Kereta milik Anaqi berhenti di hadapan sebuah Equestrian Club. Keningku berkerut. Dia nak buat apa kat sini? Kau ni Ulya, orang datang sini biasa buat apa? Main kuda kan? Aduh, apasal kau blurr sangat?
"Jom," ajak Anaqi.
Aku hanya mengikut lelaki itu keluar dari kereta. Kawasan sekitar kelab itu menghijau. Segar mata memandang. Lagi-lagi waktu pagi begini. Udaranya juga nyaman. Buat seketika aku menikmati pemandangan sekitar.
"Sayang..," Anaqi memanggil. Aku menoleh ke sisi. Senyuman lebar dipamerkan.
"Sorry. Ulya suka tengok view dia cantik. Terpegun kejap.."
"Cantik kan? Okay jom kita masuk. I have something to show to you.."
Anaqi menunggu aku mampir sebelum aku dibawa ke dalam kawasan kelab tersebut. Buat kesekian kalinya aku terpana apabila kaki berhenti di hadapan horse stable. Wah, cantiknya!
Selalu tengok dalam movie mesti macam messy sikit. Ye lah kandang kuda kan? Menyelusuri stable itu, aku dijamu dengan pemandangan beberapa ekor kuda yang cantik, kemas dan bersih di kiri dan kanan.
Langkah Anaqi terhenti di hadapan sebuah kandang menempatkan seekor kuda berwarna coklat, berbulu warna sama di atasnya.
"Yang ni jenis Quarter Horse..," terang Anaqi tanpa aku pinta. "Dia ada nama. Bucky.."
Kuda itu sepertinya mengenali Anaqi, kepalanya ditunduk dan disuakan untuk diusap oleh lelaki itu.
"Bucky, this is my girl. Ulya..". Aku tergelak mendengar kata-kata Anaqi. Macamlah Bucky tu faham apa dia cakap.
"Hai Bucky!" Layan sahajalah.
"Come sayang. Abang nak kenalkan Ulya dengan partner in crime abang.."
Anaqi meneruskan langkahnya sebelum berhenti selang beberapa kandang dari kandang Bucky. Seekor kuda yang warnanya sama dengan Bucky tetapi bulunya kelihatan lebih berkilat dan sedikit gelap.
*Kalau ada silap fakta pasal kuda2 ni, sis mintak maaf ek? Sis google je. Hehe.
"Kenalkan, nama dia Stallion. Kuda jenis thoroughbred.."
YOU ARE READING
ULYA MIKAYLA ©️
Romansa#1 Malay (13 Jun 2019) #1 romantik (9 Ogos 2019) #1 remaja (5 Dec 2019) (12 Jun 2020) Seorang gadis biasa yang percaya pada jatuh cinta pandang pertama. Pertemuan pertamanya dengan jejaka bernama Izz Anaqi membuatkan hatinya tertarik. Sekali pandang...