༶ 24 ࿇ Tired ࿇

98 24 55
                                    

Jeon Jungkook dan Park Surin berjalan seiringan tanpa tujuan. Mereka berdua langsung tidak tahu untuk mencari rakan-rakannya yang hilang di mana. Lagi-lagi apabila mereka kena tandingi semuanya pada usia yang muda.

Suasana sunyi dibiarkan. Jungkook meliar di sekeliling untuk mencari kelibat rakan-rakannya. Malangnya, mereka tiada di situ. Park Surin yang ada di sebelahnya dipandang. Dia tidak tahu untuk berkomunikasi dengan orang bagaimana tetapi apa salahnya dia mencuba.

"Er... kau tahu ke macam mana nak cari rakan-rakan aku dan rakan-rakan kau di mana?" Soal Jungkook sedikit tergagap. Kepala Surin diangkat untuk memandang Jungkook.

"Aku pun tak tahulah. Mereka tiba-tiba aje hilang tanpa suara. Pelik jugak." Jawab Surin. Keluhan berat dilepaskan olehnya. Mereka berdua sudah seharian berjalan. Bermacam-macam dugaan mereka kena tempuh.

Jungkook juga turut melepaskan keluhan berat. Dirinya tiba-tiba terhentak di lantai. Kakinya terasa dipegang sesuatu. Kepalanya menoleh untuk melihat sesuatu itu.

Mata Jungkook membulat melihat wajah makhluk itu. Kulitnya hitam seperti dibakar termasuklah semua badannya. Darah pekat berwarna hitam mengalir hingga jatuh di seluar rip jeans yang dipakai Jungkook.

Kakinya ditarik sehingga badannya terjatuh ke dalam longkang. Jungkook menjerit kesakitan apabila badannya seperti sudah melecur. Park Surin yang terkejut segera berlari mendapatkan Jungkook.

Wajah Jungkook berpeluh dan kemerahan menahan kesakitan pada kaki hingga pingganya yang sudah terkena api yang mengalir itu. Tangan Jungkook diraih.

"S-Surin t-tolong aku. S-sakit...!" Air jernih turun dari tubir mata Jungkook. Hanya Tuhan sahaja tahu bagaimana rasa sakit dan terseksanya apabiam terkena api itu. Sedaya upaya Surin menarik tangan Jungkook. Agak sukar untuk ditarik kerana badan Jungkook seperti ditarik dari dalam api tersebut.

"T-tolong a-aku Surin..." suara Jungkook kedengaran perlahan. Dirinya semakin lemah. Badannya seakan melecur teruk.

"Bertahan Jungkook. Aku akan selamatkan kau!" Tangan Jungkook ditarik lagi dan lagi. Surin terasa ada sepasang tangan lagi yang meraih lengan Jungkook. Ianya seorang perempuan yang tersenyum.

"Kita kena tolong dia." Surin mengangguk lalu tangan Jungkook ditarik sehingga dia semakin naik ke darat.

Jungkook terbaring lemah. Matanya dikatup rapat. Suara desisnya kelihatan seperti dia menahan kesakitan pada badannya. Perempuan itu menyelak sedikit baju Jungkook hingga menampakkan badannya. Tetapi sayangnya, badannya melecur teruk hingga menampakkan isi daging. Darahnya sentiasa mengalir.

"Aku akan tolong apa yang aku mampu. Kau tolong bertahan Jungkook." Jungkook mengangguk lemah. Nafasnya tersekat-sekat seperti dia berada di dalam keadaan yang nazak.

Perempuan itu membaca sesuatu yang mereka berdua tidak memahami bahasanya. Jungkook menjerit kecil apabila dia terasa perit di bahagian kaki. Dibacanya lagi bertambah rasanya peritnya di bahagian peha dan seterusnya dibahagian pinggang. Dia membaca dengan matanya dikatup dengan rapat. Tangan perempuan itu digempal dengan kuat. Jungkook pula sudah menjerit menahan perit.

Angin-angin kuat menyapa tubuh mereka bertiga. Surin berasa seram sejuk apabila menghadapi situasi begini. Suasana menjadi normal apabila perempuan itu berhenti membaca manteranya. Dengan perlahan Jungkook membuka mata. Dia bangkit dan memandang perempuan yang dikenalinya itu.

"N-naerin...?"

...
To Be Continued
...

Marey banyakkan scene Jungkook.

Bagaimana dengan chapter mengarut ini? 😹💜

Terseksa sikit atau banyak? Ayu rasa sikit aje

Malam ni update agi 🌹

[√] Jail Hell : Beginning Of Life.Where stories live. Discover now