༶ 31 ࿇ Die ࿇

93 18 71
                                    

"Atau aku akan bawa korang mati bersama aku." Ayat itu membuatkan mereka semua tersentak. Suara itu seperti bukan milik Seokjin kerana suaranya terlalu garau.

Namjoon cuba beranikan diri untuk melihat Seokjin. Dia terkaku. Nafasnya seakan terhenti apabila melihat perubahan pada wajah Seokjin yang putih memucat. Bibirnya daripada kemerahan berwarna hitam kehitaman. Matanya juga berwarna hitam kemerahan. Bibirnya tidak lekang dari senyuman sinis. Matanya juga tidak lepas memandang Namjoon.

"Kenapa? Kau takut? Ini kawan kau, kan?" Soal Seokjin dengan sinis sekali.

"Tak... kau bukan Seokjin! Baik kau kembalikan dia!" Jerit Namjoon. Seokjin dengan perlahan bangkit dan duduk merangkak di hadapan Namjoon.

"Aku tak akan kembalikan kawan kau selagi kau orang semua belum mati!" Seokjin melompat ke atas Namjoon lalu mencekiknya dengan kuat sehinggakan nafasnya tersekat di kerongkong. Sakit. Terlalu sakit.

"L-l-lep-as-askan a-a-a-k-ku." Arah Namjoon walaupun perlahan. Seokjin tergelak besar apabila melihat Namjoon yang hampir mati dek terlalu lemas kerana nafasnya kurang.

"Lepaskan dia!" Taehyung menjerit lalu mendekatkan dirinya di hadapan Seokjin. Lelaki itu menoleh ke arah Taehyung dengan pandangan yang tajam.

Cekikan daripada leher Namjoon dilepaskan. Namjoon terbatuk kering apabila cekikan itu dilepaskan. Tekaknya terasa perit. Nafasnya tidak teratur. Dia berbaring di situ untuk kembalikan nafasnya.

Berbalik pada Seokjin, dia berdiri dan memandang Taehyung dengan tajam. Taehyung hanya berlagak tenang. Dia tahu apa yang dia buat walaupun ianya adalah risiko yang terbesar untuk diambil. Tetapi dia terpaksa untuk kebaikan Seokjin.

"Quèra mè fástó. Quèra dè fiesțô" ujar Taehyung. Pergerakan Seokjin seakan terhenti. Kepalanya dengan perlahan mendongak langit. Mukanya juga mula membahang dan menahan perit.

"Quèra mè fástó. Quèra dè fiesțô!" Ujar Taehyung lagi. Tetapi laungan itu semakin kuat. Seokjin menjerit kesakitan dan menyebabkan badannya melentok makin ke belakang.

Mereka yang melihat hanya menginggit bibir menahan takut. Jungkook, Yoongi dan Hoseok seakan tidak percaya apa yang dilihatnya. Terlalu berisiko untuk Seokjin. Keadaan menjadi terlalu cemas.

"Quèra mè fástó. Quèra dè fiesțô!" Laungan itu makin kuat. Jeritan Seokjin makin kuat didengari dan seperti dicampur jeritan makhluk dan jeritan Seokjin yang sedang kesakitan. Taehyung hanya melihat keadaan Seokjin. Dengan cara ini sahaja untuk memulihkan Seokjin. Dia terpaksa.

"Quèra mè fástó. Quèra dè fiesțô!!" Laungan itu semakin kuat sehinggalah satu makhluk berwarna putih abu berterbangan di udara. Keadaan menjadi sunyi. Tiada lagi bunyi jeritan Seokjin.

Namjoon yang ada di belakangnya bangkit dan cuba melihat keadaan Seokjin. Seokjin bangun dan berdiri semula memandang Taehyung. Air matanya berkumpul di tubir mata menyebabkan matanya kemerahan.

Namjoon cuba memegang bahu Seokjin. Lelaki itu jatuh secara tiba-tiba di atas Namjoon. Namjoon membaringkan Seokjin yang menangis lemah itu.

"Hyung... gwenchana?" Soal Namjoon. Seokjin tidak menjawab sebaliknya dia memandang Namjoon dengan mulutnya berwarna putih. Cecair putih tiba-tiba keluar dari mulutnya. Terhinjut badan Seokjin apabila cecair itu semakin banyak keluar.

"Hyung!!" Jerit Jungkook lalu merangkak seperti kanak-kanak di hadapan Seokjin kerana masih tidak boleh berjalan. Seokjin memandang Jungkook sebelum matanya perlahan dikatup rapat.

"Hyung bangunlah!!" Jerit Jimin pula. Dia menggoncang badan Seokjin yang sudah tidak sedarkan diri itu. Namjoon memandang Jimin lalu meletakkan jarinya pada nadi di leher Seokjin.

"Dia... dah tak ada Jimin."

...
To Be Continued
...

Ayat greek tu main teka je. Malas nak load pakcik gugel

Okay jangan kecam dulu. Halah halah. Ayu tak kejam lagi okay HAHAA ya ah tu

[√] Jail Hell : Beginning Of Life.Where stories live. Discover now