༶ 28 ࿇ Karma ࿇

90 18 79
                                    

A/N: Baca notes bawah t


Seokjin tersedar daripada pengsannya. Telinganya terdengar beberapa orang sedang bercakap tentang sesuatu yang sukar didengari olehnya. Dia terasa suaranya jauh daripadanya.

Dia membuka matanya perlahan. Gelap. Itu yang dilihat oleh Seokjin. Langsung tiada seorang pun di sini bercakap-cakap seperti apa yang didengarinya tadi.

Seokjin tersedar dia sedang berbaring di bilik gelap tersebut. Tiada cahaya, bangunan retak malahan api yang mengalir tiada di situ. Dia terpaksa mengecilkan matanya untuk menjelaskan pandangan matanya.

Dia mengurut kepalanya yang terasa sakit dan berdenyut. Dia juga cuba bangun dari situ untuk berjalan keluar tetapi malangnya dia terjatuh kembali kerana terasa badannya yang agak lemah tidak berdaya. Kaki dan tangannya masih lagi perit.

Seokjin mengetap bibir. Dia tidak tahu bagaimana dia ingin menguruskan dirinya dengan keadaan sebegitu melainkan ada seseorang yang membatunya. Tiba-tiba sahaja dia teringatkan Aeden gadis yang dijumpainya sebelum ini dan juga teringat akan rakan-rakannya.

"Sesiapa t-tolonglah aku." Ujar Seokjin dengan suara yang lemah. Dia cuba berjalan dan dibantu dengan dinding kasar di dalam bilik itu. Biarlah apa yang dirasainya sekarang, dia mahu keluar dari situ... dari dunia neraka ini.


"Kau tahu ke nak cari dekat mana Jimin dan Taehyung tu?" Soal Hoseok pada Namjoon. Namjoon hanya mendiamkan dirinya. Dia juga tidak tahu untuk mencari Jimin dan Taehyung itu dimana melainkan ada sebuah terowong untuk ke tempat lain. Dia tidak pasti sama ada Jimin dan Taehyung berada di sekitar sini atau jauh daripada sini.

"Yah aku tak tahulah. Mungk---"

"Namjoon di hadapan sana tu terowong, kan?" Soal Jessica sambil menunjukkan ke arah hadapan.

Benar. Memang ada 4 terowong di sana. Jikalau mereka sudah jumpa 3 pintu dan 10 pintu di terowong sebelum ini, jadi lepas ini apa yang akan mereka lihat? Sesuatu yang menggerunkan.

"Okay... baik kita pergi ke sana." Arah Namjoon. Mereka berlari di hadapan terowong itu tetapi langkah seribu mereka mati apabila seseorang memanggil nama mereka semua. Namjoon, Yoongi dan juga yang lain memandang ke belakang dengan perasaan terkejut.

"Jimin... Taehyung?!" Jerit Yoongi. Jimin dan Taehyung berlari ke arah mereka lalu memeluk mereka berdua sementara sebelum pelukan dileraikan. Lega hati mereka apabila Jimin dan Taehyung sudha dijumpai.

"Eh mana Seokjin hyung?" Soal Taehyung membuatkan yang lain membisukan dirinya. Jungkook sedari tadi menundukkan kepalanya. Perasaan serba salah muncul secara tiba-tiba.

Namjoon memandang Jungkook lalu menepuk bahunya. Dia mengangkat kepalanya dan memandang Namjoon yang tersenyum padanya.

"Aku nak kau ceritakan semuanya apa yang terjadi pada kami. Mana tahu kita dapat jumpa Seokjin hyung." Jungkook hanya mengangguk kecil lalu menceritakan satu persatu.





Setelah penat berjalan, mereka duduk untuk sementara menghilangkan nafas yang tidak stabil buat masa ini. Mereka tidak tahu lagi untuk mencari Seokjin di mana. Seperti dia disorokkan.

Hoseok hanya duduk termenung tanpa mengeluarkan suara. Dia masih terfikir apakah yang terjadi pada Seokjin? Di manakah dia? Tiba-tiba dia teringat suara amarah sebelum ini.

Jangan harap kau akan terlepas! Kawan kau sudah ku ancamkannya. Ayat itu yang dia teringatkan. Dia terasa ayat itu berkait dengan kehilangan Kim Seokjin ketika ini. Hoseok cuba berfikiran positif tetapi apa boleh buat... dia amat risaukan keadaan rakannya.

"Kau risaukah tentang rakan kau?" Soal makhluk itu. Hoseok mengangkat muka. Ternyata dia keseorangan di situ. Tiada sesiapa. Di manakah mereka.

"Siapa kau?! Baik kau keluar! Jangan kau berani kacau kami!" Teriak Hoseok kepada makhluk itu. Ia hanya menggelakkan teriakan Hoseok seperti tidak gerun dengan amarah Hoseok itu.

"Kau risau tentang kawan kau? Atau tidak? Kalau ya selamatkan dia sebelum darahnya aku hirup sehingga habis." Makhluk itu tergelak sinis di pengakhiran ayat. Hoseok sudah dapat agak sesuatu daripada mula. Tapi kenapa dia?

"Baik kau lepaskan dia!" Jerit Hoseok tetapi ia hanya mengendahkan jeritan Hoseok tadi.

Tiba-tiba suasana di sekeliling menjadi putih dan dingin. Hoseok meliar sekeliling. Dia seperti ada di dalam sebuah bilik berwarna putih dan tiada apa-apa melainkan sebuah balang besar berbentuk pil. Dia terlihat ada susuk tubuh yang dikenalinya di dalam sana.

Dia terlalu terkejut apabila Seokjin berada di dalam sana dengan keadaan yang terlalu lemah. Mukanya juga pucat kebiruan. Terdapat tiub-tiub yang sudah disambungkan ke badan Seokjin yang tidak sedarkan diri lagi. Hoseok terpaku. Kepalanya kusut memikirkan bagaimana dia ingin menyelamatkan rakannya itu.

"Selamatkan dia kalau tidak kamu semua ak---"

"---Hoseok kau buat apa dekat sini?" Soal Evilyn yang berada di sebelahnya. Tidak sempat Hoseok ingin mendengar ayat makhluk itu kerana sudah disapa oleh wanita itu.

Hoseok meliar sekeliling. Semua juga sedang berdiri di sekelilingnya. Rasa risau menebal apabila teringat akan halusinasi tadi. Bermacam-macam soalan berlegar.

"Korang, baik kita cari Seokjin hyung! Cepatlah!" Desak Hoseok lalu menarik Evilyn meneruskan perjalanan mencari Hoseok. Dia yakin halusinasi tadi adalah

Petanda buruk keadaan mereka dan juga Seokjin.

...
To Be Continued
...

Plot twists again 🌚

Aku suka letak plot twists ni HAHA.

Cerita ni kena ada High brain sebab banyak thories. Dari chapter 00 sampailah sekarang. Ada je teori tu. Eheks

Tapi chapter 00 tu macam melalut sangat? Nak Ayu tukar ke? Boleh tak boleh tak? Sikit je jangan risau. Nanti baca balik hehehe 😹

[√] Jail Hell : Beginning Of Life.Where stories live. Discover now