Im Naerin mengikat kain balutan yang dibalut pada tangan Seokjin. Tangannya melecur teruk menyebabkan terlihat isi dagingnya terlihat sedikit. Seokjin mengerang kesakitan apabila ubat disapu pada bahagian yang tercedera.
"Macam mana kau boleh ada dekat sini? Ke mana kau menghilang selama ni Naerin?" Soal Seokjin. Matanya tajam memandang Naerin yang bagai terkedu mendengar soalan dari Seokjin itu.
"Jawablah soalan aku!" Sambung Seokjin dengan agak tegas. Naerin memandang Seokjin dengan lama sebelum dia membuka mulut.
"Aku tak pergi mana-mana pun." Jawab Naerin acuh tidak acuh.
"Kau tipu aku kan? Ke kau yang kacau kami semua hingga kami ketakutan? Dan kau juga yang bawa kami ke sini kan? Baik kau mengaku cepat! Kalau tak, aku tak teragak-agak untuk bunuh kau!" Tengking Kim Seokjin. Nafas Naerin turun naik menahan amarah.
"Bukan akulah! Aku cuma nak tolong kau aje!" Jerit Naerin dengan suara yang lantang. Dia segera bangkit meninggalkan Seokjin yang masih terpinga-pinga di situ.
Kali ini Seokjin keseorangan di situ. Dia turut bangkit dan berjalan terhincut-hincut dek kesakitan yang dia alami sekarang. Tujuannya untuk mencari semua kawan-kawannya dan keluar dari dunia neraka ini.
"Kim Seokjin..." suara itu seakan dekat dengan dirinya. Dia yakin itu adalah Im Naerin. Perempuan yang dibenci olehnya kerana penipuan yang dilakukan oleh dirinya sendiri.
"Kau nak apa lagi daripada aku?! Cukup-cukuplah permainan bodoh kau tu, perempuan!" Jerit Seokjin lagi. Dia terlalu bengang dan fikirannya berserabut.
"Kau tak akan terlepas, Seokjin. Kau adalah mangsa utama aku!" Suara garau itu diakhiri oleh gelak ketawa yang sangat sinis dan menyeramkan. Bulu roma Seokjin menegak dengan serta merta. Dia takut. Dia perlu lari daripada situ.
Lorong yang dipecahkan kepada lima itu dipandang. Seokjin teragak-agak untuk memilih lorong yang mana untuk dia bersembunyi.
Dia mengambil keputusan untuk masuk ke dalam lorong yang pertama. Langkahnya diatur kemas melalui lorong gelap yang menyukarkan dirinya untuk melihat sekeliling.
"Hello, ada orang ke?" Suara Seokjin bergema kuat di dalam lorong itu. Dia terus berjalan walaupun langkahnya perlahan untuk berjalan.
Di pertengahan jalan, dia terdengar bunyi decitan tikus yang entah dari mana datangnya disertakan bunyi dengusan binatang buas. Seokjin semakin ketakutan. Dia menyesal kerana membiarkan Naerin pergi meninggalkan dia seorang diri.
Seokjin menoleh ke belakang. Dia ternampak seekor binatang buas persis seekor singa berbulu hitam dan matanya merah menyala sedang meluru ke arahnya. Seokjin berlari dengan agak pantas. Bibirnya digigit kerana sakit pada bahagian kaki mula terasa pedih. Dia terpaksa untuk berlari dari dimakan oleh binatang buas itu.
Sampai di hujung lorong, ada tiga pintu yang perlu dipilih untuk menyelamatkan diri. Seokjin buntu untuk memilih pintu kedua atau ketiga. Binatang buas tadi semakin mendekat.
Fikiran Seokjin bercelaru sekarang ini. Air matanya mengalir dengan pantas. Dia buntu untuk menyelamatkan dirinya seorang diri. Dia perlukan seseorang.
Binatang buas itu semakin mendekat. Seokjin membuka matanya dan terus membuka pintu yang ketiga. Dia hanya mahu dirinya selamat.
"Manusia yang lemah. Mereka tak akan tandingi aku!"
...
To Be Continued
...Mungkin ada buku kedua untuk fanfic ini rasanya dengan tajuk yang lain. Tak adanya siapa nak baca ni HAHAHA.
Sorry lambat update 💜
Triple update
YOU ARE READING
[√] Jail Hell : Beginning Of Life.
Mystery / Thriller+ Bangtan. Siapa sahaja yang tidak kenal dengan kumpulan yang digeruni ini? Satu dunia mereka telah jelajahi dan perbuatan buruk mereka juga sudah diketahui. Walaupun telah banyak rekod jenayah yang dilakukan oleh mereka, mereka tidak pernah dita...