Aku terdiam memandang Anaqi, Farahin dan Izad yang saling berpandangan sesama sendiri. Tanpa sempat aku bertanya apa-apa, Anaqi lantas mencapai tanganku sebelum menarik aku pergi dari situ.
"Eh, awak. Kenapa ni?"
"Jom balik!" Katanya.
"Tapi saya tak bayar lagi ni..," balasku menunjukkan barang yang dipegang. Anaqi mengambil barang tersebut lalu meletakkannya di rak yang berhampiran.
"Kita beli kat tempat lain.."
"Izz! Tunggu dulu!" Farahin mengejar dari belakang. Izad juga mengekorinya.
Namun Anaqi tidak mengendahkannya. Akhirnya Farahin berjaya memintas kami. Anaqi merengus kasar. Aku yang masih tidak tahu apa-apa hanya terpinga-pinga.
Anaqi kenal Farahin dan Izad ke? Apa hubungan mereka bertiga? Dan kenapa Anaqi seperti tidak mahu bertemu dengan mereka berdua?
"Izz! Sampai bila kau nak larikan diri dari kami?" Soal Izad.
"Betul tu, Izz. Semua dah lama berlalu. Kami dah minta maaf kan," ujar Farahin pula.
"Apa semua ni? Farahin, awak kenal dengan Izz?" Soalku pula. Semua ni membingungkan.
Farahin mengangguk perlahan.
"Aku takda kawan macam korang! Jom, sayang..," ujar Anaqi kembali menarik aku.
Kali ini aku lihat Farahin dan Izad tidak lagi cuba menahan Anaqi. Mereka mengeluh dengan tindakbalas dari lelaki itu. Sempat juga aku lihat Izad menenangkan Farahin.
Argh! Apa sebenarnya yang terjadi ni?
Aku menoleh ke arah Anaqi. Kami dalam perjalanan ke parking kereta. Wajah Anaqi kemerahan. Pasti sedang menahan amarahnya.
Aku tidak berani bersuara lagi. Anaqi memandu keluar dari shopping mall. Sunyi sepi menyelubungi. Aku tidak betah begini.
"Awak.."
"Don't ask anything," ujarnya. Anaqi tahu apa yang mahu aku katakan.
"Tapi.."
"Takda tapi-tapi. Aku cakap jangan tanya apa-apa..kau faham tak?!" Suara Anaqi naik seoktaf. Aku terkesima
"Fine! Saya takkan tanya apa-apa!" Jawabku. Tubuhku mengiring sedikit ke arah tingkap, membuang pandangan ke luar.
Tanpa aku sedar, setitik demi setitik air mata gugur dari kelopak mata. Cepat-cepat aku menyekanya dengan jari. Sudahnya, aku tertidur sendiri.
Aku terjaga ketika kereta mula memasuki perkarangan rumah. Sebaik sahaja kereta berhenti, aku terus sahaja menonong keluar.
Tidak aku hiraukan panggilannya. Biarkan! Suka-suka dia je nak marah-marah aku. Aku panggil elok-elok je. Tak boleh ke jawab baik-baik?
Aku terus naik ke bilik, mencampakkan beg ke atas katil sebelum merebahkan tubuh di atas tilam empuk itu. Bantal kecil aku letakkan di atas muka.
Seketika kemudian terdengar pintu bilik dibuka.
Melihat Anaqi melangkah masuk, aku bingkas bangun menuju ke bilik air. Tanganku dipautnya namun kutepis. Anaqi mengeluh perlahan.
Usai mandi, aku menunaikan solat maghrib bersendirian. Anaqi keluar dari bilik air apabila aku sudah memberi salam. Lelaki itu hanya diam memandang aku yang tidak menunggunya untuk berjemaah seperti kebiasaannya.
Baru sahaja dia mahu membuka mulut, aku bangun melipat telekung dan sejadah sebelum naik ke atas katil. Comforter aku tarik hingga menutup keseluruhan tubuh.
YOU ARE READING
ULYA MIKAYLA ©️
Romance#1 Malay (13 Jun 2019) #1 romantik (9 Ogos 2019) #1 remaja (5 Dec 2019) (12 Jun 2020) Seorang gadis biasa yang percaya pada jatuh cinta pandang pertama. Pertemuan pertamanya dengan jejaka bernama Izz Anaqi membuatkan hatinya tertarik. Sekali pandang...