Seminggu berlalu setelah peristiwa aku disabotaj oleh Natasha. Sejak itu juga aku tidak lagi melihat kelibatnya di kolej. Macam mana aku tahu semua yang jadi adalah kerja gadis itu? Dah tentulah Diana yang bercerita setelah didesak oleh aku dan Qaireen.
Aku bimbang juga sekiranya Natasha berdendam. Ketidakhadirannya pasti ada kaitan dengan siasatan yang dilakukan oleh pihak kolej.
Janganlah sampai dia dibuang kolej! Kalau itu terjadi, sudah tentu Natasha lebih membenciku dan boleh bertindak lebih agresif.
Anaqi tidak mahu aku terlalu memikirkan soal Natasha. Katanya, Natasha pasti sudah serik dan tidak lagi berani mengangguku. Aku tahu Anaqi tidak mahu menakutkan aku.
Hujung minggu itu, aku dan Anaqi keluar berdua. Lelaki itu selesa dengan tshirt berkolar berwarna hitam dipadankan dengan seluar slack khakis.
Aku pula dengan kemeja labuh berwarna nude dan berseluar slack hitam. Padanan yang sempurna.
Turun ke ruang bawah, mama menyapa kami.
"Hai, cantik-cantik ni nak ke mana? Dating eh?" Usik mama. Aku menapak menghampirinya.
"Izz ajak keluar, ma. Ulya pun tak tahu nak ke mana..". Tubuh mama aku peluk dari sisi. Kepala aku dilentokkan ke kepala mama.
Mama menepuk lembut pahaku. "Saje je, ma. Nak spent time dengan wife Izz," jawab Anaqi. Mama hanya tersenyum.
"Pergilah. Mama bersyukur tengok hubungan Izz dengan Ulya macam ni. Like the real husband and wife. Mama tumpang happy. Jaga diri baik-baik ye, sayang," pesan mama.
Aku dan Anaqi serentak mengangguk. Kami kemudiannya bersalaman dengan mama sebelum melangkah keluar.
Enjin Toyota CHR putih itu dihidupkan. Aku mengambil tempat di sebelah Anaqi. Sekilas aku menoleh ke arahnya.
"Aku tahu aku handsome, sayang. Tak payah curi-curi tengok..," ujarnya sengaja mahu menyakatku. Aku menepuk pahanya.
"Perasan tau awak ni". Anaqi ketawa. Pipiku dicuit.
"Kita nak pergi mana ni, awak?" Soalku ketika kami sudah berada di jalan raya.
"Rahsia..," katanya.
"Rahsia? Ala..bagitahu jelah. Awak kata takda rahsia antara kita?" Aku menempelaknya.
"Tengok jelah nanti. Cuba belajar sabar".
"Yelah. Tapi janji jangan bawa saya ke tempat yang bukan-bukan eh?"
"Apa? Kau ingat aku nak bawa kau pergi clubbing ke?"
"Bukan tu maksud saya. Apalah awak ni!"
Anaqi ketawa sambil meneruskan perjalanan kami. Saat kereta membelok arah Putrajaya, aku mengangguk tanda sudah mengetahui destinasi kami.
"Tadaa!! Ni lah tempat rahsia tu!"
"Apalah nak berahsia bagai. Awak bawa saya datang sini nak buat apa?"
"Saje jelah. Kau tak pernah datang sini kan?" Soalnya naif. Aku tergelak.
"Awak ni dapat info dari siapa? Saya tiap-tiap bulan datang sini dengan D dan Reen.."
"Eh? Yeke?" Anaqi menggaru pelipisnya. Kesian pulak aku tengok muka excited dia konon jadi orang pertama yang bawak aku ke sini. Hahaha!
"Kenapa tak cakap? Beriya aku excited bawak kau datang sini.."
"Manalah saya tahu awak nak bawak saya ke sini. Awak tu yang nak berahsia sangat," jawabku, membela diri.
Sudahnya Anaqi memandu ke arah Alamanda. Katanya hancur mood dia nak bawa aku ronda putrajaya. Alahai merajuklah tu!
YOU ARE READING
ULYA MIKAYLA ©️
عاطفية#1 Malay (13 Jun 2019) #1 romantik (9 Ogos 2019) #1 remaja (5 Dec 2019) (12 Jun 2020) Seorang gadis biasa yang percaya pada jatuh cinta pandang pertama. Pertemuan pertamanya dengan jejaka bernama Izz Anaqi membuatkan hatinya tertarik. Sekali pandang...