Kereta Axia milik Qaireen berhenti di hadapan sebuah rumah semi-D yang agak besar dan cantik. Pagar rumah itu sudah terbuka luas. Mungkin tuan rumah bersedia menerima tetamu yang akan datang nanti. Aku dan Diana membontoti Qaireen melangkah masuk ke dalam kawasan rumah tersebut.
Walaupun tidak semewah mana, namun rumah itu kelihatan cantik dengan dekorasinya yang agak elegant. Porch keretanya agak luas. Boleh memuatkan tiga atau empat biji kereta, aku kira.
Qaireen memberi salam. Beberapa saat kemudian, muncul seorang lelaki yang sangat tampan. Dia mendukung seorang kanak-kanak kecil. Muka mereka hampir sama jadi aku andaikan ini abang saudara Qaireen dan si kecil itu anaknya.
"Waalaikumussalam. Eh, Reen. Come on in..," pelawa lelaki itu.
"Hai Abang. Hai Humaira!" Sapa Qaireen lalu mencuit pipi si kecil tadi. "Kak Hana mana?"
"Ada kat atas. Masuklah dulu. Ajak kawan-kawan masuk.."
Anak kecil bernama Humaira itu tersua-sua tangannya pada Qaireen. Meminta didukung. Tanpa menunggu lama, Qaireen mengambil Humaira daripada ayahnya.
"Korang bertiga dari mana ni?"
"Dari rumah, bang..terus ke sini. Kenalkan, ni kawan-kawan serumah Reen. Ulya dan Diana". Serentak aku dan Diana menunduk sedikit tanda menghormati tuan rumah.
"Oh.Hai! Korang duduklah dulu. Abang naik atas kejap. Panggil Kak Hana.."
Qaireen mengangguk. Lelaki tadi meninggalkan kami lalu menapak ke tingkat atas. Bahagian ruang tamu rumah itu luas. Set kerusi sudah disusun di bahagian tepi dinding.
Di tengah pula terhampar karpet yang bersaiz besar bercorak abstrak. Di hujung dinding diletakkan meja yang sudah dihias cantik berlatar belakangkan sejumlah belon-belon comel dan tergantung perkataan HAPPY BIRTHDAY.
Tema my little pony menjadi pilihan. Comel je tengok.
Di halaman tepi rumah pula, meja buffet yang tersusun rapi dengan pelbagai menu. Ada seseorang yang sedang menguruskan kambing golek. Beberapa orang lagi sibuk menyiapkan meja bulat yang disediakan untuk tetamu bersantap nanti.
"Kau tak pernah bagitahu pun kau ada abang saudara?" Soalku.
"Aku jarang jumpa dia tapi masa kecil-kecil kami rapatlah.."
Aku dan Diana serentak membulatkan mulut. Seketika kemudian, seorang wanita turun dari tingkat atas. Aku terpesona melihat keayuan wajahnya. Cantik!
"Reen! Dah lama sampai?" Sapanya mesra. Qaireen bangkit sambil mendukung Humaira. Mereka bersalaman dan berpelukan.
"Baru je kak. Ni kawan-kawan Reen. Ini Diana dan ini pula Ulya," Qaireen memperkenalkan kami berdua. Aku dan Diana bergilir bersalaman dengan wanita itu.
"Ni Kak Hana, wife Abang Faiz.."
Kami berbalas senyuman. "Reen nak solat ke? Meh akak tunjuk bilik.."
Usai solat, aku mengikut Qaireen dan Diana menjengah ke dapur. Kak Hana ketika itu sedang memotong buah tembikai. Suaminya, Abang Faiz pula di sebelah. Bahagia je tengok mereka berdua. Sesekali Abang Faiz mengusik Kak Hana.
"Eh, Reen. Kenapa datang dapur ni?" Kak Hana menegur.
"Ada apa-apa ke yang Reen boleh tolong?"
"Tolong basuh pinggan lepas majlis lah, Reen," Abang Faiz bercanda. Aku yang mendengar turut tertawa.
"Apalah awak ni. Ada ke cakap macam tu pada tetamu. Tak payah dengar cakap Abang Faiz ni, Reen. Macamlah Reen tak kenal perangai dia suka mengusik.."
YOU ARE READING
ULYA MIKAYLA ©️
Romance#1 Malay (13 Jun 2019) #1 romantik (9 Ogos 2019) #1 remaja (5 Dec 2019) (12 Jun 2020) Seorang gadis biasa yang percaya pada jatuh cinta pandang pertama. Pertemuan pertamanya dengan jejaka bernama Izz Anaqi membuatkan hatinya tertarik. Sekali pandang...