༶ 36 ࿇ Get ࿇

73 17 33
                                    

Seokjin membuka matanya. Kepalanya agak sakit tanpa sebab. Dia tersedar dia sedang memakai alat pernafasan oksigen di mulutnya.

Dia meliar sekeliling. Semuanya putih dan tiada apa-apa yang menarik di situ. Dia membuka alat di mulutnya itu dan cuba bangkit dari pembaringannya.

" Ah! " Seokjin mengerang kesakitan. Badan dan kepalanya terlalu sakit. Dia tidak tahu di mana dia berada. Dan dia juga tidak tahu apa yang terjadi sebelum ini.

" Namjoon... " Benak fikirannya hanya teringat akan kawan-kawan. Benda terakhir yang dia ingat ada dia bersama Namjoon sebelum dia pengsan. Peraean risaunya membuak-buak apabila teringat rakan-rakannya itu.

Dia berjalan ke arah pintu tetapi dia tidak tahu bagaimana dia ingin keluar daripada situ melainkan dia tahu nombor pin yang perlu diakses untuk membuka pintu ini.

Dia bersandar pada pintu tersebut. Benak fikirannya terlalu kusut dan banyak persoalan yang tidak mempunyai jawapan. Mengapa dia perlu berada di sini? Mengapa dia perlu tersiksa sehingga begini? Ada ini semua karma atau sebaliknya?

" Aku tak akan benarkan projek kau itu membahayakan mereka... " suara seorang perempuan itu kedengaran dari arah luar. Mungkin menuju ke biliknya.

Dia cuba mendengar setiap bait-bait kata yang dipertuturkan oleh seorang perempuan yang dia sangat kenali dan seorang lelaki. Seperti dia kenal dengan suara itu.

" kalau kau tak setuju diam! Mereka hak aku dan aku ada hak untuk buat apa yang aku nak! Kau hanya hamba aku yang tak berguna! " Seokjin teramat pasti 'mereka' yang di mention oleh lelaki dan perempuan itu adalah mereka. Seokjin amat pasti mereka bertujuh adalah sesuatu yang akan dijadikan bahan. Tetapi mengapa?

Tap! Tap!

Bunyi derapan kaki lelaki itu semakin mendekat. Seokjin dengan pantas duduk dan bersandar di kepala katil. Sebaik sahaja lelaki itu masuk ke dalam, lelaki itu tersenyum sinis memandang Seokjin. Seokjin hanya berpura tidak tahu dan apa yang didengarinya tadi.

" Aku tau kau dengar semuanya. " Seokjin tersentak. Lelaki itu menghampiri Seokjin dan menarik rambutnya dengan kuat. Seokjin menggigit bibir menahan kesakitan.

" Kenapa... kenapa kami yang k-kau sasarkan? " Soal Seokjin ingin tahu. Dia hanya memandang lelaki itu dengan perasaan benci. Adakah lelaki ini perancang kehidupan mereka sebelum ini?

" Kerana aku mahukan sesuatu yang berharga dari kau orang bertujuh untuk aku menakluki dunia. "

" Apa yang kau mahu?!" Soal Seokjin tegas. Lelaki itu mengambil sesuatu dari poket bajunya dan disorokkan di belakangnya. Dengan perlahan dia meletakkan benda itu di leher Seokjin.

" Hanya darah kau! "

" Ah!! " Seokjin menjerit kesakitan apabila jarum picagari itu menusuk ke dalam lehernya. Seluruh badannya menggigil teruk apabila cecair itu meresap ke seluruh badannya. Wajah Seokjin mulai pucat lesi.

" Lepaskan k-kawan-kawan a-aku! Kau a-ambil sahajalah a-aku." Kata Seokjin dengan lemah. Dia tidak sanggup untuk melihat rakan-rakannya disiksa oleh lelaki psycho yang ada di hadapannya sekarang.

" Maaf tapi ia tak mencukupi! " Jarum itu dimasukkan ke dalam lagi menyebabkan Seokjin mengerang lemah. Matanya kembali tertutup dan pandangannya gelap dengan serta merta.

...
To Be Continued
...

Double update 💜

[√] Jail Hell : Beginning Of Life.Where stories live. Discover now