Seokjin dan rakan-rakannya sudah berada di luar rumah sambil mengangkat beg masing-masing untuk keperluan harian mereka di sana.
Memandangkan mereka duduk di sana dalam sebulan selepas semuanya selesai, mereka perlulah membawa barangan keperluan yang banyak ke sana.
Tidak lupa juga setiap seorang membawa alatan tajam dan bahaya di dalam sebuah beg yang agak besar untuk kejadian terbesar yang akan terjadi di negeri Barat sana. Mereka terlalu teruja untuk ke sana kerana kerja yang ada di sana adalah selesa dan seronok bagi mereka.
Jimin yang melihat Hoseok seperti berasa gelisah itu segera menyapa bahunya dengan lembut membuatkan lelaki itu memandang Jimin dengan riak wajah yang cemas atau boleh dikatakan gerun. Jimin pun tidak pasti apa yang difikirkan olehnya membuatkan dia berasa gelisah seperti itu.
"Kenapa dengan kau, hyung?" Tanya Jimin dengan wajah yang tampak risau. Rakan-rakannya yang lain sudah memandang mereka berdua atau lebih tepat memandang Hoseok dengan pelik.
"Tiada apa-apalah, Jimin. Dah jomlah kita ke airport sekarang ... takut pula pesawat kita akan terhem--- tak berlepas." Mereka hanya mengangguk dan mengangkat beg mereka masuk ke dalam kereta.
Mereka hanya membiarkan kesilapan Hoseok semasa bercakap tadi. Hanya seorang sahaja yang perasan Hoseok terlalu gelabah berkata-kata dan dia tahu apa yang Hoseok silap semasa bercakap. Dia juga tahu apa sebenarnya terjadi tetapi tidak tahu sama ada itu hanyalah realiti atau mimpi?
Segera mereka naik ke dalam kereta yang dipandu oleh Seokjin dan berlalu pantas ke arah lapangan terbang sebelum berlepasnya pesawat mereka dan mungkin akan terlepas juga.
...
Di lapangan terbang, Incheon
Selepas mereka diperiksa oleh pengawal, mereka segera ke pesawat mereka dan duduk di seat yang ditetapkan. Mereka bertujuh duduk secara berduaan di seat sebelah kiri.
Pada seat yang pertama diduduki oleh Namjoon dan Seokjin manakala yang belakangnya diduduki Jungkook di belakang Seokjin dan Jimin di belakang Namjoon. Taehyung dan Hoseok duduk di seat yang ketiga iaitu seat belakang Jungkook dan Jimin.
Manakala Yoongi terpaksa duduk keseorangan bersama dengan seorang perempuan yang ralit mendengar lagu beserta headphone di kepalanya. Yoongi tidak kisah duduk keseorangan kerana sudah biasa dan melupakan kejadian yang menghadapi dirinya dahulu.
"Kenapa awak tak tegur saya je kalau awak bosan?" Tanya perempuan itu kepada Yoongi membuatkan Yoongi memandang dia dengan tajam seperti pisau yang sudah diasah.
"Kau nak sibuk sangat kenapa?" Tanya Yoongi membuatkan perempuan itu tersenyum manis tetapi di dalam hatinya, siapa sahaja yang tahu. Perempuan itu bersandar semula pada kepala seat dan memejamkan matanya.
Hoseok yang berada di hadapan terdengar perbualan mereka berdua dan ya dia teringat akan sesuatu membuatkan dia begitu gelisah dan takut. Taehyung yang berada di sebelahnya menyapa bahunya dengan lembut.
"Jangan risau, hyung. Tiada apa-apa yang berlaku," Hoseok menarik muka pelik kerana Taehyung seperti tahu apa yang difikirkan olehnya sekarang. Taehyung hanya tersenyum nipis sebelum membuka mulut.
"Aku pun dapat mimpi yang sama dan ya mimpi itu pesawat ini terhempas dan tujuh orang perempuan yang hilang. Aku tahu kau mesti fikirkan yang itu dan perempuan misteri itu, kan?" Hoseok hanya mengangguk. Hatinya berasa tidak tenang kerana mimpi semalam yang dia dapat dan dia takut benda yang sama terjadi padanya dan juga rakan-rakannya yang lain.
"Sabarlah, hyung. Aku tahu kita akan selamat. Lagipun itu hanya mimpi." Taehyung tersenyum nipis diikuti oleh Hoseok. Dia harap apa yang disampaikan oleh Taehyung benar dan tiada apa yang berlaku.
Yoongi yang berasa bosan di belakang itu segera memamdang perempuan yang sedang memejamkan matanya. Niatnya ingin menegur tetapi mungkin dia sudah terlena. Tetapi lain pula jadinya apabila perempuan itu membuka mata dan memandang Yoongi.
"Wae?" Tanya perempuan itu ringkas.
"Aku nak tanya nama kau apa?" Tanya Yoongi secara mendatar dan amat malas tetapi entah mengapa dia seperti perempuan di hadapan ini adalah perempuan misteri.
"Aku Im Naerin dan kau Yoo---" terputus kata-kata Naerin apabila semua penumpang menjerit histeria. Yoongi pelik dan memandang Naerin seperti kelihatan tenang sahaja.
"Hoseok, wae?!" Hoseok dengan perlahan memandang Yoongi ke belakang dengan muka yang pucat. Perlahan dia membuka mulut.
"P-pesawat k-kita akan terhempas." Hoseok sudah tidak tahu untuk berkata apa. Mimpi yang dia dapat memang benar. Taehyung juga hanya merelakan jika ianya pengakhiran untuk dia dan rakan-rakannya hidup.
Yoongi memandang Naerin sekali lagi. Dia hanya memejamkan mata dan kelihatan tenang. Tenang tidak seperti penumpang yang menjerit sekarang ini.
"Mianhaeyo" perkataan yang terdengar sayup-sayup pada telinganya membuatkan Yoongi memandang Naerin. Ya keadaanya masih sama dan dia dapat rasa ada sesuatu pada Im Naerin ini.
Dan selepas itu semuanya gelap dan tiada lagi suara penumpang yang menjerit histeri seperti tadi.
"Semua perbuatan baik akan dibalas baik. Jika perbuatannya jahat maka jahat yang dibalasnya. Maafkan aku kerana tidak menyelamatkan kau orang semua tetapi kau orang layak dibalas dengan kejam selepas ini. Mianhaeyo"
...
To Be Continued
...
Benda yang sama seperti chapter lepas.
Sama seperti tujuh orang perempuan itu hadapi.
So sekarang korang pun dah boleh agak apa jadi selepas itu, kan?
Ke tak boleh nampak lagi HAHAHA
Last chapter this night before Hiatus ❤
YOU ARE READING
[√] Jail Hell : Beginning Of Life.
Mystery / Thriller+ Bangtan. Siapa sahaja yang tidak kenal dengan kumpulan yang digeruni ini? Satu dunia mereka telah jelajahi dan perbuatan buruk mereka juga sudah diketahui. Walaupun telah banyak rekod jenayah yang dilakukan oleh mereka, mereka tidak pernah dita...