Namjoon, Taehyung, Yoongi dan Jimin membuka mata mereka dan berada di tempat gelap dan dipenuhi dengan api-api yang menyala dan mengalir seperti air di dalam longkang.
Namjoon meliar di sekeliling sambil membantu Taehyung yang ada di sebelahnya bangun.
" K-Kita dekat mana ni? " Soal Jimin sambil memegang kepalanya yang terasa sakit dan agak berdenyut. Mungkin kerana hentakan atau something else.
" Hyung tak tahu Chim. Mungkin kita di tempat yang sebelum ni kita jejak. " Jawab Yoongi pada Jimin. Dia berdiri dan meliar sekeliling dan dia ternampak kelibat seorang lelaki yang dia cukup kenali dan rapat seperti adik beradik.
" Hoseok? " Semua memandang di tempat Yoongi memandang. Mata mereka membuntang apabila terlihat sahabat mereka iaitu Jung Hoseok sedang tersenyum pada mereka berempat.
Bukan ke Hoseok dah mati? Macam mana dia boleh ada di sini? Itu soalan yang paling mereka ingin tahu jawapannya.
Hoseok memandang ke belakang dan terus berjalan. Yoongi yang sudahpun berdiri segera berlari ke arahnya diikuti Namjoon, Jimin dan juga Taehyung.
" Hoseok tunggu! " Jerit Namjoon tetapi ianya hanya sia-sia kerana Hoseok seakan tidak mendengari jeritannya. Mereka terus berlari sehinggakan Jimin terjatuh diikuti Namjoon.
" Aduh! " adu Jimin dan Namjoon.
" Kau orang tak apa-apa? " soal seseorang membuatkan Jimin dan Namjoon tersentak. Mereka berdua memandang orang itu membuatkan mereka terkejut.
" Seokjin hyung. " kata mereka serentak. Seokjin hanya tersenyum dan duduk di antara mereka. Dia memegang lengan Namjoon yang sedikit terluka. Jimin tiada apa-apa kerana dia terjatuh menghempap Namjoon.
Seokjin memandang Namjoon sambil tersenyum. Lengan yang luka itu disapu dengan tangannya perlahan sehingga ia sembuh sendiri. Namjoon dan Jimin terganga melihat apa yang terjadi.
" Hyung ada magic ke? Tak pernah tahu pun. " Jimin seakan tidak percaya. Tidak pernah-pernah mereka lihat Seokjin mempunyai kuasa magic iaitu menyembuhkan orang dengan senang kacang putih sahaja.
" Cari kami sebelum terlambat. " Seokjin kembali berdiri dan kebelakang dengan perlahan sehingga kelibatnya hilang dengan sendiri. Namjoon dan Jimin berpadangan.
" Jungkook sayang hyung!! "
" Hoseok ah tunggulah! " Hoseok berhenti. Taehyung dan Yoongi mengeluh berat kerana penat berlari semata-mata untuk mengejar Hoseok.
" Kenapa kau lari, hyung? " Soal Taehyung.
Hoseok tidak menjawab sebaliknya dia menuju ke hadapan meluru ke arah Yoongi dan Taehyung sambil tersenyum. Mata dan mukanya merah seperti menahan tangis. Dia segera memeluk Yoongi dan Taehyung.
Bunyi tangisan Hoseok kedengaran menyebabkan Yoongi dan juga Taehyung pelik dan tidak dapat untuk bercakap apa-apa. Mereka berdua hanya membalas pelukan Hoseok untuk menenangkannya.
Hoseok melepaskan pelukannya dan memandang Yoongi dan Taehyung. Tangisannya tidak berhenti mengalir.
" Yoongi hyung, Taehyung kau sayang aku, kan? "
" Mestilah kami sayang. " jawab Yoongi dan Taehyung serentak. Hoseok tersenyum mendengar jawapan daripada rakan-rakannya uang setia itu.
" Then cari kami sebelum terlambat. " Pandangan Hoseok semakin lama semkain menghilang. Yoongi dan Taehyung berpadangan seakan tidak faham apa sebenarnya Hoseok maksudkan.
" Jungkook sayang hyung!! " Yoongi dan Taehyung tersentak apabila terdengar Jungkook menjerit. Segera mereka berlari dan cuba mencari di manakah datangnya suara Jungkook itu.
" Yoongi hyung, Taehyung!! " Jerit Namjoon dan Jimin apabila ternampak rakan-rakan mereka sedang berlari. Mereka segera menerpa ke arah mereka dan sempat meliar sekeliling.
" Kau dengar tak apa yang aku dengar? " Namjoon mengangguk. Mereka segera berlari dan mencari di manakah suara itu mncul dan sampai di satu sudut mereka ternampak Jungkook sedang duduk sambil memeluk patung bearnya pada waktu dia kecil.
" Jungkook? " Lelaki itu memandang Namjoon, Yoongi, Jimin dan Taehyung sambil tersenyum. Air matanya mengalir. Jimin berlari ke arahnya dan memeluk Jungkook dengan erat.
" Jungkool uljima. " Jimin menggosok belakang Jungkook. Dia segera melepaskan pelukannya dan melihat Jungkook. Namjoon, Yoongi dan Taehyung segera menghampiri Jungkook.
" Kami sayang kau orang. Jangan lupa untuk selamatkan kami dan kita sama-sama akan keluar dari sini. " Mereka memandang ke belakang. Ternyata ianya Hoseok dan Seokjin. Lengan Jungkook ditarik lembut oleh Seokjin.
" Apa maksud hyung? " Soal Namjoon.
" Kami dah mati dan selamatkan jasad kami bertiga. Percayalah dia akan buat apa sahaja untuk dapatkan darah kita. Hyung nak kau orang selamat dan tenangkan kita orang. Boleh janji dengan kami? " Mereka mengangguk dan segera memeluk Hoseok, Jungkook dan Seokjin dan tiba-tiba sahaja mereka berempat rebah.
Kelibat mereka bertiga hilang dengan tangisan.
...
To Be Continued
...Epilog!
YOU ARE READING
[√] Jail Hell : Beginning Of Life.
Mystery / Thriller+ Bangtan. Siapa sahaja yang tidak kenal dengan kumpulan yang digeruni ini? Satu dunia mereka telah jelajahi dan perbuatan buruk mereka juga sudah diketahui. Walaupun telah banyak rekod jenayah yang dilakukan oleh mereka, mereka tidak pernah dita...