Mereka bertujuh duduk di ruang tamu untuk membincangkan perkara yang agak ... serius.
Inipun disebabkan Seokjin memanggil mereka untuk berkumpul kerana hal yang mereka tidak dapat agak apa yang mahu dibincangkan.
"Kau nak bincang apa ni?" Setelah sekian lama suasana menjadi sunyi dan janggal, Namjoon membuka mulut dan mengaju soalan kepada semua kawan-kawannya tapi mereka hanya mengangkat bahu kecuali Kim Seokjin yang ada di hadapan Namjoon. Dia memandangmya dengan tajam sehingga tidak berkedip.
"Hyung, kau nak tanya apa ni?" Seokjin mengeluh perlahan sebelum memandang wajah mereka satu persatu.
"Kauorang pernah kena kacau dengan makhluk menakutkan tak sebelum ni?" Tanya Seokjin membuatkan Yoongi dan Taehyung berkerut dengan persoalan yang pelik.
Tetapi yang lain hanya mengangguk dan mengeluh panjang apabila mereka ingat akan peristiwa mengerikan itu. Yoongi dan juga Taehyung masih tertanya-tanya dengan apa yang dikatakan oleh Seokjin.
"Apa maksud kauorang ni?" Tanya Yoongi dengan muka yang berkerut tidak mengerti.
Mereka tidak menjawab sebaliknya mereka semua naik ke atas untuk merehatkan mata dan badan setelah seharian bekerja.
Yoongi dan Taehyung berpandangan antara satu sama lain dan mengangkat bahu sebelum mengangkat badannya berdiri untuk naik ke bilik.
...
Seokjin dan rakan-rakannya terpaksa pergi membeli barang dapur yang sudah habis.
Dia juga mengagihkan tugasan kepada kawan-kawannya untuk mencari barang dapur yang dia mahukan.
Mereka mencari di kesemua lorong untuk mendapatkan barang yang dijumpai.
Semasa Seokjin berada di lorong bahan-bahan mentah, dia berfikir sejenak tentang kerja terbesar yang akan diadakan di negeri Barat tetapi dia sendiri tidak faham kenapa berita itu langsung tidak meluas di satu bandar Korea.
Tidak mungkin hanya mereka bertujuh yang tahu kerana yang berikan kertas itu mestilah president di tempat Barat itu.
Seokjin menggelengkan kepalanya untuk membuang kemusykilan yang terdapat di kepalanya sekarang. Dia ingin mengambil bahan mentah untuk dijadikan lauk pada malam ini tetapi ada tangan yang mendahului untuk mengambil bahan itu.
Dengan serta merta pandangan mereka berdua teroleh dan tidak sangka jarak mereka berdua terlalu dekat walaupun tinggi mereka agak lari sedikit.
"Eo kau nak ke?" Tanya perempuan itu dengan suara mendatar. Tangannya lantas ditarik semula kerana agak tidak selesa apabila tangan Seokjin menyentuh tanganya ketika itu.
"Erm ya. Kalau kau nak ambil sajalah. Aku boleh ambil yang lain," Perempuan itu hanya mengangguk dan mengambil bahan mentah itu dan diletakkan ke dalam plastik.
Sempat perempuan itu memandang wajahnya sebelum dia melangkah pergi ke kaunter bersama tiga orang wanita. Kawan-kawannya barangkali.
...
Hoseok yang sedang mencari bahan pencuci di semua lorong mengeluh berat apabila barang yang perlu dijumpai tiada. Dia berlari ke semua lorong dan nasib malang menimpanya apabila seorang perempuan yang ingin keluar dari lorong tersebut melanggarnya dengan kuat sehingga menyebabkannya jatiuh.
"Oh maafkan aku. Mari sini aku tolong kau." Perempuan itu menghulur tangannya tetapi ditepis kuat oleh Hoseok sambil berdiri.
Perempuan itu tidak terasa dengan kelakuan Hoseok itu tetapi dia hanya menggulingkan matanya kerana menyampah dengan perangai jual mahalnya itu.
"Kau ni memang tak boleh nak tengok depan ke sebelum keluar tu?" Tanya Hoseok kepada perempuan dengan nada yang agak keras tetapi tidak diendahkan oleh perempuan itu.
"Kau ni kalau aku nak cakap bodoh kau marah tapi hakikatnya akal tu cetek sangat. Itu yang bodoh sangat. Kau yang berlari tanpa tengok kiri kanan lepastu kau nak salahkan orang. Bodoh tu simpan sikit." Perempuan itu sempat membebel pada Hoseok membuatkan hatinya sedikit terasa tetapi dia cepat-cepat mengawal riaksinya.
Perempuan itu sudah berlalu pergi dan memandangnya dengan agak tajam. Hatinya sumpah seranah untuk membunuhnya kerana telah membuatkan hatinya sedikit terasa.
"Sial punya perempuan."
...
To Be Continued
...
Okay kita perbanyakkan sedikit scene bias ayu, Hoseok HAHA.
Siapa kata dia bias wrecker ayu huh?
Next chapter kita buat diorang semua jumpa appliers semua. Yang mi baru empat orang.
Tak ingat silalah tgk bab sebelumnya.
Hope you enjoy this chapter, guys!❤
YOU ARE READING
[√] Jail Hell : Beginning Of Life.
Mystery / Thriller+ Bangtan. Siapa sahaja yang tidak kenal dengan kumpulan yang digeruni ini? Satu dunia mereka telah jelajahi dan perbuatan buruk mereka juga sudah diketahui. Walaupun telah banyak rekod jenayah yang dilakukan oleh mereka, mereka tidak pernah dita...