༶ 34 ࿇ Save Him ࿇

93 19 56
                                    

"Namjoon!" Lelaki itu membuka mata secara paksa apabila dia tersedar namanya disebut berulang kali.

Dia bangkit dari pembaringannya dan memandang sekeliling. Tiada siapa di situ. Hanya dia seorang sahaja.

"Namjoon..." suara itu berulang semula. Dia seperti kenal dengan suara itu tetapi tidak tahu di mana ia berada. Tangannya seperti disentuh dengan lembut. Dengan perlahan dia menunduk ke bawah.

"Seokjin hyung?" Namjoon mengangkat kepala Seokjin berbaring di atas pehanya. Peluh yang ada di dahi lelaki itu dikesat. Banyak persoalan yang mahu disoal olehnya tetapi apabila melihatkan keadaan Seokjin tidak stabil, dia hanya mendiamkan diri.

"L-lari." Namjoon memandang Seokjin. Dia tidak faham apa yang ingin disampaikan oleh lelaki itu. Tetapi dia yakin ia mesti mengaitkan antara hidup dan mati.

"Kenapa kita kena lari hyung? Kawan-kawan kita dekat mana?" Soal Namjoon sambil melihat sekeliling.

Selepas kejadian tempoh lalu, hanya dia dan Seokjin sahaja yang berjumpa. Manakala rakan-rakannya hilang begitu sahaja tanpa sebarang bukti atau kesan di mana mereka hilang.

"K-kita target utama. D-dia n-nak sesuatu daripada k-kita." Nafas Seokjin menjadi turun naik.

Selepas hampir disiksakan seratus peratus, dia berasa keseluruh badannya terlalu lemah seperti mereka mengambil tenagaya dengan cepat. Otakmya tidak mampu untuk berfikir dengan terlalu banyak ketika ini.

"Jadi apa yang kita nak buat?" Soal Namjoon. Seokjin hanya melihat Namjoon sebelum dia membuka mulut untuk berbicara.





"Lepaskan akulah!" Jessica meronta untuk dilepaskan. Dia terperangkap di dalam sebuah bilik putih yang dikawal sepenuhnya oleh ahli-ahli forensik.

Badannya penuh dengan wayar-wayar yang disambung dari mesin elektronik. Ada seorang ahli yang duduk di hadapan mesin elektronik itu.

Tangannya digenggam erat oleh dua orang perempuan supaya dia tidak bertindak di luar kawalan semata-mata untuk melepaskan diri.

"Apa yang kau nak daripada aku?" Soal Jessica. Dia memandang tajam lelaki itu. Lelaki itu memandang Jessica dan dengan perlahan mendekatkan diri pada Jessica.

"Ah!" Dagu perempuan itu digenggam dengan kuat menyebabkan Jessica menjerit sakit. Matanya bertaut dengan mata lelaki itu.

"Aku tak minta banyak tapi aku minta sesuatu yang berharga dari ketujuh-tujuh lelaki itu."

"Tapi kena aku kau sasarkan!" Jerit Jessica lagi. Rambutnya ditarik kuat menyebabkan Jessica menjerit sekali lagi.

"Mungkin kau dan juga kawan kau boleh membantu tapi kalau kau mati... kau memang tak ada function." Lelaki itu berkata dengan sinis.

"Kawan aku? Apa yang kau dah buat pada dia orang bodoh!"

Pang!

Pipi Jessica ditampar. Mata Jessica tajam memandang lelaki psycopath di hadapannya. Lelaki itu tersenyum sinis lalu memgambil satu mesin kecil seperti controller.

"Kau mesti nak tau kan bagaimana keadaan rakan-rakan kau? Nah aku tunjukkan." Satu butang pada alat kecil itu menaikkan enam bekas berbentuk pil. Di dalammya terdapat kawan-kawan Jessica sendiri.

"Lepaskan dia orang. Jangan sakiti kawan-kawan aku!" Rayu Jessica. Dia takut jika rakan-rakannya sudah mati atau sebaliknya. Dia tidak akan tau apa yang lelaki psycho ini cuba lakukan.

"Okay let's end this." Kata lelaki itu lalu mengambil tempat duduknya semula.

Tangan lelaki itu lincah menaip sesuatu papan kekunci tersebut sehingga badan Jessica menggigil teruk apabila wayar itu berfungsi secara tiba-tiba. Dua orang perempuan tadi dengan perlahan menjauhkan diri mereka.

Lelaki tadi melihat ke arah Jessica. Dia hanya memandang dan tersenyum sinis apabila melihat perempuan di hadapannya tersiksa dan prosesnya hampir berjaya.

Setelah beberapa minit, Jessica sudah terbaring kaku apabila renjatan pada wayar itu semakin kuat.

"Letakkan dia di tempat yang sama seperti kawan-kawan mereka. Kita kena pergi mencari tujuh lelaki itu. Kita perlukan sesuatu daripada mereka sebelum mereka terlepas." Ujar lelaki itu sebelum dia keluar dari bilik tersebut.

...
To Be Continued
...

Uwu Jessica watak utama dalam ni eheks.

Maaf kalau tak best chapter ni sebab ayu tak sihat harini hm

Enjoy reading 💜

Ayu sibuk buat buku yang kedua. Kita tunggu bilalah author ni nak publish HAHA.

[√] Jail Hell : Beginning Of Life.Where stories live. Discover now