Suasana berasa agak janggal di antara Min Yoongi dan seorang perempuan yang dia terserempak di tempat yang sama di berbaring. Kepala Yoongi hanya menunduk memandang jalan tar. Kadang-kadang, dia akan menyepak segala benda yang ada di situ.
Perempuan itu memandang Yoongi sekilas sebelum dia mengorak langkah dengan lebih pantas melepasi langkah Yoongi yang lembap seperti kura-kura sedang berjalan. Dia memandang sekeliling tujuan untuk mencari kawan-kawannya tetapi malang apabila seorang pun dia tidak nampak langsung.
Yoongi mengangkat muka dan memandang setiap gerak geri perempuan itu. Bibirnya mengukir senyuman mengejek pada perempuan itu.
"Kau kan yang mabuk dan tidur pada bahu aku tempoh hari?" Tanya Yoongi membuatkan perempuan itu terkaku sebentar di tempatnya. Kepalanya perlahan-lahan ditoleh ke arah Yoongi yang mengangkat keningnya. Wajahnya serta merta membahang malu apabila dia teringatkan peristwa itu.
Perempuan itu membuka matanya. Kepalanya yang berdenyut itu dibiarkan. Ini ke rumah aku? Desis hati perempuan itu. Dia bangkit dari pembaringan dan menstabilkan kedudukannya. Tombol pintu dipusing tetapi dia tersentak apabila pintu itu sudah dikuak dari luar.
Min Yoongi memandangnya. Perempuan itu hanya kaku dan memandangnya dengan riak wajah yang kosong.
"Apa kau buat di rumah aku?" Tanya perempuan itu. Yoongi tergelak apabila dia menyoalkan soalan sebegitu padanya. Perempuan itu berasa bengang apabila Yoongi mempersendakannya. Mahu saja dia menyepak Yoongi sehingga terkaku tidak boleh bergerak.
"Rumah kau hm? HAHAHAH... Kau sedar tak kau ada di mana sekarang? Rumah aku tau!" Yoongi menyambung gelaknya. Perempuan itu mendengus geram sebelum dia menolak Yoongi sehinga terjatuh. Langkahnya laju mengorak ke hadapan.
"Kenapa tu Yoongi?" Soal Seokjin. Matanya sempat meliar pada perempuan yang sedang memakai kasut untuk euar dari rumah mereka. Yoongi yang mengesat air matanya dipandang.
"Dia fikir ini rumahnya. Jadi aku gelaklah." Jawab Yoongi dan berlalu pergi. Seokjin masih tidak faham situasi yang berlaku antara Min Yoongi dan perempuan itu.
"Asal dia gelak?" Tanya Seokjin sendirian sebelum dia menapak masuk ke dalam biliknya semula. Malas mahu memikirkan situasi yang agak tidak masuk akal baginya.
"Kau diam je boleh tak?" Soal perempuan itu dengan tegas. Penumbuknya dikepal dengan perasaan bercampur baur bertandang di dalam hatinya sekarang. Min Yoongi hanya tergelak kecil sebelum dia berjalan semula.
"Tapi aku pelik juga. Tak sangka kau ikut ke perlawanan terbesar dekat luar negara, kan?" Perempuan itu tidak memberi riaksi apa-apa. Hanya fokus berjalan ke hadapan.
"By the way, macam mana kau tahu?" Tanya perempuan itu dengan mendatar. Malas juga mahu bersembang memandangkan dia sebenarnya sudah kepenatan berjalan seperti berlari 500M di padang sekolah. Anda pasti?
"Sebab kertas yang kau genggam semasa kau mabuk." Jawab Yoongi dengan sepantas kilat. Wajah perempuan itu ditatap.
"Kau p-penjenayah jugak ke?" Perempuan itu hanya mengangguk perlahan. Dia berjalan sebelum dia membuka mulut untuk berkata-kata.
"Aku Bae Yoora. Pembunuh yang menggerunkan ramai masyarakat korea." Jawab perempuan yang bernama Bae Yoora itu dengan selamba. Yoongi hanya mengangguk kecil.
"Min Yoongi!!"
...
To Be Continued
...Selamat membaca 💜
YOU ARE READING
[√] Jail Hell : Beginning Of Life.
Mystery / Thriller+ Bangtan. Siapa sahaja yang tidak kenal dengan kumpulan yang digeruni ini? Satu dunia mereka telah jelajahi dan perbuatan buruk mereka juga sudah diketahui. Walaupun telah banyak rekod jenayah yang dilakukan oleh mereka, mereka tidak pernah dita...