Jimin tersedar daripada tidurnya. Dia melihat sekeliling. Tetapi matanya hanya melhat kelam dan mempunyai letusan api yang mengalir. Dia cuba berdiri dan berjalan tetapi tidak berjaya kerana kakinya kanan dan tangan kanannya sudah digari dengan rantai besi yang berapi. Dia tidak dapat bergerak untuk bangun. Kaki dan tangannya mula berasa sakit kerana api yang ada di rantai besi tersebut. Mukanya yang pucat itu dibiarkan. Jimin sedaya upaya untuk menarik tangan dan kakimya dari gari itu. Semakin dia menarik, sakitnya bertambah teruk.
"Kau tak akan dapat lari." Ujar sesuatu yang mengejutkan Jimin dari meneruskan perbuatannya untuk melepaskan diri. Dia meliar di sekelilingnya untuk mencari siapakah yang mengujar ayat tersebut. Dia cuba bangun tetapi jatuh semula kerana kakinya tidak lagi dapat digerakkan. Jimin menjerit kecil apabila merasakan perit pada tangan dan kakinya.
"Lepaskan aku!," Jerit Jimin. Tapi tiada siapa yang dengar kerana dia seorang sahaja yang berada di situ. Melainkan dia baru perasan ada sekumpulan makhluk yang entah muncul dari mana sedang merangkak di hadapannya. Semuanya manusia yang sudah legam. Mereka semua tersenyum sinis apabila melihat Jimin yang semakin ketakutan itu. "Tolong pergi dari sini! Aku tak kacau hidup kau pun. Tolonglah pergi!"
Mereka hanya mengendahkan jeritan Jimin. Mereka semakin dekat dengan lelaki itu. Salah satu daripadanya melompat ke atas badan Jimin hingga menyebabkan dia terbaring di situ. Nata Jimin membulat melihat makhluk yang mengerikan di hadapannya. Legam. Mulutnya terkopak besar. Matanya juga merah menyala memandang Jimin. Satu cecair hitam yang busuk dan meloyakan itu tumpah ke atas baju Jimin.
"Kau nak apa dari aku?!" Teriak Jimin membuatkan makhluk itu memandang Jimin sinis. Matanya yang merah menyala itu memandang Jimin dengan pandangan yang mengiurkan dan mahukan sesuatu yang sedap untuk dimakan. Darah dan daging. Itulah santapan mereka apabila berjumpa dengan manusia busuk seperti Park Jimin.
"Balasan!" Jimin seakan tidak faham apa yang dimaksudkan oleh makhluk ini. Balasan untuk apa? Desis hati Jimin.
"Argh!" Jerit Jimin apabila makhluk itu menggigit lehernya tanpa sedar. Dia merasakan ada cecair panas keluar dari gigitan itu. Darah. Ya darahnya. Mahkluk itu menggigit leher Jimin dan menjilat darahnya dengan rakus. Jimin menggigit bibir kerana perit apabila lehernya digigit dengan agak kuat dan secara mengejut. Apa boleh buat? Hanya duduk di situ sampai dirinya dimakan sepenuhnya.
Pak!
Jimin terkejut. Makhluk itu jatuh tersungkur apabila ada seseorang memukul kepalanya dengan kuat menggunakan kayu. Dia melihat ke arah empunya badan. Ianya seorang perempuan berambut pendek sedang melihatnya dengan nafas yang tercungap-cungap.
Pak! Pak!
Perempuan itu memukul rantai besi api yang diikat pada bahagian Jimin sehingga putus. Badannya diangkat dan lengannya dipaut pada leher perempuan itu. Jimin tidak melawan sebaliknya dia membiarkan sahaja perempuan itu menolongnya berjalan saat dirinya lemah kerana kejadian yang agak mengerikan itu.
"Kau pegang aku kuat-kuat. Kita kena lari sebelum makhluk tadi mengejar kita." Jimin memandang di belakang. Kelihatan sekumpulan makhluk tadi mengejarnya dengan cara merangkak. Mereka berdua berlari selaju yang boleh supaya tidak ditangkap oleh makhluk-mahkluk tersebut. Jimin melihat perempuan itu dan kasihan apabila dia tercungap-cungap berlari. Tak akan dia nak berlari dalam masa-masa begini.
"Kau okay?" Tanya Jimin. Perempuan itu hanya mengangguk dan meneruskan larinya dari makhluk itu.
Taehyung berlari sekuat yang boleh apabila dia dikejar oleh manusia yanh mengerikan. Dia juga tidak tahu bagaimana dia boleh sampai di sini. Di tempat yang kelam dan panas seperti matahari terpacak di atas kepalanya. Mulutnya tidak habis memaki makhluk itu. Separuh dari tenaganya sudah digunakan membuatkan dia penat untuk teruskan.
Dia meliar ke serata tempat dan terjumpa sebuah penghadang besar. Dia beesembunyi di sebalik penghadang tersebut. Matanya meliar ke arah makhluk tadi. Makhluk tadi juga meliar ke mencari dirinya sebelum dia berpatah balik untuk pergi ke tempat asalnya. Taehyung mengeluh lega. Dia terduduk. Matanya tidak sengaja terpandang di sebelah. Terdapat seorang perempuan bermata merah menyala sedang memandangnya. Taehyung agak terkejut dan dalam masa yang sama dia marah kerana makhluk itu.
"Kau nak apa lagi? Tak habis-habis ke nak kacau aku selepas kau tipu aku untuk kau nak tolong aku keluar dari tempat ni?" Dengan beraninya Taehyung bersuara. Perempuan tadi menolaknya sehingga jatuh terlentang lalu mencekiknya dengan kuat. Nafas Taehyung tidak teratur dan tersekat-sekat.
"Aku nak kau mati!!" Teriak perempuan tadi pada Taehyung lalu mencekiknya dengan kuat. Taehyung cuba untuk manarik tangan itu tetapi tidak berjaya kerana kekuatan perempuan itu dua kali ganda lebih kuat darinya. Taehyumg terbatuk-batuk.
"Lepaskan a--"
Pak!
Kepala perempuan itu diketuk dengan kuat oleh seseorang. Taehyung ditarik bangun dan berlari ke mengikut perempuan itu dengan laju. Keadaan nampak mencemaskan apabila perempuan bermata merah tadi mengejar mereka dari belakang.
"Kau siapa?" Tanya Taehyung ringkas. Dia seperti kenal wajah perempuan ini tetapi dia sendiri tidak pasti di mana. Ugh, apa-apa sajalah. Malas nak fikir. Desis hati Taehyung sambil fokus berlari.
"Kau lari je boleh tak. Kita tak selamat sekarang." Jawab perempuan itu dengan selamba. Taehyung tidak menjawab. Dia hanya menuruti apa yang dikatakan oleh perempuan yang ada di hadapan sekarang ini.
Taehyung melihat wajah perempuan itu. Ya dia memang kenal wajah itu kerana dia pernah ditipu oleh perempuan durjana itu di alam realiti dan juga mimpi.
"Tunggulah kau Im Naerin. Memang kau mangsa aku seterusnya untuk aku bunuh."
...
To Be Continued
...Ayu jarang update ya sekarang sebab tak selalu on and busy hehehe.
Masa cuti nanti Ayu akan update macam biasa okay readers-readers sekalian 💜
Baca chapter sebelumnya ya.
YOU ARE READING
[√] Jail Hell : Beginning Of Life.
Mystery / Thriller+ Bangtan. Siapa sahaja yang tidak kenal dengan kumpulan yang digeruni ini? Satu dunia mereka telah jelajahi dan perbuatan buruk mereka juga sudah diketahui. Walaupun telah banyak rekod jenayah yang dilakukan oleh mereka, mereka tidak pernah dita...