༶ 14 ࿇ Different place ࿇

121 27 40
                                    

Jungkook terbangun sambil memegang kepalanya yang sakit dan terdapat darah yang menitik dari kepalanya. Terlalu banyak darah yang keluar dari kepala dan juga pada mulut Jungkook kerana kesan hentakan kuat di kepala Jungkook semasa pesawat terhempas.

Jungkook sedaya upaya menahan kesakitan yang dia alami sekarang. Ia terlalu perit seperti dia menikam dada sendiri dengan pisau yang agak tajam. Kepalanya terasa berpinar dan mukanya juga turut pucat kerana darah yang membuak keluar dari kepalanya.

Jungkook memusing 360º mencari kesemua hyung-hyungnya. Dan dia juga pelik mengapa dia berada di atas jalan tar yang retak dan di dalamnya seperti ad sesuatu yang bercahaya seperti api yang berada di dalam gunung berapi.

Jungkook tidak kisah akan semua itu. Dia perlu mencari kawan-kawannya untuk berkumpul bersama dan tiada siapa yang berpisah. Dia takut berada di sini seorang diri. Dia sabar menghadap peritnya itu dan menahan dirinya daripada menangis.

Kepalanya juga terlalu sakit dan matanya mula berpinar hebat. Dia tahu yang dia tidak mampu untuk berjalan lebih lama lagi.

"H-hyung di m-mana?" Tanya Jungkook sendirian. Air mata yang ditahan tumpah juga membasahi pipinya sendiri. Dia terus berjalan sehingga sampai satu tahap dia terjatuh kerana terlalu lemah.

Sebelum dia menutup mata, dia terlihat seorang perempuan tetapi tidak jelas kerana penglihatannya terlalu kabur dan tidak lama selepas itu semuanya gelap.

...

Jungkook membuka matanya selepas beberapa jam dia tertidur. Dia terbangun dan melilau di sekelilingnya. Dia berada di atas sofa di sebuah rumah usang yang sudah lama ditinggalkan.

Dia juga pelik mengapa dia di sini? Bukankah pesawatnya terhempas sebelum dia mati?

Dia teringat akan kejadian tadi. Dengan segera dia memegang kepalanya yang berdarah dan kini sudah dibalut kemas. Dia tidak tahu siapakah perempuan yang menolongnya tadi.

"Bangun pun kau." sergah seseorang dari arah dapur. Jungkook terkejut dan segera dia melihat ke arah susuh tubuh seorang perempuan yang menuju ke arahnya.

"Kau siapa?" Tanya Jungkook ringkas. Dia masih ingat lagi yang pesawatnya terhempas betul-betul di dunia nyata tetapi mengapa dia masih lagi berada di sini? Di dunia nyata? Ternyata itu sahaja soalan yang berlegar di fikirannya dan masih lagi tiada jawapan untuk soalannya.

"Im Naerin. Aku yang selamatkan kau masa kau pengsan tadi." Jungkook hanya mengangguk dan melilau di sekitar rumah ini. Mungkin rumah perempuan ini. Getus hati Jungkook.

"Kau cari apa sebenarnya?" Tanya Naerin sambil memandangnya tajam. Seperti ada maksud tersirat di dalam pandangannya. Jungkook sudahpun kekok dengan Naerin kerana dia pun tidak tahu untuk membalas apa.

"A-aku cari kawan-kawan aku." Balas Jungkook dengan agak gagap. Sekali lengannya digosok kerana terlalu sejuk dan dingin di dalam rumah ini. Mungkin boleh dikatakan seram sejuk kerana runah ini seperti ada yang tidak kena.

"Kawan-kawan kau? Yang mana?" Tanya Naerin untuk mendapatkan jawapan kepastian daripada mulut Jungkook sendirian.

"Seokjin hyung, Namjoon hyung, Hoseok hyung, Yoongi hyung, Jimin hyung dan Taehyung hyung. Dialah kawan-kawan aku. Kau ada nampak mereka ke?" Tanya Jungkook. Dia menghadap perempuan itu kerana niatnya untuk tahu dimanakan kesemua kawan-kawannya.

"Oh, yang itu aku kenal dan aku pernah berjumpa tetapi mereka sudah keluar dari sini tanpa aku tahu sebabnya jadi aku tak tahu kemana sebenarnya mereka pergi." Jungkook pelik dengan jawapan Naerin itu dan ya hatinya kuat mengatakan ada sesuatu membuatkan mereka berenam berlari dari rumah ini dan dia juga akan melakukan perkara yang sama.

Tetapi apa dia?

...

To Be Continued

...

Banyak persoalan belum dijawab kan?

So tunggu sehinggalah akhir.

I'll hiatus for 3 - 4 weeks. Rindu korang nanti HUAA

Annyeong ❤

Btw sorry lambat publish.

[√] Jail Hell : Beginning Of Life.Where stories live. Discover now