memanggilnya sekali lagi. Kali kedua dipanggil barulah lelaki itu sedikit bergerak sebelum matanya terbuka. Pandangan mata kami bertaut seketika.

"Awak, bangunlah. Mama dan papa dah tunggu nak lunch sekali.."

"Hurmm..". Matanya terpejam kembali.

"Anaqi.."

"Dah pukul berapa ni?" Soalnya. Aku mendongak melihat jam di dinding.

"12.30 tengahari. Bangunlah. Saya tunggu awak kat bawah ye?"

Aku berpaling ingin pergi sebelum langkahku terhenti dek tangannya yang memaut pergelangan tanganku. Aku berpusing memandangnya dengan dahi berkerut.

"Tunggu sekejap, aku cuci muka.."

Anaqi bangkit dari pembaringannya dan berlalu ke bilik air. Beberapa minit kemudian, dia keluar lalu kami meninggalkan bilik untuk menyertai mama dan papa di meja makan.

"Izz tidur ke?" Tegur mama sebaik kelibatnya kami kelihatan di meja makan. Anaqi hanya mengangguk. Dia melabuhkan duduknya begitu juga aku. Aku mencapai bekas berisi nasi dan menyendukkannya untuk Anaqi. Rutin baru aku setelah bergelar isteri. Melayaninya makan.

Bacaan doa diketuai oleh papa. 

"Esok semester baru dah mula kan?" Soal papa.

"Ha'ah papa. Petang ni Izz hantar Ulya balik ke rumah sewa..," ujarku. Suapan mama terhenti.

"Balik rumah sewa? Tapi kenapa? Ulya kan dah jadi isteri Izz?"

Anaqi yang sedari tadi diam, akhirnya bersuara. "Izz bagi dia tempoh seminggu untuk settlekan hal rumah sewa dia tu, mama. Kena bagitahu kawan-kawan dia juga.."

"Ye, mama. Ulya tak boleh terus keluar macam tu. Kesian pula kawan-kawan Ulya nak kena cari penyewa lain.."

"Oh! Kalau Izz dah izinkan, tak apalah. Jangan nanti seminggu ni ada orang meracau isteri takda kat sebelah masa tidur, sudahlah," usik mama.

Aku hampir tersedak. Kalaulah mama tahu kami tidur berasingan, mesti dia terkejut. 

"Seminggu je, ma. Then, she's all mine..," jawab Anaqi selamba.

Mama dan papa tertawa mendengar jawapan Anaqi. Aku pula yang bagaikan tercekik. 

Selepas solat Asar, Anaqi menghantar aku pulang ke rumah sewa. Dalam hati terdetik juga kebimbangan sekiranya Qaireen atau Diana nampak kereta lelaki ini yang menghantar aku nanti. Pasti mereka tertanya-tanya apa yang sudah terjadi.

ULYA MIKAYLA ©️Where stories live. Discover now